29 June 2018

SOLO JOURNEY TO JAKARTA-BOGOR


Setelah 2 bulan selepas kembali daripada menyelusuri kesibukan Kota Jakarta bersama travel partners RT Klik -> FEBRUARY 2018 , sekali lagi RT ke Jakarta secara solo dan perjalanan kali ini bertujuan memborong untuk menjalankan perniagaan di tanah air dan menyelam sambil minum air. 

Perjalanan 5 hari 4 malam RT bermula di Kuching Int. Airport pada 27 April 2018 dengan menaiki pesawat Wings Air pada jam 1155 am menuju ke Supadio Int. Airport, Pontianak dan transit selama 1 jam 30 minit sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki flight Lion Air menuju ke Jakarta pada jam 1320pm. Namun disebabkan flight delay sehingga Jam 1420 dan tiba di Jakarta pada jam 1550pm.

KCH-PNK-CGK

CGK-KUL-KCH

Flight Cost

In-Flight ATR72-500 Wings Air KCH-PNK

KCH-PNK-CGK-KUL in-flight video (01.14)

Sekali lagi perjalanan RT kali ini dilindungi oleh AXA Travel insurance yang RT beli dengan harga MYR 29.70 setelah mendapat diskaun 25% daripada harga asal.


AXA Travel Insurance

Setelah tiba di terminal 1 Soekarno-Hatta Int. Airport RT bergegas untuk menaiki bas Damri yang boleh dinaiki dengan melintas melalui pintu keluar untuk ke tempat menunggu bas diseberang jalan berhadapan pintu keluar ketibaan.(Rujuk Gambar SH-1) Perjalanan sebelum ini RT menaiki taxi Blue Bird dengan kos IDR 120K untuk terus ke Hotel namun kali ini RT memilih untuk menaiki Bas Damri kerana RT bersendirian dan kos yang perlu dibayar untuk menaiki bas serendah IDR 40K dan turun di Stasion Gambir, yang terletak di tengah-tengah Kota Jakarta.


SH-1. Spot A-B-C untuk menaiki Bas ke Jakarta Pusat

Selamat Datang ke CGK

Tiket Bas Damri

In-Bus Damri SHIA-Station Gambir

Perjalanan dari SHIA ke Station Gambir mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana kemacetan serious waktu puncak warga kota pulang dari bekerja. Jakarta dan macet berpisah tiada. 

Setelah itu RT menaiki GrabCar yang boleh ditempah melalui Aplikasi Grab dengan tambang IDR 25K terus ke RedDoorz Plus Flamenco Hotel yang terletak di Jalan Cideng Barat yang RT tempah melalui Agoda dengan harga MYR 166.15 untuk 5 hari 4 malam.


Station Gambir

Station Gambir ke Flamenco Hotel


Flamenco Hotel Cideng (Google Street View)


Book via Agoda


Kawasan sekitar hotel agak memboringkan kerana disebelah malam tidak banyak aktiviti yang berlaku. Namun terdapat sebuah kedai serbaneka Indomaret yang terletak lebih kurang 50 meter disebelah kanan hotel dan terdapat juga warung makan (street food) berdekatan. Walaupun di kawasan sekitar agak hambar pada malam hari namun Hotel ini mempunyai permandangan yang AWESOME di tingkat anjung tinjau. (roof level)



Bilik dengan Harga MYR 166.16 untuk 5h4m

Nasi Ayam Penyet (Ayam blm sampai) IDR 21k termasuk teh o ice

Permandangan Kota Jakarta dari tingkat anjung tinjau.
(malam)

View Anjung tinjau (00.17)

Hari 2 (Sabtu) RT teruskan dengan aktiviti memborong di beberapa tempat borong yang terdapat di Jakarta. Tidak perlulah RT cerita dengan panjang lebar mengenai aktiviti RT hari ke dua di Jakarta. Namun RT sertakan beberapa gambar untuk tatapan umum.






Hari kedua RT di Jakarta tamat dengan sepanjang hari memilih barangan untuk diborong. Sebelum hari kedua melabuhkan tirai RT sempat meronda-ronda di Kota Jakarta menaiki GraBike dengan tambang IDR 8k.

 
Meronda dengan GraBike (00.15)

Hari-3 (Ahad)

Rancangan untuk ke Kota Bogor atau digelar Kota Hujan. Terletak lebih kurang 60km di selatan Kota Jakarta dan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. RT pergi ke Kota Bogor menaiki Kereta Rel Listrik atau KRL. RT naik melalui Station Sawah Besar menaiki coach terus ke Stasion Bogor dengan cas tambang IDR 6k dan deposit kad IDR 10k. Deposit lebih mahal daripada tambang.

