12 July 2019

Cuti-Cuti Singapore & Batam

Singapore (image of www.singsaver.com.sg)

Setelah sekian lama tidak mengeluarkan entri berhabuk sudah blog RT. Setelah 4 bulan trip ini berlalu baru RT mempunyai masa terluang untuk menaip perjalanan bulan March lepas..sementara mancari info untuk trip RT yang akan datang tidak lama lagi..Destinasi? Nanti RT akan kongsikan ceritanya di blog ini.

Ini Kali ke dua RT ke kota Singa...SINGAPORE..World Most Expensive City in the World. Perjalanan kali ini ditemani anak RT yang berusia 1 tahun 10 bulan dan Parents RT.

Berlepas dari Kuching International Airport dengan penerbangan Air Asia pada 1 March 2019 jam 525pm.


 MYR 224 inc 20kg luggage

MYR 134(2pax)


Travel Insurance sangat penting, Makanya RT sekeluarga dilindungi oleh Etiqa Travel Insurance/Takaful. Oleh kerana perjalanan kali ini "dekat" RT memilih untuk membeli pakej Silver sahaja dan harga yang perlu dibayar setelah mendapat discount 25% kerana RT uruskan sendiri tanpa ejen boleh rujuk gambar dibawah.


RM 49.91 (Silver)

RM 40.67 (Silver)


Ini merupakan kali ke 2 anak RT berjalan ke luar Malaysia. Kali pertama ketika dia berusia 9 bulan dengan perjalanan melihat kota Sinetron iaitu Jakarta. Entri perjalanan boleh dibaca dengan klik


Tiba di Changi Int. Airport terminal 4 awal 30 minit dari seperti yang dijadualkan.

Changi Int. Airport

Terminal 4 Arriving Lounge

Terminal 4 Arriving Lounge

Sebelum mendapatkan perlepasan dari pemeriksaan Immigration & Kastam Singapore pastikan telah melengkapkan Arrival Card yang telah diedarkan di dalam flight atau boleh juga mengisi di balai ketibaan sebelum pemeriksaan Immigration dan Kastam.

Peringatan! Gula-gula getah dilarang KERAS untuk dibawa masuk ke Singapore. Nampak mudah namun kerananya anda boleh ditahan pihak keselamatan Airport Singapore. 


Arrived

Ruang menuju ke arrival area



Baggage collecting Area

Boleh dapatkan Ezlink Card untuk menaiki MRT di sini.

Selesai urusan claim baggage RT merancang untuk menaiki MRT dari Airport terus ke tempat RT menginap di Pusat Bandar Singapore. Namun untuk menaiki MRT dari Airport kita hendaklah menaiki Bus interconnection terminal untuk ke station MRT yang terletak di Terminal 2 Changi Int. Airport.

Jenis EZ-link card yang boleh digunakan untuk menaiki public transport seperti gambar di bawah.


Dari kiri. STP-Unlimited Ride 1/3/7 days. EZ-Link re-loadable card, boleh return & refund with discount per trip. Standard ticket per-way, boleh reload tp no discount.  

Waiting Area Interconnection Bus ke Terminal 2

Inter-terminal Bus connection

Setibanya di Terminal 2 ikut signage "Train to City" untuk menaiki MRT ke Pusat Bandar.


Public Transport yang RT gunakan untuk bergerak di sekitar bandaraya Singapor 100% menaiki MRT. MRT sangat mudah digunakan dan lebih murah berbanding menggunakan taxi.

  Singapore MRT/LRT map

Di Pusat Bandaraya Singapore RT telah menempah sebuah Hotel family room di kawasan Little India iaitu Claremont Hotel melalui Agoda dengan harga MYR 896 untuk 3 Hari 2 malam. Lokasi hotel dipilih kerana berdekatan dengan Station MRT Farrer Park yang terletak hanya 90 meter dari Hotel tempat RT menginap. Boleh dikatakan mahal hotel yang tak seberapa..namun begitulah reality THE MOST EXPENSIVE CITY IN THE WORLD.


