Hari kedua RT di Jakarta tamat dengan sepanjang hari memilih barangan untuk diborong. Sebelum hari kedua melabuhkan tirai RT sempat meronda-ronda di Kota Jakarta menaiki GraBike dengan tambang IDR 8k.
Meronda dengan GraBike (00.15)
Hari-3 (Ahad)
Rancangan untuk ke Kota Bogor atau digelar Kota Hujan. Terletak lebih kurang 60km di selatan Kota Jakarta dan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. RT pergi ke Kota Bogor menaiki Kereta Rel Listrik atau KRL. RT naik melalui Station Sawah Besar menaiki coach terus ke Stasion Bogor dengan cas tambang IDR 6k dan deposit kad IDR 10k. Deposit lebih mahal daripada tambang.
Peta KRL Jakarta Ke Bogor
Kad menaiki KRL
Station Sawah Besar
Menghampiri Kota Bogor dengan KRL
Setelah menempuh perjalanan lebih kurang sejam RT sampai ke Wilayah Kota Bogor dan turun di Station Bogor.
Station Bogor
Ruangan Masuk ke Station Bogor
Sudah Jejak Bogor-Checked
Kalau diikutkan rencana banyak juga list tempat yang RT ingin lihat dengan mata RT sendiri, namun kerana kekanggan masa RT hanya sempat pergi ke beberapa tempat sahaja.
Keadaan matahari pagi yang menyinari Kota Bogor tidak mematahkan semangat RT untuk berjalan kaki di sekitar Kota Bogor. Walaupun terik matahari memancar, berjalan kaki di Kota Bogor agak menyenangkan berbanding berjalan kaki di Pusat Kota Jakarta. Udara sekitar lebih segar dan kawasan pejalan kaki yang lebar dan dilitupi pepohon memberi keselesaan.
Logo kota Bogor
Terletak hanya bersebelahan Station Bogor, Taman Topi. Taman Topi merupakan sebuah taman tema ala-ala funfair sangat sesuai untuk membawa kanak-kanak bersiar didalamnya. Namun RT tidak masuk kedalamnya kerana RT bergegas melihat sendiri Istana Bogor yang terletak 500m dari Station Bogor.

Tugu Kapten Muslihat di hadapan Taman Topi
Pusat Kota Bogor Map 1
1. Station Bogor (Starting Point)
2. Taman Topi (100m)
3. Pintu Masuk Istana Bogor (500m)
4. BTM Mall (1.3km)
5. ?? M.I.A
6. Pintu Masuk Kebun Raya (1.5km)
7. Taman Mexico (1.8km)
8. Tugu Kujang Bogor (2.3km)
9. Botani Square Mall (2.4km)
10. Pintu 2 taman Botani (2.6km)
11. Taman Kaulinan Bogor (1.3km)
12. Pintu Depan Istana Bogor (1km)
13. Masjid Agung Bogor (480m)
* Panah hijau menunjukkan arah dari Jakarta jika menggunakan bas atau kereta.
Pintu Masuk Istana Bogor
Di Hadapan Pintu Masuk Istana Bogor
Hasrat untuk masuk melawat ke Istana Bogor tidak kesampaian kerana waktu lawatan hanya pada hari bekerja dan terhad kepada beberapa pelawat pada satu-satu masa.
Pintu Masuk Utama Kebun Raya Bogor
Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan
Tugu Kujang Bogor
Bogor tidak kurang macetnya. Van hijau adalah angkutan kota seperti bas namun kerana macet sangat teruk maka berjalan kaki adalah pilihan terbaik. Kereta lembu juga tidak ketinggalan tersekat dalam kemacetan.
Botani Square
Walaupun RT menyediakan peta pusingan namun RT hanya sampai ke Botani Square Mall (9) dan berehat serta makan di sana. Tanpa berfikir banyak kerana perut sudah lapar RT makan di sebuah restoran makanan Korea. Restoran yang agak exclusive namun harga yang berpatutan.
Nasi goreng Kimchi dgn cheese & Chicken bulgogi dgn cheese
serta green tea ice dgn harga IDR 86k
Selepas mengisi perut RT mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta kerana urusan lebih penting RT kena utamakan. RT menaiki GraBike dari Botani Square Mall ke Station Bogor dengan tambang IDR8k.
Di sini RT sertakan beberapa tempat yang RT rancang untuk pergi namun kerana kekangan masa dan urusan penting perlu RT selesaikan, maka RT tidak berkesempatan untuk "check point" di tempat tersebut.