 Peta KRL Jakarta Ke Bogor

Kad menaiki KRL

Station Sawah Besar

Menghampiri Kota Bogor dengan KRL


Setelah menempuh perjalanan lebih kurang sejam RT sampai ke Wilayah Kota Bogor dan turun di Station Bogor.

Station Bogor

 Ruangan Masuk ke Station Bogor

Sudah Jejak Bogor-Checked

Kalau diikutkan rencana banyak juga list tempat yang RT ingin lihat dengan mata RT sendiri, namun kerana kekanggan masa RT hanya sempat pergi ke beberapa tempat sahaja.

Keadaan matahari pagi yang menyinari Kota Bogor tidak mematahkan semangat RT untuk berjalan kaki di sekitar Kota Bogor. Walaupun terik matahari memancar, berjalan kaki di Kota Bogor agak menyenangkan berbanding berjalan kaki di Pusat Kota Jakarta. Udara sekitar lebih segar dan kawasan pejalan kaki yang lebar dan dilitupi pepohon memberi keselesaan.

Logo kota Bogor

Terletak hanya bersebelahan Station Bogor, Taman Topi. Taman Topi merupakan sebuah taman tema ala-ala funfair sangat sesuai untuk membawa kanak-kanak bersiar didalamnya. Namun RT tidak masuk kedalamnya kerana RT bergegas melihat sendiri Istana Bogor yang terletak 500m dari Station Bogor.

Tugu Kapten Muslihat di hadapan Taman Topi


Pusat Kota Bogor Map 1


1.  Station Bogor (Starting Point)
2.  Taman Topi (100m)
3.  Pintu Masuk Istana Bogor (500m)
4.  BTM Mall (1.3km)
5.  ?? M.I.A
6.  Pintu Masuk Kebun Raya (1.5km)
7.  Taman Mexico (1.8km)
8.  Tugu Kujang Bogor (2.3km)
9.  Botani Square Mall (2.4km)
10. Pintu 2 taman Botani (2.6km)
11. Taman Kaulinan Bogor (1.3km)
12. Pintu Depan Istana Bogor (1km)
13. Masjid Agung Bogor (480m)

* Panah hijau menunjukkan arah dari Jakarta jika menggunakan bas atau kereta.

Pintu Masuk Istana Bogor

Di Hadapan Pintu Masuk Istana Bogor

Hasrat untuk masuk melawat ke Istana Bogor tidak kesampaian kerana waktu lawatan hanya pada hari bekerja dan terhad kepada beberapa pelawat pada satu-satu masa.

Pintu Masuk Utama Kebun Raya Bogor

Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan

Tugu Kujang Bogor

Bogor tidak kurang macetnya. Van hijau adalah angkutan kota seperti bas namun kerana macet sangat teruk maka berjalan kaki adalah pilihan terbaik. Kereta lembu juga tidak ketinggalan tersekat dalam kemacetan.

 Botani Square


Walaupun RT menyediakan peta pusingan namun RT hanya sampai ke Botani Square Mall (9) dan berehat serta makan di sana. Tanpa berfikir banyak kerana perut sudah lapar RT makan di sebuah restoran makanan Korea. Restoran yang agak exclusive namun harga yang berpatutan.

Nasi goreng Kimchi dgn cheese & Chicken bulgogi dgn cheese
serta green tea ice dgn harga IDR 86k

Selepas mengisi perut RT mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta kerana urusan lebih penting RT kena utamakan. RT menaiki GraBike dari Botani Square Mall ke Station Bogor dengan tambang IDR8k.

Di sini RT sertakan beberapa tempat yang RT rancang untuk pergi namun kerana kekangan masa dan urusan penting perlu RT selesaikan, maka RT tidak berkesempatan untuk "check point" di tempat tersebut.

Peta Kota Bogor Map 2


A. Mongolian Camp-Highland Park Resort (15km dari Pusat Kota Bogor)
Resort tanah tinggi yang berlatarkan Gunung salak dan kedinginan suhu tanah tinggi menyediakan pemandangan yang menakjubkan beserta bilik penginapan yang berkonsepkan Mongolian Camp.

B. Pura Parahyangan Agung Jagatkarta (800m dari Mongolian Camp)

C. Kampung Budaya Sindangbarang (10km dari Pusat Kota Bogor)
Kampung yang mempamerkan budaya masyarakat sekitar dengan pelbagai aktiviti setempat bersama penduduk kampung.