Peta Lokasi kawasan Little India Singapore


Selesai Check-in rehat sebentar bersam Kit-Kat RT meneruskan penjelajahan di kawasan sekitar untuk mengisi perut di salah sebuah restaurant berdekatan dengan Mustafa Centre untuk makan nasi ayam. Harga tak SGD5.00 sepinggan.



Mustafa Centre

Walaupun jam menunjukkan 12 tengah malam kawasan sekitar Mustafa centre masih meriah dengan aktiviti jual beli. Mustafa Centre merupakan gedung membeli belah barang keperluan harian dan kelengkapan diri dibuka 24jam.

p/s: Perfume jenama terkemuka dijual murah di sini kawan2...

HARI 2

Hari kedua diteruskan dengan menjelajah ke Sentosa Island. Terletaknya Universal Studio Singapore (USS). Walaupun kali ke-2 RT ke Kota Singa tetap RT tidak terniat di hati untuk masuk ke dalam USS. Mungkin faktor harga ticket masuk? Ntah..Kali pertama RT ke Singapore pun RT sekadar jalan-jalan di sekitar USS- Boleh Rujuk-> SINGAPORE 1 DAY TRIP

Dengan menaiki MRT di station Farrer Park terus dan melalui beberapa station MRT sebelum tiba di Station Habour Front yang terletaknya Vivo City Shopping Mall, Shopping Mall terbesar di Singapore.

Untuk ke Sentosa Island kita perlu menaiki Monorail yang terletak di tingkat 3. Bayaran tiket dikenakan ialah SGD4.00 berbandin dahulu hanya SGD3.00. Namun hanya bayaran untuk masuk saja dikenakan manakala untuk keluar dari Sentosa Island nanti FOC.


Habour Front Walk

Ticket untuk ke Sentosa Island

Dalam Monorail OTW ke Sentosa Island

Tiba di Station Waterfront untuk ke USS

Air-Air POPO..


Posing Ayam

Yeah...I'm Here


My 2nd Time


Kasih Sayang tanpa Batas untuk mereka


Pokok ni unik..apa yang unik datanglah tengok sendiri



Sejukan badan dengan makan ice-cream


Tanpa mereka siapalah saya


Yeah..


Beach Monorail Station Sentosa Island





Setelah puas menjelajah USS, Perjalanan diteruskan ke Pusat Kota. Dengan menaiki Monorail di Station Waterfront kembali menuju ke Vivo City Shopping Mall sebelum menyambung perjalanan ke Pusat Bandaraya (Merlion Park) dengan menaiki MRT.

Seperti RT katakan td perjalanan keluar dari Sentosa Island menaiki tidak dikenakan apa-apa bayaran dan FOC.

Setibanya di Vivo City Shopping Mall, dan sebelum ke Pusat Bandaraya Singapore RT singgah ke Bangunan Habour Front Centre yang terletak di sebelah Vivo City Shopping Mall untuk menempah dan membeli tiket Ferry Express untuk ke Batam, Indonesia pada keesokkan harinya. RT ambil nasihat dari PRO's untuk membeli tiket sehari sebelum hari perlepasan.

Harga tiket ferry express untuk seorang dewasa ialah SGD 24 manakala SGD 19 untuk seorang kanak-kanak. Banyak syarikat menyediakan perkhidmatan ferry untuk ke Batam namun RT memilih untuk menggunakan perkhidmatan Sindo Ferry. Harga yang ditawarkan oleh syarikat ferry adalah sama sntara satu dengan yang lain.



Berbalik kepada cerita untuk pergi ke kawasan popular untuk membeli belah di Singapore dengan menaiki MRT. Di Vivo City turun ke tingkat basement dengan mengikut papan tanda. Naik MRT di station Habour Front dan turun di Station Outram Park. Di Outram Park Station tukar platform MRT ke platform MRT Route 2(Green Line). Naik MRT Route 2 menuju ke Station Bugis. Sampai di station Bugis ikut tanda arah keluar menuju ke Bugis Junction/Street


Bugis Junction

Di hadapan Bugis Street

Untuk ke Merlion Park naik MRT di station Bugis Route 1 (Green Line) menuju ke Raffles Place. Tiba di station Raffles Place ikut tanda arah keluar.

