26 November 2014

Kuching Dulu dan Kini 2

Edisi lepas kita sudah melihat beberapa buah tempat di sekitar Bandaraya Kuching yang menunjukkan rupa bagaimana keadaan sekitarnya dulu dan kini. Entri kali ini sama saja seperti entri lepas tapi kita menjengah ke tempat yang lain pula..

1. Pejabat Pos Besar kuching (gambar tahun 2014)



















Bangunan zaman kolonial yang dibina pada 1931 paling terkenal Bandaraya Kuching. Tiada perubahan rekabentuk luarannya. Gambar dibawah merupakan gambar yang diambil satu ketika dahulu. Agak-agak tahun bilakah gambar tersebut dirakam?

















2. Main Bazzar- Sepanjang jalan di hadapan Tebingan Kuching (2014)



















Lokasi yang terkenal dengan deretan kedai-kedai lama yang menjual pelbagai cenderahati dikalangan pelancong asing dan pelancong tempatan. Gambar dibawah dirakam sekitar tahun 1960an.


















3. Carpenter Street (gambar tahun 2014)






















Lokasi yang lebih dikenali sebagai China street. Banyak kedai-kedai emas, kedai perabot dan rumah tumpangan (B&B) yang terkenal dikalangan pelancong asing.






















4. Museum Textile-Pavilion (gambar tahun 2014)


Gambar tahun 2014 motosikal dan kereta yang paling banyak lalu di depan Pavilion ini. Zaman dulu kenderaan yang lalu de depan Pavilion ialan kereta kerbau. Tengok gambar di bawah.



















5. Round Tower Pavilion (gambar tahun 2014)





Round Tower masih teguh berdiri. Kini bangunan ini dijadikan Sarawak Craft Council dan terletak di belakang banguna Mahkamah lama Kuching dan disekitarnya berdiri megah sebuah hotel setinggi 20 tingkat sedang dalam proses pembinaan manakala pusat membeli belah moden sudah menjadi peneman pagi Round Tower ini di masa depan. Gambar di bawah dirakam pada tahun 1950an.





6. Chinese Temple Carpenter Street (gambar tahun 2014)




Gambar di bawah merupakan gambar yang dirakam sekitar tahun 1919. Adakah anda percaya? Dari segi gaya rambut kanak-kanak di dalam gambar tersebut kemungkinan benar gambar ini dirakam pada sekitar tahun berkenaan.























Di entri yang akan datang kita akan menjenguk ke lokasi lain di sekitar Bandaraya Kuching. Nantikan episod yang ketiga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...