D. Rumah pohon/ Jembatan Kayu Curug Ciherang (45km dari Pusat Kota Bogor)
Tidak hanya di Yogjakarta, tempat menarik seperti ini juga wujud di Bogor. jembatan kayu dan pondok yang dibina di lereng gunung dengan kedalaman gaung dibawahnya menghidangkan permandangan yang begitu awesome.


E. Indonesia Paragliding,Puncak (34km dari Pusat Kota Bogor)
Bagi peminat sukan extreme boleh mencuba aktiviti paragliding ini. Dengan Bayaran sewa kelengkapan -+IDR 300k anda dapat terbang dengan paragliding dan secara langsung mendapat sijil penyertaan.


F. Little Venice Kota Bunga (15km dari Indonesia Paragliding Puncak
Taman yang bertemaka Venice, Italy, yang menampilkan senibina Italy yang mempunyai laluan air di tengah-tenganhya dan boleh dinaiki dengan gondola yang disediakan oleh pihak pengurusan taman berkenaan.

G. The Jungle Water Adventure Theme Park (9km dari Pusat Kota Bogor)
The Jungle Water Adventure merupakan salah sebuah taman tema yang terdapat di Bogor. Selain itu terdapat beberapa lagi taman tema yang amat popular dikalangan masyarakat Indonesia.


H. Gunung Pancar (23km dari Pusat Kota Bogor)
Gunung Pancar merupakan tempat reakreasi untuk penduduk sekitar. Hutan Pinus dengan suhu yang nyaman sesuai untuk menjalankan aktiviti perkelahan bersama keluarga atau kawan-kawan.


I. Taman Safari Indonesia (28km dari Pusat Kota Bogor)
Peminat rancangan variety SBS Korea Running Man mesti pernah melihat Taman Safari Bogor. Rancangan Running Man episode 200 dirakam di sini.


J. Leuwi Lieak, Bogor (34km dari Pusat Kota Bogor)
Kawasan air terjun yang menyajikan permandangan yang sangat indah dengan desiran air terjun dan flora dan fauna yang memikat hati pengunjung.

Banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Kota Bogor yang RT tidak ceritakan di sini. Jika berkesempatan datanglah melihat sendiri keindahannya.

Hari-4 (Isnin) RT lanjutkan lagi dengan aktiviti membeli dan memborong untuk di bawa pulan ke tanah air. Memboronglah sepanjang hari.

Di sebelah malam RT berhasrat sekali lagi untuk meronda Kota Jakarta dengan menaiki GraBike namun akibat kepenatan RT hanya memesan makanan melalui aplikasi Grab Food.


Pesanan Makanan melalui GrabFood

Hari 5 (Selasa)- Memandangkan hari ini cuti umum dan kemacetan agak kuran untuk sambutan Hari pekerja RT berencana untuk ke Airport pada Jam 930 pagi untuk menaiki penerbangan balik pada jam 1215 tengahari.

Namun atas nasihat pekerja Hotel tempat RT menginap malam sebelumnya mereka sarankan RT bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan yang dijangka berlaku kerana Masyarakat Jakarta dikhabarkan mehu melakukan demonstrasi di pusat kota. Maka RT mengambil keputusan bertolak pada jam 8.00 pagi dan sampai ke Soekarno Hatta Int. Airport pada 50 minit kemudian.

RT menaiki penerbangan MAS MH716 ke Kuala Lumpur melalui Terminal 3 yang baru lagi canggih. Tidak seperti hari ketibaan RT di Jakarta yang melalui Terminal 1 domestic.


Tempat Menurunkan penumpang

Ruangan Legar-Check-in (0.09)

Taman di Check-in Area

Baki GM- Ayam Cendawan Serta Pangsit & Teh es

Kawasan jualan barangan duty free

Departure Hall

Menuju Boarding Gate (0.15)

Boarding Gate


Penerbangan berlepas tepat 1215 tengahari menuju Kuala Lumpur, Sebelum RT menyambung penerbangan ke Kuching pada sebelah malamnya.

17 April 2018

PENTINGNYA TRAVEL INSURANCE

Pasti pembaca sekalian pernah mendengar mengenai kemalangan atau kematian travellers dari Malaysia di luar negara. Salah Satu nya kejadian seorang lelaki berusia 33 tahun yang ditemui mati di sebuah hotel di Ho Chi Minh City, Vietnam dan kos untuk membawa mayat memerlukan kos MYR 40 000! Kisahnya klik-> TRAGEDI HCMC.


