30 October 2018

Pesawat Lion Air terhempas

Lion Air

Jakarta, Sebuah Pesawat Boeing 737 Max 8 milik Syarikat Penerbangan Lion Air dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan sebelum disahkan terhempas ke dalam laut berdekatan Jakarta pada Isnin 29 October 2018.

Penerbangan domestik bernombor JT610 berlepas dari Soekarno Hatta Int. Airport, Jakarta pada jam 620 pagi WIB menuju ke Pangkal Pinang dilaporkan hilang dari radar dan disahkan terhempas ke dalam laut selepas 12 minit berlepas dari lapangan terbang.

Pesawat yang berusia 2 bulan dengan No. Pendaftaran PK-LQP membawa seramai 178 orang penumpang seorang kanak-kanak dan 2 orang bayi diketuai oleh Kapten Bhavye Suneja dan dibantu oleh pembantu juruterbang Harvino beserta 6 krew kabin terhempas 15km dari pantai perairan Kerawang, Jawa Barat, Indonesia.

Sehingga artikel ini diterbitkan usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan oleh Pihak berkuasa Indonesia. Punca Nahas masih dalam siasatan.

Semoga semuanya dipermudahkan dan Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...