HARI 2 (18.02.2018)
Dimulakan dengan menaiki Uber dari Hotel ke Mangga 2 Square dengan kos IDR 12 500. Tidak seperti sebelumnya RT dan wife travel jadual lawatan tempat menarik yang padat, kali ini RT banyak menghabiskan masa dan aktiviti di mall2 dengan membeli belah dan window shopping.
Mangga 2 Square
Tidak banyak perubahan yang terdapat di Mangga 2 Square semenjak RT menjejakkan kaki buat kali pertama disini 2014 lalu. Pusat membeli belah yang menjual pelbagai jenis fashion pakaian lelaki dan perempuan yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan menawarkan aktiviti tawar menawar.
Melayan kehendak nafsu dulu
Pasar raya Besar Carrefour
Pelbagai jenis kedai jualan di dalam mangga dua Square
Sebuah kedai yang menarik perhatian RT di Mangga Dua Square ini. Kedai yang menjual Souvenir T-Shirt. Mengapa?
Berada di Jakarta namun menjual Souvenir T-Shirt Japan, Korea, UK dan sebagainya. Bagi yang kaki shopping Mangga 2 Square bolehlah dijadikan tempat pilihan kerana harga yang berpatutan. Namun bagi yang bukan kaki shopping tempat ini akam membosankan anda.
Seterusnya dengan menaiki Taxi Bluebird RT perge ke sebuah lagi Mall membeli belah dan syurga shopping bagi kaum hawa, iaitu Thamrin City Mall.
Taxi Blue Bird
Thamrin City Mall
Thamrin City Mall merupakan tempat shopping popular dikalangan kaum hawa "pertengahan". Mengapa "pertengahan"? kali ke 2 RT ke Jakarta RT perasan mall-mall di sini terbahagi kepada beberapa kelas. Kelas atasan (exclusive), pertengahan dan rendah atau borong. namun ada juga golongan yang berpendapatan tinggi membeli belah disini. Mengapa RT kategorikan mall-mall disini dengan kelas-kelas tertentu nanti RT akan ceritakan apabila RT pergi ke Mall exclusive nanti.
Berbalik kepada Thamrin city Mall. Sememangnya sinilah yang membolehkan kaum hawa tersenyun, bad mood kepada bahagia dan boleh melupakan waktu jika bertandang ke sini. Barangan, pakaian , kain yang dijual dengan harga yang mampu milik dan sangat berpatutuan dengan kualiti.
Walaupun kaki-kaki shopping leka membeli belah namun RT tabik kepada penjual-penjual rata-ratanya wanita muslim apabila masuk waktu solat mereka sanggup meninggalkan pekerjaan mereka sebentar untuk menunaikan solat. Jangan terkejut jika menyuruh anda menunggu sekejap sementara mereka menunaikan solat. See....
Central Court
Pakaian kaum Hawa paling banyak dijual disini
Tertidur VM ikut Mummy Shopping
Selesai di Thamrin City walaupun sebenarnya tidak selesai menurut wife RT, RT menuju me Mall seterusnya dengan berjalan kaki hanya sejauh -+200m menuju ke Grand Indonesia Mall.
Grand Indonesia Mall RT kategorikan sebagai "Exclusive" mall kerana-
Masuk boarding Hall atau Masuk ke mall?
Disebab itulah RT mengkategorikan shopping mall di Jakarta. Bukan itu saja, bagi mereka yang nampak mencurigakan atau tidak berpakaian sewajarnya security tidak akan membenarkan mereka masuk. See..masuk mall kenak muka baik2 tidak mencurigakan. Tidak seperti Tahmrin City Mall dan Mangga 2 Square tiada halangan masuk bagi sesiapa yang ingin masuk.
