24 March 2016

MENGEMBARA KE SEOUL MUSIM SEJUK part 2

Nami Island

HARI 2

Sudah ikuti cerita pengembaraan RT ke Seoul Hari pertama? Jika belum klik -> Seoul Part 1. Sekarang RT akan lanjutkan cerita pengembaraan RT untuk hari Kedua.

Hari kedua diteruskan dengan melakukan perjalanan jauh keluar dari kesibukan Kota Seoul. RT akan ke daerah Gangwon-do untuk ke destinasi terkenal iaitu Nami Island. Banyak cara untuk ke Nami Island sama ada menggunakan Bas, Metro, Keretapi atau Korail. Di sini RT hanya akan menceritakan cara yang RT pilih untuk ke Nami Island iaitu menggunakan Keretapi atau Korail. Cara ini RT pilih kerana ianya jimat kerana RT hanya pergi berdua. Kos perjalanan sehala untuk seorang ialah KRW 4800 untuk tempat duduk yang ditetapkan manakala KRW 3800 untuk tiada tempat duduk.


Korail (KTX)

Beza Korail KTX dan Seoul MRT train ialah KTX hanya berhenti di station tertentu dan masa perjalanan lebih singkat berbanding Seoul MRT train yang berhenti di setiap station yang dilaluinya. Semak station berhenti jika anda berhasrat untuk ke destinasi yang lain sebelum atau selepas ke Nami Island.

MRT Train

Perjalanan menuju ke Gapyeong Station tempat hentian untuk ke Nami Island mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Setelah tiba di Gapyeong Station RT menaiki taxi yang menunggu di depan Station dengan kos KRW 3400 dan perjalanan mengambil masa 5-7 minit untuk sampai ke jeti Nami Island.


Gapyeong Station.

Korea Taxi

Untuk ke Nami Island ada 2 cara, satu menaiki feri dengan kos KWN 10000 namun dengan menunjukkan passport boleh mendapat harga pelancong KRW 8000 seorang. Cara ke 2 lebih extreme dengan meluncur dari menara luncur terus ke Nami Island dengan kos lebih kurang KWN 38000 seorang.


Feri untuk ke Nami Island

Flying Fox Ke Nami Island

Kuanter Pembelian Visa Masuk Nami Island

Masa untuk Menaiki feri

Untuk berjimat RT hanya menaiki feri. Sampai ke Nami Island lebih kurang 5 minit menaiki feri, disambut dengan kehadiran ais salji yang wife RT impikan untuk melihat sendiri dengan mata dan merasa sendiri memijak dan menyentuhnya. Suhu daratan semasa RT tiba di Nami Island ialah lebih kurang 0°c namun rasanya seperti -2°c.


Timbunan Ais salji menyambut kedatangan kami

Jangan Risau jika tertingal feri. Feri akan bergerak setiap 10 minit untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Meminjam kanak-kanak Korea untuk bergambar bersama

Ungun api disediakan untuk memanaskan badan kerana cuaca sangat sejuk

Di Nami Island tidak perlu risau untuk mencari makanan halal. Ada pelbagai jenis restaurant makanan menyediakan makanan halal untuk pengunjung beragama Islam. Makanlah selagi mahu makan tanpa risau. RT memilih untuk makan di Asian Food Dongmoon restaurant. Ia menyajikan makanan Asian dan makanan tempatan korea disertakan Kimchi dan air minuman dengan percuma. 


Asian Food Dongmoon Restaurant menyajikan pelbagai makanan Halal

Indonesian Spicy Fried rice & Spicy Octopus Rice


Berkenalan dengan Rakan pengembara dari Canada, South Afrika & USA


Sungai Han di Timur Nami Island yang Beku


Frozen stream

Pemandangan Fountain yang membeku..


Sekitar Nami Island


Selepas selesai mengisi perut RT mengambil keputusan untuk kembali ke Seoul untuk meneruskan pengembaraan. Bagaimana RT pergi ke Nami Island begitulah RT kembali ke Seoul.

Turun & bertukar train di Cheongnyangni Station

Sampai di Seoul hari mulai gelap. Maklumlah musim sejuk, waktu siangnya lebih pendek berbanding malam. RT meneruskan perjalanan menuju ke kawasan Hongik University untuk melihat sendiri kemeriahan yang dikatakan, selain untuk menyampaikan hajat wife RT ke Hello Kitty cafe. Perjalanan dari Hongik University ke Hello Kitty Cafe agak jauh lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Disebabkan tercari-cari arah untuk ke Hello Kitty Cafe RT mengambil masa 25 minit untuk sampai.

Station Berhenti untuk ke Hello Kitty Cafe

Berhenti di Lokasi Pengambaran RUNNINGMAN episode 279


Peta Jalan Kaki dari Station MRT ke Hello Kitty Cafe -+600M



Sampai di Hello Kitty Cafe Hongik University


Hot Chocolate & Espresso KRW 4750 secawan 


Di Hello Kitty cafe semuanya self-service. Membuat tempahan makanan dan minuman di kuanter dan mereka akan memberi anda vibrator untuk memanggil anda jika pesanan anda sedia untuk diambil. Selepas makan dan minum anda dikehendaki mengembalikan bekas makanan dan minuman termasuk tray kepada kuanter pesanan tadi dan memastikan tempat duduk anda dibersihkan seperti sebelum anda duduk.

Selesai melepaskan hajat di Hello Kitty Cafe, RT bersiar-siar di kawasan Hongik University Street. Keadaan amat sibuk dengan ramainya orang bersiar-siar mencari barangan. Di sini RT temui ramai golongan muda-mudi Korea datang melepak dan look around.


Sekitar Hongik University Street


Kasut yang dijual murah hanya KRW 10 000 sahaja

Suhu sekitar -1° celcius

Ikuti rencana perjalanan RT untuk hari ke-3 semasa berada di Seoul dengan klik -> Seoul Part 3. Bagi yang belum mengikuti perjalanan RT pada hari pertama klik-> Seoul Part 1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...