Seoul Skyline
Hari 1
Pengembaraan RT ke Seoul, Korea Selatan selama 5 hari 4 malam bermula pada 6 Februari hingga 10 February 2016. RT menaiki flight Airasia X dari KLIA 2 ke Incheon mengambil masa 6 jam 30 minit. Di dalam flight FA akan memberi borang ketibaan immigration Korea & Custom declaration form. Borang itu mesti diisi dengan penuh tanpa meninggalkan tempat kosong.Jika tidak penuh pegawai imigration airport nanti tidak membenarkan anda masuk. Jadi siap2 lah menyimpan semua info tentang tempat menginap anda di Seoul.
Sebelum itu, perjalanan RT dilindungi oleh Etiqa Travel Insurance, yang RT beli sendiri di pejabat cawangan Kuching dengan mendapat potongan 10% tanpa melalui ejen.
Sebelum itu, perjalanan RT dilindungi oleh Etiqa Travel Insurance, yang RT beli sendiri di pejabat cawangan Kuching dengan mendapat potongan 10% tanpa melalui ejen.
Borang Imigration & Kastam
Menunggu Shuttle Tren untuk ke Terminal Utama
Setibanya di Incheon International Airport pakai pakaian tebal kerana suhu daratan amat sejuk. Jika anda tidak tahan sejuk siap2lah winter coat anda. Semasa RT tiba suhu daratan sekitar 0°c.
Bangunan terminal ketibaan pesawat tidak bersambung terus dengan bangunan Main terminal. Untuk ke bangunan Main Terminal, anda dikehandaki menaiki shuttle train. Setelah tiba di bangunan Main terminal barulah anda akan menjalani pemeriksaan imigration dan kastam dan seterusnya menuntut bagasi anda.
Perkara utama selepas selesai urusan dokumentasi ialah mencari kedai serbaneka untuk membeli T-card Money. Ianya memudahkan untuk menaiki Metro di Seoul nanti. T-Card Money berfungsi seperti kad touch & go kita di Malaysia. RT mengembara ke Seoul 100% perjalanan RT menaiki Metro & Tren. Harga sekeping T-card Money ni KRW 1500 dan anda kena menambah nilai di mesin pembelian tiket tren. RT menambah nilai card ini sebanyak KRW 20000 cukup untuk kos naik turun tren selama 5 hari.
T-Card Money
Keluar dari pintu ketibaan antarabangsa kedai serbaneka 7 Eleven terletak disebelah kiri sahaja. RT mengambik keputusan untuk menaiki Arex terus ke Seoul Station dan bertukar Line untuk ke station tempat RT menginap. Menggunakan Arex lebih murah daripada menggunakan Airport Taxi atau Bas untuk ke Pusat Kota Seoul. Kos menaiki Arex ke Seoul ialah KRW 4000 untuk all stop train & KRW 8000 untuk Express train. Beza masa ketibaan hanya 10 minit. Jadi untuk berjimat RT menaiki all stop train.
All Stop Train
Mesin belian Tiket AREX & Isian semula T-Card Money
Perjalanan manaiki all stop train mengambil masa 50 minit untuk sampai di Seoul Station.
Perjalanan Menuju Ke Seoul Station
Semasa di dalam tren keadaan agak selesa berbanding diluar kerana keadaan diluar amat sejuk bagi RT kerana kali pertama mengembara ke tempat yang ada musim sejuk. Bila pintu tren terbuka untuk menurunkan penumpang udara sejuk menderu masuk ke dalam tren. Keadaan ini juga berlaku di negara kita cuma dalam situasi sebaliknya. Setelah mengharungi perjalanan akhirnya RT tiba di Seoul Station.
Seoul Station adalah hentian terakhir bagi laluan AREX. Tempat menunggu tren terletak lebih kurang 4-5 tingkat bawah tanah. Tiada tempat untuk bergambar. Dengan papan tanda pun boleh jadi tanda sudah jejak. RT tidak keluar sehingga ke permukaan kerana RT perlu menukar laluan tren ke Line 4 untuk ke Chungmuro Station. Walaupun tidak keluar ke permukaan RT kena berjalan sejauh -+500 meter untuk ke ruang menunggu tren Line 4.
RT menginap di Rainbow Hostel Myeong-dong yang terletak berdekatan dengan Chungmuro Station. Hanya 3 minit berjalan kaki dari Exit 6 menuju ke tempat RT menginap. Bilik telah RT tempah melalui AGODA dengan kos RM 627 untuk 5 hari 4 malam. Kos yang RT bayar bukanlah kos backpackers sejati tapi RT mahukan privacy kerana RT pergi dengan wife.
Untuk Rujukan
Pintu Masuk Rainbow Hostel
Depan Rainbow Hostel
Bagi RT Rainbow Hostel selesa dari segi bilik dan lokasi yang amat strategik kerana hanya 10 minit berjalan kaki untuk ke Myeongdong shopping district, 4 minit berjalan kaki ke Namsamgol Hanok Village dan seperti RT terangkan tadi hanya 3 minit berjalan kaki dari Chungmuro Station. Pintu depan R.H dilengkapi dengan kunci electronic yang menggunakan kod nombor untuk membukakannya. Disebelah R.H ada sebuah kedai serbaneka 24/7. Untuk komen dan review mengenai R.H rajin2 lah ke AGODA , BOOKING.COM atau laman web lain.
Perjalanan Menuju ke Myeongdong (Namsam Tower dibelakang)
Sampai ke Myeongdong
Bungeoppang KRW 3000 sebiji
Keadaan semasa RT sampai ke Myeongdong shopping district amat sesak dengan ramainya orang Korea dan pelancong asing. Maklumlah malam minggu. Suhu daratan amat sejuk sekitar -5°c. Tengok ketebalan baju RT dah boleh agak kesejukkan suhu sekitarnya. Street food yang RT cuba ialah Bungeoppang atau kuih yang berbentuk ikan emas yang mempunyai inti seperti chocolate, butter, cheese dsb, dengan harga KRW 3000 untuk sebiji. Ianya halal dan tiada keraguan kehalalannya. Jika tiada tanda halal pun janganlah ragu-ragu kerana Bungeoppang bukan dari sumber yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam.
Ikuti sambungan perjalanan RT pada hari kedua klik ->Seoul Part 2
Mana yang lebih bagus daripada airport ke Pusat bandar Seoul?
ReplyDeleteTerpulang pada anda.Bagi RT semuanya bagus. Faktor RT memilih untuk menaiki All Stop Train ialah kos. Dengan kos KRW 4000 boleh sampai ke Seoul station 10 minit sedikit lambat daripada menaiki Express train. Naik bus pun tiada salahnya. Cuma kosnya agak tinggi untuk budget travllers.
DeleteJom ke Seoul-Jeju cuti sekolah tahun 2020! Hanya RM3500/pax untuk 6H5M. Trip termasuk flight Kul-Jeju-Seoul-Kul, accomodation + tour guide + transport + breakfast + entrance fees + insurance. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com.
ReplyDelete