Dari hasil pertanyaan RT dengan security guard mengapa perlu membuat pemeriksaan sebegini, mereka menyatakan untuk keselamatan dan keselesaan pengunjung kerana Shopping Mall sebegini menjadi sasaran extremist untuk meletupkan bom seperti yang terjadi baru-baru ini di salah sebuah Mall di pusat kota Jakarta.
Grand Indonesia Mall
Interior Grand Indonesia
Eh..Eh..Eh..
Ntah..apa yang menarik..
Selesai memusing di dalam Grand Indonesia Mall, dan hari sudah melabuh tirainya RT keluar untuk ke Bundaran Hi yang menempatkan Tugu Selamat Datang yang terletak di sebelah luar Grand Indonesia.
Bundaran Hi berlatarkan Plaza Indonesia-Left Pullman Jakarta-Right
Bundaran Hi berlatarkan Mandarin Oriental Hotel
Hasrat untuk pergi sehampir mungkin dengan Tugu Selamat Datang tidak kesampaian kerana kawasan Bundaran tidak dibenarkan masuk tidak seperti semasa RT menjejakkan kaki buat kali pertama ke sini. Perjalanan 1st time RT ke Jakarta boleh klik-> Kembara Jakarta
Februari 2014
Selesai meronda di Bundaran Hi, RT ke Plaza Indonesia yang boleh diakses masuk melalui Lobby Grand Hyatt Hotel. Di Plaza Indonesia hanya aktiviti melihat dan menyentuh barangan saja dilakukan kerana barangan yang dijual di Plaza Indonesia SANGAT mahal. Ada sepasang kasut baby yang RT belek-belek harganya IDR 1 250 000. Tukarkanlah sendiri berapa nilai dalam MYR.
Plaza Indonesia juga menempatkan Butik-Butik berjenama terkemuka sepert Gucci, Bvlgari, Louis Vuitton dsb.
Boleh dikatakan Plaza Indonesia adalah untuk Golongan Elite dan Celebrity sahaja. Mungkin disebabkan itu juga Plaza Indonesia agak lengang tidak seperti di Grand Indonesia yang agak ramai pengunjung. Pemeriksaan masuk juga ketat namun pengawal keselamatan sangat ramah.
Main Entrance (Google)
Butik-Butik
HARI 3 (19.02.2018)
Hari Ketiga RT di Jakarta diteruskan dengan aktiviti memborong. Aktiviti memborong dilakukan tak lain tak bukan di Plaza Tanah Abang. Daripada Hotel RT menaiki Grabcar sehingga ke Pintu Masuk Blok A Plaza Tanah Abang dengan tambang IDR 27 000.
Plaza Tanah Abang
Plaza Tanah Abang dibuka seawal 8am WIB. Ianya menempatkan kedai jualan kain, pakaian dsb yang dijual borong dari Blok A dan Blok B. Blok A merupakan sasaran popular kaki borong untuk memborong, kerana kawasan nya lebih besar dan lebih murah menurut penduduk sekitar.
Jualan Kain ela
Makcik-makcik, kakak-kakak akan jatuh cinta untuk memborong pelbagai jenis kain, pakaian, telekung jubah dan sebagainya. Namun bagi golongan pakcik-pakcik, abang-abang harapkan bersabar lah.
Dengan kesesakkan kenderaan keluar masuk di kawasan Tanah Abang ditambahkan kesesakkan pengunjung yang datang seawal 8am untuk membeli belah dan memborong tidak mematahkan semangat dan mengigihkan usaha untuk menjadi salah seorang yang menghidupkan pasar Tanah Abang ini.
Food Court disediakan di tingkat 8 Plaza Tanah Abang. Bagi kaum adam yang tidak tahan mengiringi kaum hawa membeli belah bolehlah berehat di sini dengan merasi pelbagai jenis makanan tempatan atau fast food yang dijual dengan harga berpatutuan.
Pilihan menu ayam penyet

Pilihan Menu
Selesai aktiviti memborong di Plaza Tanah Abang, RT kembali ke Hotel untuk menghantar barangan yang dibeli sebelum menyambung penerokaan shopping complex di Jakarta.