Peta Kota Bogor Map 2
A. Mongolian Camp-Highland Park Resort (15km dari Pusat Kota Bogor)
Resort tanah tinggi yang berlatarkan Gunung salak dan kedinginan suhu tanah tinggi menyediakan pemandangan yang menakjubkan beserta bilik penginapan yang berkonsepkan Mongolian Camp.
B. Pura Parahyangan Agung Jagatkarta (800m dari Mongolian Camp)
C. Kampung Budaya Sindangbarang (10km dari Pusat Kota Bogor)
Kampung yang mempamerkan budaya masyarakat sekitar dengan pelbagai aktiviti setempat bersama penduduk kampung.
D. Rumah pohon/ Jembatan Kayu Curug Ciherang (45km dari Pusat Kota Bogor)
Tidak hanya di Yogjakarta, tempat menarik seperti ini juga wujud di Bogor. jembatan kayu dan pondok yang dibina di lereng gunung dengan kedalaman gaung dibawahnya menghidangkan permandangan yang begitu awesome.
E. Indonesia Paragliding,Puncak (34km dari Pusat Kota Bogor)

Bagi peminat sukan extreme boleh mencuba aktiviti paragliding ini. Dengan Bayaran sewa kelengkapan -+IDR 300k anda dapat terbang dengan paragliding dan secara langsung mendapat sijil penyertaan.
F. Little Venice Kota Bunga (15km dari Indonesia Paragliding Puncak
Taman yang bertemaka Venice, Italy, yang menampilkan senibina Italy yang mempunyai laluan air di tengah-tenganhya dan boleh dinaiki dengan gondola yang disediakan oleh pihak pengurusan taman berkenaan.
G. The Jungle Water Adventure Theme Park (9km dari Pusat Kota Bogor)
The Jungle Water Adventure merupakan salah sebuah taman tema yang terdapat di Bogor. Selain itu terdapat beberapa lagi taman tema yang amat popular dikalangan masyarakat Indonesia.
H. Gunung Pancar (23km dari Pusat Kota Bogor)
Gunung Pancar merupakan tempat reakreasi untuk penduduk sekitar. Hutan Pinus dengan suhu yang nyaman sesuai untuk menjalankan aktiviti perkelahan bersama keluarga atau kawan-kawan.
I. Taman Safari Indonesia (28km dari Pusat Kota Bogor)
Peminat rancangan variety SBS Korea Running Man mesti pernah melihat Taman Safari Bogor. Rancangan Running Man episode 200 dirakam di sini.
J. Leuwi Lieak, Bogor (34km dari Pusat Kota Bogor)
Kawasan air terjun yang menyajikan permandangan yang sangat indah dengan desiran air terjun dan flora dan fauna yang memikat hati pengunjung.
Banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Kota Bogor yang RT tidak ceritakan di sini. Jika berkesempatan datanglah melihat sendiri keindahannya.
Hari-4 (Isnin) RT lanjutkan lagi dengan aktiviti membeli dan memborong untuk di bawa pulan ke tanah air. Memboronglah sepanjang hari.
Di sebelah malam RT berhasrat sekali lagi untuk meronda Kota Jakarta dengan menaiki GraBike namun akibat kepenatan RT hanya memesan makanan melalui aplikasi Grab Food.
Pesanan Makanan melalui GrabFood
Hari 5 (Selasa)- Memandangkan hari ini cuti umum dan kemacetan agak kuran untuk sambutan Hari pekerja RT berencana untuk ke Airport pada Jam 930 pagi untuk menaiki penerbangan balik pada jam 1215 tengahari.
Namun atas nasihat pekerja Hotel tempat RT menginap malam sebelumnya mereka sarankan RT bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan yang dijangka berlaku kerana Masyarakat Jakarta dikhabarkan mehu melakukan demonstrasi di pusat kota. Maka RT mengambil keputusan bertolak pada jam 8.00 pagi dan sampai ke Soekarno Hatta Int. Airport pada 50 minit kemudian.
RT menaiki penerbangan MAS MH716 ke Kuala Lumpur melalui Terminal 3 yang baru lagi canggih. Tidak seperti hari ketibaan RT di Jakarta yang melalui Terminal 1 domestic.
Tempat Menurunkan penumpang
Ruangan Legar-Check-in (0.09)
Taman di Check-in Area
Baki GM- Ayam Cendawan Serta Pangsit & Teh es
Kawasan jualan barangan duty free
Departure Hall
Menuju Boarding Gate (0.15)
Boarding Gate
Penerbangan berlepas tepat 1215 tengahari menuju Kuala Lumpur, Sebelum RT menyambung penerbangan ke Kuching pada sebelah malamnya.