Bagaimana untuk ke Kota Pontianak? Caranya mudah sekali..pengembara boleh memilih untuk menaiki penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur terus ke Pontianak. Selain daripada Kuala Lumpur pengembara boleh menaiki penerbangan MAS wing daripada Kuching. Kalau nasib baik boleh dapat tiket penerbangan Kuching-Pontianak lebih murah daripada harga tiket bas. Hanya 45-60 minit saja diperlukan untuk sampai ke Kota Pontianak jika menaiki pengangkutan udara. Untuk yang datang dari arah lain boleh memilih untuk melalui Jakarta, Yogjakarta mahupun Bandung dengan menaiki Syarikat penerbangan Indonesia.
Selain itu pengembara boleh melalui jalan darat/bas yang dapat di naiki di Kuching Central dan hanya melalui dengan mengunakan jalan raya Malaysia(Tebedu)-Indonesia(Entikong)namun perjalanan mengunakan pengangkutan darat mengambil Masa 6-7 Jam untuk sampai.
RT telah 2 kali ke Kota Pontianak. Kedua-duanya RT menggunakan jalan darat. Mari RT kenalkan beberapa tempat yang menarik ada di Kota Pontianak.
1. Tugu Khatulistiwa/ Equator Munument
Tugu Khatulistiwa ialah tempat mesti lawat di Kota Pontianak. Ini kerana jika anda berada di Tugu ini anda berada betul-betul di titik 0 darjah garisan Khatulistiwa Bumi. Tiada bayaran dikenakan untuk melihat dan bergambar di Kawasan ini. Di sini terdapat juga gerai-gerai manjual cenderahati namun harganya agak mahal berbanding cenderahati yang sama yang boleh dibeli di pusat Kota Pontianak.
2. Masjid Raya Mujahiddin
Rekabentuk Masjid yang amat menakjubkan di Kalimantan. Lokasi Masjid yang terletak di tengah-tengah Kota Pontianak mudah untuk diakses dan dilawati. Susun atur pelan lantai seperti Masjid Wilayah Persekutuan yang terletak di Kuala Lumpur. Ruang Solat nya terletak di tingkat atas dan di tingkat bawah menempatkan bilik-bilik kuliah, pejabat, tempat berwudhu, tandas dan sebagainya.
3. Keraton kadriah
Keraton Kadriah merupakan sebuah Istana lama di zaman kesultanan Sultan Syarif Abdulrahmah Alqadrie, sultan pertama kota Pontianak. Di luar Istana terdapat selaras meriam peningalan Portugis manakala di dalam Istana terdapat singahsana sultan dan pemaisuri dan koleksi peribadi dipamer untuk tatapan pengunjung. Satu koleksi yang paling unik ialah senaskah Al-Quran yang ditulis sendiri oleh Sultan Syarif dipamerkan di sini.
4. Rumah Betang Radakng
Rumah ini merupakan replika rumah adat suku dayak di Kalimantan Barat. Rumah ini telah direkodkan sebagai rumah panjang terpanjang di Indonesia dengan ukuran panjang rumah ini sepanjang 138 meter, 5 meter lebar dan 7 meter tinggi.
5. Santo Yoseph Katedral
Merupakan Gereja terbesar di Kalimantan Barat. Mengadaptasi senibina Romanesque yang mempunyai tiang-tiang besar berukir ianya merupakan lokasi sesuai untuk merakam gambar. Terletak di tengah-tengah kota Pontianak.
6. Ayani Megamall
Siapa kata kawasan "hujung dunia" tiada mempunyai pusat membeli belah? Di Pontianak Ayani Megamall merupakan pusat membeli-belah yang terbesar di Pontianak mahupun Kalimantan Barat. Walaupun tidak setanding Shopping mall yang terdapat di Bandar-Bandar besar namun di Ayani Megamall menempatkan pelbagai jenis barangan tempatan mahupun antarabangsa. Selain barangan, Ayani Megamall menempatkan restaurant-restaurant makanan segera berjenama antarabangsa dan tidak terkecuali restaurant makanan tempatan.
7. Museum ini dikenali sebagai museum Negeri Pontianak. Menempatkan koleksi barangan penemuan sejarah Kalimantan, Barangan suku kaum, dan sebagainya. Ianya di buka bermula 8 pagi sehingga 4 petang setiap hari kecuali hari Isnin.
Lokasi Kota Pontianak
Airport & Terminal Bas Utama
Peta Untuk Rujukan tempat menarik
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Kota Pontianak ini yang tidak sempat RT kongsikan. Perjalanan untuk mengembara ke Kota Pontianak tidak memerlukan kos yang besar malah anda boleh menginap di hotel yang bertaraf 3-4 bintang dengan kos hotel 1 bintang. Tidak percaya? Terokailah sendiri dan tambahkan ilmu.
Kalau berhasrat untuk berada lebih lama di Kota Pontianak, dan sukakan cabaran terjahlah ke Kota Singkawang lebih kurang 3-4 jam dengan menaiki bas awam. Namun dinasihatkan bas awam ke Singkawang tidak sekerap dan tiada masa yang spesifik untuk berlepas. Kena standby di kawasan menunggu bas yang terletak di pusat Kota Pontianak.
Kalau berhasrat untuk berada lebih lama di Kota Pontianak, dan sukakan cabaran terjahlah ke Kota Singkawang lebih kurang 3-4 jam dengan menaiki bas awam. Namun dinasihatkan bas awam ke Singkawang tidak sekerap dan tiada masa yang spesifik untuk berlepas. Kena standby di kawasan menunggu bas yang terletak di pusat Kota Pontianak.
Ikuti perjalanan RT ke Seoul Di Sini.
No comments:
Post a Comment