Destinasi Seterusnya ialah Mall Neo Soho atau Central Park Mall Jakarta. Perjalanan menaiki GrabCar dari hotel ke Central Park Mall hanya -+8km namun perjalanan yang ditempuh hampir 2 jam kerana kemacetan yang serious kerana waktu puncak kota Jakarta.
Peta dari Hotel ke Central Park Mall (1. Monas)
Meskipun kemacetan memeningkan kepala, namun harga tambang menaiki GrabCar hanya IDR 33 000. Namun RT tidak sampai hati kepada pemandu yang menempun traffic jammed selama hampir 2jam untuk ke C.P.M RT memberi IDR 50 000 dan menyimpan baki selebihnya.
C.P.M & Neo Soho
Central Park
Laman Tengah (google image)
Lampu Hiasan Taman
Interior
Pedestrian bridge menghubungkan C.P.m & Neo Soho
Di C.P.M RT hanya sempat menikmati makan malam di Food Avenue dan bersiar-siar sekitarnya sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai C.P.M boleh klik-> CENTRAL PARK MALL JAKARTA
Hari 4 (20.02.2018)
Kalau diikutkan perancangan RT, hari keempat RT plan untuk sekali lagi melawat Taman Miniatur Indonesia Indah yang terletak di Jakarta Selatan. Namun plan berubah saat akhir kerana merasakan tidak sesuai untuk pergi ke TMII kerana anak RT masih kecil dan kawasan TMII memerlukan transport/scooter untuk meronda-ronda di dalamnya.
Empat tahun lepas pada tahun 2014 RT pernah melawat ke TMII dan perjalanan boleh diikuti dengan klik-> JAKARTA 2014
Seterusnya perjalanan hari keempat dilanjutkan dari Hotel ke Lotte Shopping Avenue yang terletak di kawasan Kuningan yang banyak menempatkan Kedutaan-kedutaan besar negara-negara di dunia dengan menaiki Grabcar dan cas tambang ialah IDR 34 000.
Semasa dalam perjalanan RT sempat memotretkan beberapa gambar bangunan yang menarik perhatian RT.
Menara UOB
Menara BNI 46 & General Sudirman Statue
Menara Mirina Nusantara
Da Vinci Tower (Favorite RT)
PT. Naco Indonesia/ Era Indonesia
Sampoerna Strategic Square
Walaupun Lotte Shopping Avenue hanya -+9km dari hotel namun hampir 30 minit diperlukan untuk sampai kerana kemacetan jalanraya di kota yang terkenal dengan kesesakkan lalulintas ini.
Lotte Shopping Avenue Main Entrance
Statue Cewek gaduh depan L.S.A.
RT menjamu selera di Food Avenue yang terletak di tingkat 4. Sepanjang perjalanan RT kali ini di Jakarta RT nampak signage Bakmi GM. Maka secara kebetulan di Food Avenue di LSA ini terdapat kiosk Bakmi GM. Terletak di aras basement RT sempat menukar MYR kepada IDR dengan kadar yang agak tinggi berbanding tukaran RT semasa di tanah Air. Kadar tukaran semasa ialah MYR1.00 kepada IDR 3.560 berbanding RT tukar di tanah Air MYR1.00 kepada IDR3.380
Lotte Shopping Avenue
Lotte Shopping Avenue
Food Avenue
Bakmi GM L.S.A
Bakmi Ayam serta sup bakso sapi
Permandangan di Belakang L.S.A.
Bye L.S.A
Asal Jalan tido-Asal Tido jalan
Setelah puas meronda & mengisi perut ti L.S.A, RT meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menyelusuri -+300m untuk ke Ambassador Mall.
Ambassador mall
Di Ambassador mall ialah gedung jualan peralatan electronic, gajet-gajet, camera dsb. Ianya seperti Plaza Lowyat di Kuala Lumpur.