Banyak lagi kisah kemalangan atau kematian melibatkan traveller dari Malaysia. Perlu diingatkan kos untuk membawa pulang mayat ke tanah air memakan kos puluh ribuan ringgit. Itu yang melibatkan kematian. Bagi yang terlibat dengan kemalangan pula, kos rawatan di luar negara juga memakan kos ribuan ringgit.

Salah satu cerita yang RT pernah baca di sebuah laman web berkaitan dengan kemalangan seorang traveller namun dia dilindungi oleh travel insurance klik-> KEMALANGAN DI INDONESIA

Bukan maksud RT untuk promosi insurance kepada pembaca kerana RT sendiri bukan ejen syarikat insurance. Ianyanya sekadar perkongsian mengenai penting ataupun tidak membeli travel insurance jika berhasrat untuk keluar negara.


Buat kali pertama RT mula-mula berjinak dengan hobi untuk travel RT tidak sedar akan kepentingan membeli perlindungan Travel Insurance, namun setelah banyak membaca, mengali ilmu travel dari blog-blog experience traveller dan membaca berita kemalangan traveller Malaysia di luar negara membuatkan RT sedar dengan melabur beberapa puluh ringgit untuk membeli perlindungan travel insurance.

Kali pertama RT ke JAKARTA 2014 tiada perlindungan Travel Insurance.
Perjalanan RT ke SINGAPORE 2015 tiada perlindungan Travel Unsurance.
Perjalanan RT ke SEOUL-SOUTH KOREA 2016 dilindungi Etiqa Travel insurance.
Perjalanan  RT ke VIETNAM 2016 dilindungi AXA Travel Insurance.
Perjalanan RT ke JAKARTA 2018 dilindungi AXA Travel Insurance.

Walaupun kemalangan mahupun kematian memang tidak dapat dielakkan semasa travel, jika ditakdirkan namun sekurang-kurangnya tidak menyusahkan pihak waris kita untuk membawa balik atau menguruskan "diri" kita. Tidak lah kita menebalkan muka waris kita merayu bantuan banyak pihak untuk "mengembalikan" kita ke tanah air.



Selain melibatkan kemalangan atau kematian semasa travel, flight delay/cancel, luggage loss/delay/broken dan sebagainya dapat dituntut jika travellers dilindungi travel insurance namun ianya bergantung dengan pakej yang dibeli. Tuntutan travel insurance juga lebih mudah berbanding dengan tuntutan insurance lain.

Perlu diingatkan juga insurance yang ditawarkan oleh sesetangah syarikat penerbangan semasa kita menempah tiket penerbangan tidak sama seperti travel insurance yang ditawarkan oleh syarikat insurance.

Kebanyakan insurance yang ditawarkan syarikat penerbangan hanya melindungi pemegang insurance semasa memasuki pesawat sehingga selesai menuntut bagasi, tidak seperti travel insurance yang ditawarkan oleh syarikat insurance yang melindungi pemegang insurance bermula dari hari pemegang insurance pergi keluar negara sehingga kembali ke tanah air.

Banyak tawaran pakej disediakan oleh syarikat insurance seperti AXA travel insurance, AIA travel insurance, Etiqa travel insurance, Takaful travel dan sebagainya. Teliti dan bandingkan syarat-syarat perlindungan yang ditawarkan dan boleh membuat perbandingan di www.gobear.com

Perbandingan pakej travel insurance boleh dibaca serta penjelasannya dengan klik-> www.kofkino.com


Kesimpulannya janganlah kedekut untuk melabur sedikit dari peruntukan travel keluar negara untuk membeli perlindungan travel insurance untuk mengurangkan risiko tanggungan waris jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pilihan terletak ditangan anda. Please..Travel with no worries with travel insurance. 

3 April 2018

7 Nama Jalan Raya di Bandaraya Kuching yang selalu disalah Lokasikan

Gambar Hiasan

Entri kali ini RT akn coretkan dalam bahasa Melayu Sarawak. Bacaan khas untuk penghuni di sekitar Bandaraya Kuching.

Bunyi tajuk nampak remeh tapi realiti orang kita selalu salah madah lokasi kerana sik peka atau sik ngelala nama jeraya walaupun dan diam atau lalu dikawasan ya bertahun-tahun.

