Gwanghwamun Square, Seoul
Kini RT akan menceritakan pengembaraan RT ke Seoul untuk hari ke 3. Kisah perjalanan RT hari sebelumnya boleh diikuti di Seoul Part 1 & Seoul Part 2.
Hari ke 3 RT hanya mengembara di sekitar Kota Seoul. Walaupun hanya di dalam Kota Seoul perjalanan agak memenatkan kerana banyak menggunakan tenaga berjalan kaki dan menahan kesejukkan suhu persekitaran.
Perjalanan dimulakan dengan berjalan kaki ke Namsamgol Hanok Village yang terletak hanya 5 minit berjalan dari tempat RT menginap. Dari yang datang dari lokasi lain boleh menaiki Metro Line 3 & 4 berhenti di station Chungmuro dan keluar melalu exit 3 atau 4 dan jalan masuk di tepi kedai serbaneka GS25.
Pintu Masuk ke Namsamgol Village
Information Board
Snap-snap
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Namsamgol Hanok Village. Semasa RT tiba pada hari ini adalah Cuti Umum Tahun Baru Cina untuk seluruh Korea. Ramai masyarakat korea hadir untuk membawa anak-anak mereka bersiar-siar sempena cuti umum. Banyak juga aktiviti pada hari berkenaan namun RT tidak sempat untuk merakan gambar akibat excited lebih.
Makcik & Gadis Korea berpakaian Tradisional
Persembahan kebudayaan di dalam bangunan di belakang RT
Nak juga inter-frame dalam rakaman rancangan Korea
Rumah Tradisional Korea
Pemandangan ancient & modern Korea
Kolam yang beku kerana suhu yang sejuk
Korea purba vs korea moden
Selepas puas menjelajah Namsamgol Hanok Village, destinasi berikutnya adalah Bukchon Hanok Village pula. Destinasi popular dikalangan pengembara dan pelancong asing mahupun tempatan korea. Dari Namsamgol Village ke Bukchon RT menaiki metro line 3 di station Chungmuro terus dan berhenti di Anguk Station dan keluar melalui Exit 2. Ikut papan tanda arah untuk ke Bukchon Hanok Village. Jangan lupa untuk singgah di tourist information centre untuk mengambil peta Bukchon Hanok Village yang disediakan secara percuma. Bersedialah dengan ketahanan fizikal untuk manjelajah kawasan ini kerana ianyanya kawasan yang berbukit memerlukan banyak tenaga untuk menghabiskan dan menghayati permandangan sekitarnya, ditambah pula dengan suhu yang sejuk. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Bukchon Hanok Village.
Sudah sampai ke Bukchon Hanok Village
Rekabentuk rumah tradisional Korea
Calendar artis-artis K-pop yang dijual
Permandangan bumbung-bumbung Rumah tradisional Korea
Pemandangan di sekitar Bukchon Hanok Village amat manakjub sekali bagi RT kerana berada disekitarnya seolah-olah berada di zaman yang lain. Di sini tidak dibenarkan berbuat bising kerana rumah-rumah tradisional yang kita lihat berpenghuni. Di setiap perjalanan kita akan menemui papan tanda yang mengingatkan pengembara & pelancong untuk tidak berbuat bising.
Photo snap spot yang popular di Bukchon Hanok Village
Bumbung Istana Gyeongbokgung yang boleh dilihat dari Bukchon Hanok Village
Perjalanan diteruskan ke Gyeongbokgung Palace. Istana lama yang paling terkenal di Korea Selatan. Sememangnya Seoul adalah tempat yang sesuai untuk bergambar walau dimana jua berada.
Sebelum ke Gyeongbokgung Palace RT singgah sebentar di National Folk Museum of Korea. Ianya terletak di antara Bukchon Hanok Village dan Gyeongbokgung Palace. Memandangkan hari tersebut hari cuti umum tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam. Bertuahnya badan...Jimat perbelanjaan RT.
Ojingeo-Sotong Kering Bakar
Tembok yang memagari Gyeongbokgung Palace
Setibanya di pintu masuk timur Istana Gyeongbokgung, RT terkejut kerana tiada pekerja yang menjaga kuanter tiket masuk. Bila RT tanya kepada information counter dia nyatakan untuk masuk ke Gyeongbokgung Palace untuk hari ini adalah percuma sempena cuti umum. Lagi bertuah badan. Kalau diikutkan bayaran masuk ke Gyeongbokgung Palace ialah KRW 3000 untuk seorang. Hari ini RT jimat KRW 6000. Dengan KRW 6000 boleh membeli sotong (ojingeo) bakar yang berharga KRW 5000 seekor dan dinikmati dengan panas semasa cuaca sejuk.