Arca Steel yang terdapat di kawasan Raffles Place


Berlatarkan Marina Bay Sand

Collyer Quay Esplanade

hep..hep hooray..

2019

2015

Syurgaku



Sayang daddy

memikirkan banyak SGD telah dihabiskan...kui kui kui

Kali ini RT sekeluarga bernasib kurang baik kerana Tugu Merlion ditutup kerana proses maintenance sedang dilakukan. Hanya scaffolding berbalut jaring hitam yang dapat dilihat di Tugu Merlion. Sungguh menyedihkan bagi mak & bapa kerana ingin melihat Tugu Merlion namun ditutup untuk maintenance. Mak & bapa datang lagi ke Singapore setelah melawatnya lebih dari 30 tahun lepas.

Fullerton Hotel

Permandangan Raffles Place pada waktu Malam

Selesai bersantai di kawasan Merlion Park RT kembali ke kawasan berdekatan dengan hotel tempat RT menginap menaiki MRT. Di station Raffles Place naik MRT Route 5 (Red line) menuju ke station Dhoby Ghaut. Di Station Dhoby Ghaut tukar turun dari MRT dan tukar platform ke Route 6 (Purple Line) dan naik MRT menuju ke Farrer Park.

Tiba di Station Farrer Park ikut tanda arah keluar. RT memilih untuk ikut tanda arah keluar melalui City Square Mall.

Selesai meronda di City Square Mall dan makan malam RT kembali ke Hotel untuk berehat dan bersedia untuk keberangkatan ke Batam, Indonesia keesokkan harinya.

Farrer Park MRT Station Entrance

Tempat Menarik untuk di kawasan Downtown (klik gambar untuk zoom)

Tempat Menarik di kawasan Bugis (klik gambar untuk zoom)

Peta di atas RT sediakan untuk rancangan perjalanan RT untuk kali ini. Namun tidak semua tempat RT rancangkan dapat dicover kerana kekangan masa dan faktor membawa anak kecil. Untuk pembaca yang berhasrat untuk ke Singapore dan sesuai untuk mereka yang gemar berjalan kaki kerana peta ini RT sediakan dengan laluan MRT/LRT yang lalu di kawasan berkenaan dan station yang terdekat.

Beginilah cara RT membuat persedian untuk sesuatu perjalanan. Rancangan detail dan dibuat semula sendiri walaupun terdapat unlimited sumber yang boleh di klik di www.google.com Jika terdapat sebarang pertanyaan/ralat bolehlah ditinggalkan di ruangkan komen di bawah.

Sistem laluan MRT/LRT di Singapore boleh dikatakan agak complex berbanding yang terdapat di negara kita di Kuala Lumpur namun jika memahami konsep cara menggunakannya, ianyanya sebenarnya amat mudah seperti RT menguasai cara menggunakan pengangkutan MRT/LRT di Seoul, Korea Selatan yang dikatakan lebih besar berkali ganda dengan yang ada di Singapore. Klik link di bawah untuk membaca pengalaman RT ke bumi Korea Selatan dengan 100% DIY dan bergantung sepenuhnya dengan MRT/LRT Seoul.





HARI 3

Perjalanan Hari ke-3 RT akan pergi ke Batam Indonesia menggunakan Ferry Express yang berlepas melalui Terminal Habour Front Centre.

Dari Hotel tempat RT menginap, RT menaiki MRT di station Farrer Park terus ke Station Harbour Front. Tiada pertukaran tren & platform. Keluar di Station Harbour Front ikut tanda arah keluar ke Habour Fron Centre. Di station MRT Harbour Front RT me"refund" Ez-Link Card. Mereka akan memulangkan jumlah baki yang terdapat di dalam card serta deposit untuk menggunakan card tersebut.



HarbourFront Centre Terminal

Dari Station MRT Harbour Front ikut papan tanda arah sehingga tiba di Harbour Front Centre Terminal. Di dalamnya juga terdapat kawasan membeli belah dan restaurant.

