19 May 2016

Ronda Singapore 1 Hari

 Merlion Park, Singapore

Singapore Skyline 

Ini adalah perjalanan RT keluar daripada Negara yang paling singkat pernah RT buat. Perjalanan meronda-ronda kota Singa untuk 1 hari sahaja. Pergi pagi balik petang.

RT Berangkat daripada Johor Bharu. Untuk mengurangkan risiko di tinggal bas awam dan melakukan aksi kejar-mengejar,RT pilih untuk pergi dengan menaiki Bas ke Universal Studio Singapore. Tapi RT tidak membeli pakej masuk untuk ke Universal Studio kerana tujuan RT ke Kota Singa adalah untuk melihat dengan mata kepala RT sendiri singa yang mengeluarkan air dari mulut dan kesibukan kota yang memegang rekod The Most Expensive City in the World. RT hanya membeli pakej Bas pergi dan balik sahaja dengan Kos RM 30 seorang.

Harga Yang Perlu dibayar Untuk Masuk Ke USS

Tune Hotel Danga Bay Johor Bharu

Bas dijadualkan dan berangkat tepat 730am di hadapan Tune Hotel Danga Bay. Berkali-kali "stewardess" bas mengingatkan dilarang keras untuk "menyeludup" masuk chewing gum ke Singapore dan ianya boleh dirampas dan didenda di pintu CIQ nanti. Mereka juga akan mengedarkan kad kemasukan ke singapura. Isikan dan sertakan nanti di pemeriksaan imigresen Singapore.

CIQ Sultan Iskandar, Johor Bharu (Google Street View image)

Woodland CIQ dari Tambak Johor (Google Street View image)

Urusan dokumentasi keluar masuk sesebuah negara adalah seperti biasa. Di kompleks CIQ Sultan Iskandar pemegang passport Malaysia hanya perlu menyentuh Passport dan cap ibu jari di mesin automatik yang sama seperti di pintu perlepasan dan ketibaan antarabangsa di Airport.

Namun ianya berbeza di Singapura. Bagi yang bukan Singapore Citizen pemegang passport selain passport singapore kena beratur secara manual untuk mendapatkan kebenaran masuk.

Perjalanan Ke Sentosa Island dimana letaknya Universal Studio yang digilai ramai untuk sampai ke situ lebih kurang 70 minit dari Tune Hotel Danga Bay termasuk masa urusan dokumentasi dan traffic jammed. Kerana mengantuk RT terlelap sehingga sampai ke USS dan termissed panorama perjalanan kota Singa.

Lokasi Popular di Universal Studio Singapore

Tempat Wajib kalau nak bergambar

Semasa RT tiba di USS jam lebih kurang 915 pagi namun ramai pengunjung beratur panjang untuk membeli tiket dan beratur untuk masuk. Walaupun kehendak hati mahu masuk ke USS namun RT gagahkan jua untuk melawan kehendak hati. Apa tidaknya jika RT masuk ke USS maka RT hanya akan membuang masa sehari suntuk di dalam USS dan tidak dapat melihat panorama downtown Kota Singa.

Untuk Ke Pusat Bandar Singapore RT berhasrat untuk menaiki MRT/LRT. Pengangkutan awam untuk ke Pusat Bandar terletak di tanah besar. Untuk keluar daripada Sentosa Island tempat letaknya USS kita boleh menaiki Sentosa Monorail yang disediakan menuju ke VivoCity Megamall yang terletak di Mainland. Sentosa Monorail dinaiki di hentian monorail Waterfront yang terletak -+100m daripada Universal Giant Globe. Ikuti papan tanda arah untuk ke station monorail. Tiada bayaran dikenakan untuk menaiki monorail dari Waterfront Station ke Sentosa Station yang terletak di dalam VivoCity Megamall. Namun bayaran SG$3 seorang akan dikenakan untuk kembali ke Sentosa Island.

Sentosa Monorail

Menunggu giliran untuk menaiki Monorail

Permandangan Semasa di dalam Monorail untuk ke Mainland

Seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas, selain monorail terdapat juga cable car untuk keluar dan masuk ke Sentosa Island. namun RT tidak mengetahui di mana untuk menaikinya dan bayaran yang dikenakan.

Pintu Masuk Utama VivoCity Megamall

VivoCity

Station Monorail Sentosa terletak di dalam Vivo City. Boleh sesat juga untuk mencari jalan keluar untuk ke Station MRT/LRT, kerana VivoCity merupakan pusat membeli belah terbesar di Singapore. Keluasan lantai VivoCity mencecah 1.5juta kaki persegi atau 140 ribu meter persegi. Lebih kurang sebesar Suria KLCC. Di dalamnya terdapat pelbagai butik berjenama namun RT hanya mampu tengok saja. Maklumlah nilai matawang SGD lebih besar daripada MYR.