Pintu gerbang kedua sebelum ke Gyeongbokgung Palace
Pintu masuk utama ke Gyeongbokgung Palace
Main Palace Gyeongbokgung
Pintu Gerbang Utama (depan) Gyeongbokgung Palace
Perjalanan diteruskan menuju ke Gwanghwamun Square. Ianya terletak hanya di depan pintu masuk utama ke Gyeongbokgung Palace. Gwanghwamun Square adalah lokasi wajib dilawatai dan mudah untuk akses ke sini. Ianya terletak di tengah-tengah kesibukan kota Seoul.
Di Gwanghwamun Square terletaknya sebuah monument iaitu Tugu King Sejong. King Sejong adalah seorang maharaja ke-4 yang memerintah Korea pada dinasti Joseon. Dia juga adalah satu-satunya orang yang dikenali mencipta tulisan korea iaitu tulisan Hangul. King Sejong adalah salah seorang daripada 2 Maharaja yang digelar "the great". untuk mengetahui mengenai King Sejong klik ->sini. Untuk ke Gwanghwamun Square bolehlah berjalan kaki dari Gyeongbokgung Palace atau bagi yang daripada tempat lain bolehlah menaiki Seoul Metro Line 1 atau 2 berhenti di City Hall station dan keluar melalui exit 3. Manakala Line 3 atau 5 berhenti di Gyeongbokgung station atau Gwanghwamun station exit 6 & 7 atau 1,2 & 8.
Di Gwanghwamun Square juga terdapat sebuah tugu peringatan Admiral Yi Sun-Sin. Seorang laksamana perang korea yang terkenal di eranya. Siapakah Admiral Yi Sun-Sin? klik ->di sini.
Admiral Yi Sun-Sin Statue.
Hari sudah semakin gelap walaupun jam hanya menunjukkan 530pm. Dengan meredah kesejukkan suhu musim sejuk dan perut sudah meraung untuk diisi. Sepanjang hari RT tidak mengisi perut dengan makanan berat. Hanya beralaskan sarapan pagi berupa roti dan jem yang disediakan pihak Rainbow Hostel Myeongdong dan street food yang RT beli.
RT berhasrat untuk Itaewon untuk makan dan merayau-rayau disekitarnya. Di Itaewon terdapat banyak restaurant Halal. Sesuai untuk dikunjungi dikala perut sudah meraung-raung.
Untuk Rujukan
RT makan di restaurant Pasha Kebab di Itaewon. Keadaan amat sejuk sangat dan kelaparan sampai RT tidak larat untuk mencari restaurant lain selpas keluar daripada Station Metro. Untuk ke Pasha Kebab, keluar melalui Exit 3, jalan terus lebih kurang 70 meter sehingga jumpa. Ianya bersebelahan Starbuck. Pekerja Pasha Kebab akan melayan anda sebaiknya. Namun ruang makannya agak sempit dan tidak sesuai untuk datang beramai-ramai.
Turkish Beef Kebab with rice KRW 7500
Setelah selesai melayan raungan perut yang meminta untuk diisi, RT pergi mencari jalan ke Seoul Grand Masjid. Satu-satunya masjid yang berada di Seoul. Perjalanan untuk ke Masjid agak memenatkan kerana memaksa untuk berjalan menaiki dan menuruni bukit. Lebih kurang 400-500 meter untuk berjalan dari Pasha Kebab Restaurant atau dari exit 3 Itaewon Station.
Seoul Grand Masjid, Itaewon.
Masjid ini terletak di atas bukit. Pemandangan dari masjid ini amat mempersonakan mata memandang sehingga RT sendiri lupa untuk merakam gambar untuk dijadikan perkongsian tatapan umum. Jadi kalau sampai ke Itaewon nanti pergilah ke sini untuk merasai apa yang RT rasa.
Setelah selesai meronda-ronda di Itaewon RT dengan perut yang sudah kenyang menaiki Metro daripada Itaewon terus menuju ke Dongdaemun. Ingatkan hendak membeli ole-ole di Doosan tower di Dongdaemun.
Dongdaemun Gate
Apabila sampai ke Dongdaemun rupanya Doosan Tower tutup dengan dua sebab. Satu RT pergi pada cuti umum. 2 sebab hari sudah malam. Namun kehampaan diubati dengan peniaga-peniaga pasar malam yang banyak menjual pelbagai jenis barangan.
Permandangan Malam Sekitar Dongdaemun.
Hari sudah semakin lewat malam. Kaki pun sudah penat berjalan mengharungi pengembaraan musim sejuk dan tilam dan alat pemanas bermain-main di mata memanggil untuk kembali ke tempat penginapan.
No comments:
Post a Comment