Terminal HarbourFront centre sememangnya bertaraf antarabangsa. Mana tidaknya kita tidak perlu untu membawa luggage untuk masuk ke dalam ferry namun ianya boleh di "check-in" seperti selalu dilakukan di Airport.

Mos Burger

Pintu Perlepasan Ferry

SINDO Queen Star 6

Di terminal Harbour Front Centre ini pemegang passport Malaysia boleh menggunakan auto-gate untuk melakukan pelepasan imigration dan tidak perlu melakukannya dengan manual. Namun bagi bayi dan pengiring kepada bayi berumur dibawah 2 tahun dikehendaki melakukan pelepasan imigration secara manual.

Beg yang didaftar masuk


Ferry Sindo Queen Star 6 merupakan sebuah ferry berkelajuan tinggi dan mempunyai 2 dek penumpang. Penumpang boleh memilih untuk duduk di bawah atau di tingkat atas. Maka RT pun memilih untuk duduk di tingkat atas untuk melihat pemandangan. Tempat duduk Free seat. Boleh duduk dimana anda suka.

Permandangan Sentosa Island dari Ferry

Sekitar Permandangan di Habour Front

Perjalanan menuju ke Batam mengambil masa lebih kurang 40-50 minit bergantung dengan kelajuan ferry. Pada mulanya ferry bergerak dengan kelajuan rendah sementara masih di dalam kawasan perlabuhan. Apabila melepasi muara pelabuhan ferry bergerak dengan laju nya menuju ke Batam.

Di kejauhan meninggalkan Singapore City

Menghampiri Batam Centre

Terminal Batam Centre


Balai Ketibaan Terminal Batam Centre


Tiba di terminal Batam Centre, perlepasan imigration perlu dilakukan. Luggage yang telah didaftar masuk td hanya perlu dituntut selepas melakukan perlepasan imigration.

Di sekitar kawasan Batam Centre

Terminal Batam Centre bersambung terus dengan Mega Mall Batam Centre. Namun perlu melintas melalui jejantas pejalan kaki yang tidak mesra stroller bayi. Sepanjang pengamatan RT bertandang ke beberapa tempat di Indonesia kebanyakannya kurang mesra kepada OKU yang berkerusi roda, baby stroller dan sebagainya termasuk Ibu Kota nya iaitu Jakarta. RT pernah melakukan perjalanan ke Kota Jakarta sebanyak 3 kali iaitu kali pertama pada tahun 2014 dan kali ke-2 & ke-3 pada tahun 2018. Entri perjalanan RT ke Jakarta boleh diikuti dengan klik link yang RT sediakan di bawah.





Selesai semua urusan imigratio, tuntutan bagasi RT singgah makan dan berehat sebentar di Mega Mall Batam Centre. Tidak lupa juga untuk membeli Sim Card supaya tidak terputus hubungan dengan Internet. Pelbagai jenis Sim Card yang boleh digunakan. Boleh dikatakan kesemuanya ok lebih-lebih lagi TELEKOMSEL.

PARAGON HOTEL BATAM


Hotel untuk penginapan RT di Batam selama 3 hari 2 malam untuk 2 bilik Superior double ialah RM 296.45, yang terletak lebih kurang 8km dari Terminal Batam Centre. Keadan hotel sangat baik dan berdekatan dengan pusat bandar dan disambut mesra oleh staff yang bekerja di Paragon Hotel Batam. Paragon Hotel Batam juga menyediakan servis urutan spa traditional dan sebagainya.


Pengangkutan yang boleh digunakan di Batam ialah taxi, ojek Grab Car dan sebagainya. Namun jika memilih untuk menggunakan Grab car DIINGATKAN supaya tidak menempah Grab Car di point-point utama seperti di pintu keluar terminal/ shopping mall/ hotel yang mempunyai taxi point.