Lotte Mart Kuningan Mall
Setelah Berehat sebentar di Ambassador mall dengan minum A&W root-Beer, perjalanan diteruskan menuju ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Dengan Berjalan kaki -+650m menyelusuri pejalan kaki dan dihidangkan permandangan jalan raya yang macet akhirnya sampai lah RT ke Kedutaan Malaysia di Jakarta. Maklumat mengenai Kedutaan Malaysia boleh klik -> KEDUTAAN MALAYSIA di JAKARTA
Dari L.S.A. VM. tidur sampai ke Kedutaan Malaysia
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
Peta Rujukan di kawasan Kuningan (Ambassador)
1. Lotte Shopping Avenue
2. Embassy of People's Republic of China
3. Menara Rajawali (Embassy of Finland, Peru & Denmark)
4. JW Marriott Hotel (Embassy of Sweden)
5. Royal Thailand Embassy
6. Kedutaan Besar Republik Arab Syria
7. Tempo Pavillion 2 (Embassy of Chile)
8. British Embassy
9. Ambassador Mall
10. Kuningan Mall
11. Kedutaan Besar Malaysia
12. Plaza Festival/ Rasuna Epiccentrum
13. Embassy of Russia Federation
Embassy of People's Republic of China
Royal Thailand Embassy
British Embassy
Plaza Festival
Embassy of Russia Federation
Setelah selesai melepaskan hajat untuk melihat sendiri bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, RT mengambil taxi Bluebird terus di depan pintu pagar masuk Kedutaan Malaysia untuk sekali lagi pergi ke Thamrin City Mall untuk menyelesaikan perkara yg wife RT tidak selesaikan lagi, iaitu shopping lagi.
Final Visit to Thamrin City. Shop Closed!
Pada sebelah malam, jam 1030pm RT meronda sendirian menuju ke Kota Tua. Dengan menaiki Grabike yang ditempah melalui aplikasi Grab cas tambang dikenakan ialah IDR 10 000 dari hotel ke Kawasan Kota tua. Ini pengalaman pertama RT membonceng motosikal di Jakarta. Maaf yer tiada gambar selfie atas Grabike. RT bukan kaki selfie.."semua maok diselfie macam sik kalak" kata org Sarawak.
Jom Merem...it
Jadi pembonceng jer...
Kakak Grab yg ngantain gue..
Grabike menurunkan RT di perkarangan Kota Tua. RT berhasrat untuk melepak di Batavia Cafe yang terletak bersebelahan Dataran Fatahillah namun hasrat terbantut kerana rupa-rupanya Dataran Fatahillah sudah tutup pada 10pm dan tidak dibenarkan masuk tidak seperti masa RT pergi pada 2014 lepas yang bukanya 24jam dan tiada halangan masuk. Maka terpaksalah RT berjalan kaki dari tempat RT turun (Point A) ke Stasiun Jakarta Kota (Point B). Disepanjang kawasan pejalan kaki. terdapt pasar malam yang menjual pelbagai jenis souvenir dengan harga yang murah namun kurang berkualiti.
Peta Tempat menarik Kota Tua
1. Dataran Fatahillah & Museum Sejarah Jakarta
2. Batavia Cafe
3. Museum Wayang
4. Museum Seni Rupa dan Keramik
5. Bank BNI 46
6. Museum Bank Indonesia
7. Museum Bank Mandiri
8. Statiun Jakartakota
Dataran Fatahillah & Museum Sejarah Jakarta
Februari 2014
Batavia Cafe
Museum Wayang
Inside Stasiun Jakartakota
Hari 5 (21.02.2018)
Masuk hari kelima RT di Jakarta. Perjalanan hari ini dimulakan dengan melawat Masjid Istiqlal, merupakam masjid terbesar di Asia Tenggara. masjid yang boleh memuatkan sehinga 200 000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Kalau diikutkan hati mahu juga RT berjalan kaki dari Hotel ke Masjid. Jarak perjalan kaki hanya lebih kurang 1.2km, namun mengenangkan Traveller junior maka RT putuskan untuk menaiki Grabcar sajalah dengan tambang IDR 14 000.