Station MRT/LRT hentian Habour Front terletak di tingkat basement 2. Sebelum menaiki MRT/LRT hendaklah membeli tiket yang boleh diisi semula di mesin pembelian tiket. Fungsinya seperti kad Touch & Go cuma ianya lebih nipis namun boleh diisi semula. Lebih kurang seperti tiket KTM Komuter.


MRT/LRT re-loadable ticket

Mesin pembelian tiket MRT/LRT serta isian semula

Peta MRT/LRT

Untuk ke Downtown Singapore kenalah menaiki MRT/LRT. Pengangkutan lain juga boleh digunakan. Memandangkan RT hanya research untuk menggunakan MRT/LRT maka RT hanya cerita bagaimana naik turun atau bertukar station menaiki MRT/LRT.

RT menaiki MRT dari station Harbour Front (NE-Line) ke station Outram Park dan bertukar tren dan laluan ke EW-Line (Green) untuk ke station Raffles Place dengan harga perjalanan sehala SG$ 1.14. Cara pengunaan dan pertukaran laluan tren sama seperti di Kuala Lumpur. Tidak perlu keluar daripada station hanya perlu bertukar platform menunggu MRT/LRT.

Raffles Place Exit

Raffles Place

Bronze Sculpture

 Reflection Steel Sculpture


Multi-Alphabet Sculpture

Raffles Place Centre

Skyscraper


Robinson Road

Tempat yang mesti dilawat ialah Merlion Park. Tempat yang ingin RT tengok dengan mata kepala RT. Pemandangan di sekitar Merlion Park memang meruntun jiwa. Ditambah lagi bangunan-bangunan yang terdapat disekitar memegang rekod-rekod dunia.









Walaupun cuaca yang sangat panas dan mentari menyerlahkan sinaran namun tidak menjadi penghalang untuk RT bergambar tanpa memperdulikan orang sekeliling. Semasa RT berada di Merlion Park, rata-rata RT terserempak dengan pelancong-pelancong yang datang daripada Indonesia. Ramai juga pelancong Indonesia datang ke Singapore.

Di Merlion Park banyak disediakan Kiosk-Kiosk menjual makanan ringan dan minuman disediakan terletak di bawah Jambatan. Bolehlah berteduh serta membasahi tekak dengan membeli minuman yang dijual dengan harga SG$ 1.50 hingga SG$ 15.00. Harga minuman dijual sama seperti di Malaysia cuma kalau di convertkan kepada MYR berfikir 2 kali untuk membelinya.

Perjalan diteruskan ke Bugis Street untuk RT membeli souvenir untuk diri sendiri iaitu T-Shirt Singapore. RT kembali ke Station Raffles Place dan menaiki MRT/LRT EW-Line menuju ke Station Bugis dengan bayaran SG$ 0.78 sehala.

 Bugis Street

 Bugis Village

 Bugis Junction


RT membeli sehelai T-Shirt Singapore dengan harga SG$ 10.00. Walaupun harganya agak mahal kalau di tukarkan kepada MYR namun kualiti kain dan jahitannya amat bagus dan berbaloi dengan nilai yang dibayar.

Selesai meronda-ronda di Bugis Street dan menghabiskan sisa-sisa masa yang dirancang RT kembali ke VivoCity dengan menaiki MRT/LRT ke Harbour Front station seperti RT pergi tadi, bertukar laluan tren di Outram Park Station dengan bayaran SG$ 1.32. Kad yang digunakan untuk membayar kos pengangkutan boleh di refund di mesin pembelian tiket namun RT tidak menebuskannya dan membawa pulang untuk kenangan.

Dengan Masa yang masih tersisa RT meronda di dalam VivoCity sepuas-puasnya. Selesai meronda RT kembali ke Sentosa Island dengan Menaiki Sentosa Monorail dan dikenakan SG$ 3.00 seorang dan tiket boleh dibeli di pintu Masuk Station Monorail yang terletak di tingkat 3.

RT kembali ke tanah air dengan menaiki Bas yang dinaiki di tempat menunggu Bas di tingkat Basement USS. Angaran kos perjalan RT untuk sehari lebih kurang RM 450 dan masih berbaki beberapa puluh SG$ lagi.


    

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...