Shopping Mall yang terdapat di Pusat Bandar Batam

Ini kerana Grab Car & Taxi Batam TIDAK NGAM satu dengan yg lain. Boleh bergaduh dibuatnya. Kebiasaannya pun driver Grab akan meminta penumpang yang menempah grab untuk menjarakkan sedikit point jemputan dari tempat yang RT sebutkan td.

Tidak seperti pengalaman RT berkunjung ke Jakarta, pemandu Taxi dan Grab car lebih bersikap terbuka dan menganggap rezeki telah ditentukan. Namun ianya tidak berlaku di Batam.

Paragon Hotel batam

Superior Double

Bilik Mandi

Cafe

Seperti yg RT katakan tadi Paragon Hotel Batam boleh mendapat pujian atas layanan yang diberikan kepada RT sekeluarga.

Setelah check-in dan berehat sebentar RT meneruskan perjalanan ke Nagoya Hills Shopping Mall. Ianya merupakan Shopping Mall terbesar di Kota Batam. Dengan berjalan kaki kira-kira 800m dari hotel maka sampailah ke Nagoya Hills Shopping Mall Batam. Perkara utama yang RT cari ialah...

A&W Root Beer & Beef Burger

Selesai menyampai hajat maka bolehlah start meronda di kawasan sekitar.


Nagoya Hills Shopping Mall

Aras 1 Nagoya Hills SM





Di depan Nagoya Hills SM

Banyak juga barangan yang dijual di sini. Namun melihat kepada harga barangan boleh dikategorikan mahal. Mungkin sebab utama ialah Batam adalah kota percutian untuk warga Singapore. Almaklumlah duit Singapore lebih mahal berbanding MYR & IDR.

Selesai menjelajah Nagoya Hills SM, RT kemudiannya berhasrat untuk melepak di Alun-Alun Batam Centre dan bergambar dengan tugu WELCOME TO BATAM yang terletak berdekatan dengan Masjid Agung Batam.

Sekali lagi dengan servis Grab Car RT pergi ke Alun-Alun Batam Centre.


Dataran Engku Putri Alun-Alun Batam

Gambar Siang source google.com

Kantor Datuk Bandar Batam

Masjid Agung Batam

Welcome To Batam

Berlatarbelakangkan monument Welcome To Batam yang terletak di Bukit Clara, di taman Alun-Alun Engku Putri ini juga terdapt pasar malam namun ianya bukan pasar malam yang menjual barangan namun menjual pelbagai jenis makanan local Indonesia. Sangat direkomen untuk singgah makan di sini kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Makan warung tepi jalan ya adik-adik kakak-kakak..

Sebelum memilih untuk makan di warung makanan pilihan rondalah dulu kawasan sekitar dan perhatikanlah cara tukang masak menyediakan makanan. Walaupun kebersihan agak kurang ditekankan di kawasan ini namun masih berbaloi untuk mencuba.

HARI 4


Kawasan sekitar Paragon Hotel Batam

Di Paragon Hotel Batam, hotel tempat RT menginap terdapat beberapa "kawasan" shopping. Boleh rujuk peta yang RT sedia seperti di atas. Sesetengah pengemar shopping yang pernah bertandang ke Batam mengelar Batam sebagai Shopping Heaven. Namun apa yang RT rasai sendiri ialah tidak seperti yang digambarkan oleh kaki shopping.

Lokasi beberapa Shopping Mall yang terdapat di Batam

Memandangkan trip kali ini adanya follower golongan mak-mak maka penjelajahan shopping mall diturutkan juga. Namun tak semua Shopping area seperti yang di dalam peta di atas RT cover.

Sekitar tempat menarik di Batam yang RT Rancang untuk lawat.

Selain shopping, terdapat juga tempat menarik lain yang boleh dilawati seperti yang RT tanda di peta di atas.



Ocarina Batam Theme Park

Ocarina Batam merupakan sebuah taman tema yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Batam Taman tema di tepi laut menyediakan permandangan indah disertakan beberapa permainan taman tema disediakan untuk pengunjung dan sesuai untuk hiburan anak-anak kecil.