Permandangan masjid Istiqlal (wikipedia)
Ruangan Solat Utama
Hadapan Masjid Istiqlal
Seterusnya ke Jakarta cathedral yang terletak berhadapan dengan Masjid Istiqlal. Rekabentuk gereja yang unik dengan bercirikan bentuk senibina Neo-Gothic.
Facade Jakarta Cathedral
1..2..3..Action
Interior
Masjid Istiqlal(kiri) & Jakarta Cathderal(kanan)
Semasa sedang asyik bergambar, tiba-tiba hujan mencurah turun dan hasrat untuk berjalan di kawasan sekitar tidak kesampaian. Perancangan RT untuk perjalana hari kelima boleh rujuk peta dibawah.
Kawasan sekitar Monas
1. Monumen Nasional (Monas)
2. Masjid Istiqlal
3. Jakarta Cathedral
4. Gedung Kesenian Jakarta
5. Monument Pembebasan Irian Jaya
6. Hotel Borobudur
7. Embassy of United State of America
8. Perpustakaan Republik Indonesia
9. Bank Pusat Indonesia
10. Patung Kuda Arjuna Wiwahamahabrata
11. Musuem Nasional Indonesia
12. Istana Merdeka (Kediaman Rasmi President Republik Indonesia)
12a.Mahkamah Agung Republik Indonesia (bersebelahan Istana Merdeka)
13. Stasiun Komuter Juanda
14. Stasiun Komuter Gambir
Gedung Kesenian Jakarta
Monumen Pembebasan Irian jaya
Hotel Borobudur, Jakarta
Embassy of United State of America
Perpustakaan Republik Indonesia
Bank Pusat Indonesia
Patung Kuda Arjuna Wiwahamahabrata
Museum Nasional Indonesia
Istana Merdeka
Mahkamah Agung Indonesia
Akibat hujan turun dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk walk sight seeing, plan B terpaksa diaktifkan dengan melawat shopping complex. Lagi? itulah plan B. GrabCar sekali lagi diseru untuk mengambil RT di perkarangan Kawasan Keuskupan Agung Jakarta (Jakarta Cathedral) dan diamanatkan untuk menghantar RT ke sebuah gedung klasik Jakarta iaitu Plaza Sarinah Thamrin.
Difahamkan Plaza Sarinah thamrin merupakan shopping complex modern dan skyscraper pertama yang dibangunkan di Jakarta.
Plaza Sarinah Thamrin
Ingat lagi peristiwa pengeboman Pusat kota Jakarta pada 14 january 2016? Peristiwa berkenaan berlaku bersebelahan dengan banguna Plaza Sarinah ini. Pengeboman yang mengorbankan 4 orang termasuk pengebom berani mati itu sendiri. Cerita boleh diikiti dengan klik -> PENGEBOMAN JAKARTA
Kawasan Serangan Bom(kotak merah)-Plaza Sarinah(kotak Kuning)
Seterusnya RT pergi ke Senayan City Mall dengan menaiki Uber dan tambang yang dikenakan ialah IDR 36 000.
Senayan City
Maaf..gambar lama
Semasa RT berada di Senayan City kali ini, keadaan agak lengang dari sebelumnya. Retail didalamnya pun agak hambar tidak seperti pergi buat kali pertama 4 tahun dulu. Aktiviti makan-makan dan memusing lah didalam nya.
Setelah puas, RT kembali ke Hotel untuk menghantar stroller dan barangan yang dibeli sebelum meneruskan perjalanan sebelah malam dan malamnya merupakan malam terakhir RT berada di Jakarta sebelum menaiki flight balik pada keesokkan harinya.