Jeraya yang paling selalu orang kita salah paham:-

1. JALAN SATOK VS JALAN KULAS 



MAP 1

Sepa-sepa jak nang tauk ngan kawasan Satok. Dalam tauk-tauk ya ada juak orang mikei Jalan Satok sebelah-nyebelahnya Jalan Satok.

a. JALAN SATOK
Jalan Satok nak bertanda ngan garisan kuning dalam map ya dari Trepik light RTM smpei ke Jematan Gantong. Mun sik paham juak nak nama belah ney sigek Jalan Satok belah KFC Satok, belah Pasar Minggu mensea marek.

b. JALAN KULAS
Nak jeraya ditanda rona ijo ya bukan Jalan Satok, ya namanya Jalan Kulas nak sebelah Bank Islam ya dari jematan gantong sampei ke simpang Jalan Haji Taha.

Dah tauk nak ney sigek Jalan Satok nak ney sigek Jalan Kulas? Kelak mun mintak ambik org di depan Bank Islam Satok ya jangam madah agik Bank Islam Jeraya Satok!

2. JALAN TABUAN 



Kebanyakkan orang kita mesti mikir Jalan Tabuan tok kat Kpg Tabuan nun. Bukan...Jalan Tabuan tok kat Chonglin Park sia. Dari Akademi LHDN smpei ke trepik light Jalan Simpang Tiga ya nak nama Jalan Tabuan. 


Lim Fan San Temple

Tauk kitak ngan kuil Lim Fah San? Sia lah dasan nya Jalan Tabuan. Kelak mun orang madah jumpa kt Jalan Tabuan jangan mecut terus ke belah Kpg Tabuan nun.

3. JALAN SETIA RAJA 



Jeraya tok juak selalu orang salah. Memang lokasi jeraya tok dekat Kpg Tabuan sia. Tapi jeraya nya bukan Jalan Tabuan, tapi Jalan Setia Raja. Kenak nya gia? Tanyak ktk dirik mpun ke MBKS.

Jalan Setia Raja Start dari simpang Kilang Papan kat belah Pending ya sampei ke Bulatan Stutong dekat belah Kuartes Polis. Tauk ktk? Jeraya nak ada Balai Bomba Tabuan ya. Yalah nama Jalan Setia Raja. Kelak mun ada org C.O.D barang kawasan tok jangan madah makei Jalan Tabuan kelak dituju ny ke Chonglin Park belah nun.

4. JALAN LAPANGAN TERBANG (JALAN AIRPORT) 


Orang banyak salah padah pasal jalan tok kerana rami orang kita pikei sepanjang jalan nak nuju ke airport ya Jalan Airport. Jalan Lapangan Terbang (Airport) start dari bulatan tugu Burung Kenyalang sampei ke simpang trepik light Kuching Central. Bukan dari Jalan kat opis perintah Simpang Tiga ya.

5. JALAN TUN JUGAH 



Sesetengah orang kita nunggah Jalan Tun Jugah to Jalan Airport sebab jalan tok nuju ke Airport dari pasar. Jalan Tun Jugah tok pun banyak orang pikei jalan depan Wisma Tun Jugah depan UTC Sarawak ya. Bukan dik-kakak oi..Jalan Tun Jugah start dari fly-over Simpang Tiga sampei ke Fly-over tugu Burung Kenyalang dekat RH Plaza sia. Mana mok pegi ke bank area jalan tok janggan nunggah Hong Leong Jalan Airport, BSN Jalan airport salah ya.. yg betol dot dot dot Jalan Tun Jugah.

6. JALAN WAN ALWI 





Bila nuju ke Viva City mesti orang akam madah Jalan Tabuan Jaya. Jalan Depan Viva City ya namanya Jalan Wan Alwi, start dari bulatan Simpang Tiga sampei ke Bulatan Stutong sia.

7. JALAN TUN SALAHUDDIN 



Jalan tok bukan banyak orang salah nama. Jalan tok terkenal dengan gelaran Jalan Toll padahal toll telah dihapuskan & dirobohkan nak tinggal sia tiang begunan tol jak.Start dari Bulatan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datu Bandar Abang Haji Muhammad Kassim (Kompleks) sampei ke simpang trepik light Jalan Datuk Marican Salleh di pending sia.


Walaupun kebanyakkan orang Kuching mun nunjok arah memang sik makei nama jalan tapi pengetahuan pasal nama jalan penting untuk kita merik tunjuk arah kepada adik kakak kawan-kawan kita nak dtg dari luar Kuching/Sarawak ya. Jangan kelak kenak selak nama jak orang diam di Kuching tapi sik tauk nama jalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...