Tiket masuk dewasa IDR 10k

Tiket masuk kanak-kanak IDR 5k




Aqua adventure Batam, terletak berdekatan dengan Pantai Nongsa menyediakan permainan air bagi pengemar sukan air. Aktiviti menyelam juga disediakan.

Bayaran dikenakan IDR 60k untuk local & IDR 120k untuk warga asing.



Montigo Resort Nongsa

Bagi pengemar aktiviti pantai bolehlah berkunjung ke Pantai Nongsa yang terletak lebih kurang 27km dari pusat bandar Batam. Keadaan pantai yang tenang dan damai sesuai bagi mereka yang ingin untuk merehatkan minda. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk kawasan pantai.




Pengemar makanan laut boleh bertandang ke Kelong Seafood Nongsa Beach. Menyediakan pelbagai jenis masakan laut segar dari laut membuatkan pengemar makanan laut menjilat jari setelah selesai menjamu selera. Harga dikategorikan mahal sedikit namun keenakkan masakan dan sajian hembusan bayu laut agak berbaloi untuk dicuba.




Jika ditanya dengan Mr Google tentang tempat menarik di Batam, Jambatan Barelang merupakan top 5 recommended place to visit in Batam. Apa yang specialnya dengan Jambatan Barelang ini?

Jambatan Barelang merupakan satu susunan jambatan yang menghubungkan pulau Besar Batam dengan beberapa pulau kecil yang lain. Juga dikenali sebagai Jambatan Habibie keran menhargai jasa mantan President Indonesia B.J Habibie yang mengilhamkan pembinaan jambatan ini. Lokasinya terletak lebih kurang 35 km ke selatan Bandar Batam dan untuk ke sini pengunjung perlu mengupah supir beserta mobilnya dan harga bergantung dengan tawar menawar dengan supirnya. Ianynya hanya sebuah jambatan namun panorama yang indah memukau mata yang memandang.


Ramayana Mall Batam

Memandangkan Ramayana Mall dekat dengan Harbour Bay ferry terminal maka RT pergi ke Harbour Bay ferry terminal untuk menempah tiket ferry ke Stulang Laut Johor Bharu untuk keesokkan harinya.

Harbour Bay Mall

Harbour Bay ferry Terminal bersambung dengan Harbour Bay mall. Tapi malangnya Habour Bay mall sepi dan hanya beberapa buah kedai saja yang buka. Ianya seperti shopping mall berhantu yang besar tapi tidak banyak orang yang datang melawatnya.

Batam City Square

Bumblebee Versi Batam



HARI 5

Selesai urusan Check-out di Paragon Hotel Batam, RT pergi semula ke Harbour Bay Terminal Batam untuk menunggu ferry ke Stulang Laut Johor Bharu. Tiket ferry yang RT tempah pada Jam 1.00 pm WIB.

Sementara menunggu ferry untuk berlepas maka RT jalan-jalan dulu di dalam Harbour Bay Terminal yang ada beberapa cafe, restaurant dan kedai-kedai menjual pelbagai barangan termasuk kek lapis indonesia.


Ruang Menunggu

Inside Harbour Front Terminal

Ada Starbuck








Feri yang RT naiki berlepas tepat jam 1:00pm dan perjalanan menuju terminal Stulang Laut Johor Bharu mengambil masa lebih kurang 2 jam.

 Meninggalkan Kepulauan Batam


 Bandaraya Singapore di kejauhan Horizon



Kawasan Industri Pasir Gudang

Plaza Angsana Johor Bharu

RT menginap semalam di Golden leaf Boutique Hotel Danga Bay sebelum mengambil penerbangan kembali ke Kuching pada keeseokkan harinya.

HARI 6

Tada aktiviti jelajah dilakukan hanya berehat di hotel dan packing barang untuk menaiki penerbangan sebelah petang.

Senai Airport Johor Bharu

 Menunggu Flight ke Kuching


 Flight to Kuching



Dengan menaiki penerbangan Air Asia AK 5420 ke Kuching maka berakhir perjalanan cuti-cuti ke Singapore & Batam kali ini.


  














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...