Disebelah malam, RT sekali lagi meronda ke Kota Tua, kali ini junior pun ikut sama. Dengan Menaiki bajaj dari hotel ke Kota Tua dikenakan cas IDR 30 000. Cas yang boleh dikatan mahal berbanding menaiki Grabcar atau taxi namun untuk menghiburkan hati dan pengalaman RT naik juga Bajaj tersebut.
Seronok VM naik bajaj..
Kembali lagi ke tempat yang sama selepas 4 tahun.
Malam ini RT smpai lebih awal dan Dataran Fatahillah masih buka dan boleh dimasuki untuk lawatan. Keadaan boleh dikatakan sesak dengan pelbagai aktiviti penduduk sekitar. Namun RT mempercepatkan rentak perjalanan kerana Hujan gerimis mengundang. Kalau tidak mengenagkan VM. hujan lebat pun RT redah.
Pontia...nak....2014
Stasiun Jakarta Kota
Perjalanan RT sebelum ini ke Jakarta lebih banyak bergambar dengan aktiviti di Kota Tua ini. Bolek klik-> JAKARTA 2014 untuk melihat apa yang menarik di Kota Tua sebelah siang.
Selesai perjalanan malam, RT kembali ke hotel denga sekali lagi menaiki bajaj. Mengapa bajaj bukan Grabcar/uber? kerana VM lebih suka menaiki bajaj. "Dudok renah nya dalam ya" kata org Sarawak.
Hari 6 (22.02.2018)
Hari terakhir RT berada di Kota Metropolitan Jakarta. RT akan menaiki flight Sriwijaya Air dari Soekarno Hatta I.A Jakarta pada 5.45pm menuju ke Pontianak dan bermalam semalam di Kota Pontianak, Kalimantan Barat sebelum menaiki flight Air Asia untuk kembali ke Kuching pada keesokkan harinya.
Di sebelah pagi RT bergegas sekali lagi menuju ke Plaza Tanah Abang untuk membeli bag canvas untuk packing lebihan barangan yang dibeli dengan menaiki GraBike. Tambang dikenakan ialah IDR 10 000. Luggage sedia ada tidak mencukupi. Kenapa ke Tanah Abang? Kerana Plaza Tanah Abang pasar yang ada menjual beg canvas dan buka seawal 8am.
Setelah selesai semuanya RT Check Out dari POP! Hotel Pasar Baru, Jakarta pada jam 1200pm. RT memperuntukan 4 Jam tempoh standby untuk ke Airport kerana faktor KEMACETAN teruk melanda kota Jakarta pada waktu puncak. RT menempah GrabCar dari hotel terus ke Airport namun singgah sementara di Monumen Nasional.
Pemandu GrabCar yang membawa RT ke airport memang seorang yang baik hati. Sepatutnya persinggahan dibenarkan hanya 3 minit sahaja. Namun Pemandu membenarkan RT untuk take time selama 30 minit untuk bersiar-siar di Perkarangan Monas.
Gambar sengaja RT kaburkan! (Gambar 1)
Monumen Nasional Indonesia
Di perkarangan Monas, ada beberapa orang photographer yang kehulu-hilir untuk mencari upah. Bolehlah mencuba dengan kos IDR 15 000 sekeping gambar. Bagi yang bersetuju dengan perkhidmatan mereka tawarkan mereka akan menangkap gambar untuk anda menggunakan camera DSLR dan akan dicetak dalam tempoh 5 minit sahaja seperti gambar (1) di atas. Gambar di atas sengaja RT kaburkan namun kualiti sebenar amat puas hati dan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.
Maksih Mas Yaya Sudita
Jarak diantara Monas dan SHIA hanya -+25 km namun perjalanan yang ditempuh hampir 2 jam kerana waktu puncak. Jadi bersedialah dengan masa kerana kesesakkan lalulintas di Jakarta boleh mengundang musibah.