Jakarta Skyline
Hari 1.
Jakarta, Indonesia. Kota Sinetron yang memegang rekod tempat pertama Bandaraya berpenduduk paling ramai di dunia. Perjalanan RT ke Kota Sinetron selama 4 hari 3 malam dengan menaiki penerbangan Air Asia dari LCCT Kuala Lumpur dengan penerbangan AK 1388 Kul-CGK yang berlepas pada 6:50pm waktu Malaysia dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam dan ETA di Soekarno Hatta International Airport Jakarta pada 7:55pm waktu Indonesia Barat.
Indonesia menggunakan Zon masa GMT +7 maka perbezaan masa dengan Malaysia hanya 1 jam. RT selamat tiba di Soekarno Hatta International Airport dan keluar melalui pintu Terminal 3. Terminal 3 merupakan terminal keberangkatan dan ketibaan untuk Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan beberapa syarikat penerbangan tambang murah yang lain. Jika menaiki pesawat selain daripada Air Asia maka anda akan turun di Terminal 2 ketibaan antarabangsa.
T3 Soekarno Hatta Int. Airport
Sejurus tiba RT mencari taxi yang paling boleh dipercayai iaitu taxi Blue Bird untuk ke tempat penginapan RT di pusat kota Jakarta. Perkhidmatan taxi limousin Airport juga boleh digunakan namun kos tambangnya agak mahal. AWAS dengan pemandu-pemandu taxi haram yang akan memperkanalkan diri anda dengan Kad Kelulusan Membawa taxi. Rata-rata dikalangan mereka tidak boleh dipercayai dan akan mengenakan tambang yang mahal untuk penghantaran ke destinasi yang dituju. Namun jika anda pandai untuk tawar menawar bolehlah mencuba nasib.
Taxi Blue Bird
Setelah berpusing-pusing mencari taxi blue bird yang kosong namun tidak dijumpai maka RT memberanikan diri membuat tawar menawar dengan "supir" taxi haram. Akhirnya RT bertemu dengan seorang pemandu yang dari segi rupanya boleh dipercayai dan tawar menawar dengan beliau untuk menghantar RT ke tempat RT menginap. Akhirnya persetujuan dengan supir berkenaan yang mengenakan tambang sebanyak IDR 220 000 lebih kurang MYR 60 mengikut tukaran wang masa itu MYR 1 = IDR 3720.
Tambang yang dikenakan supir itu memang lebih murah berbanding kos Taxi limousin airport yang mengenakan bayaran sebanyak IDR 300 000. Pemandu taxi yang RT naiki memang seorang yang baik. Dia secara jujurnya menyatakan tidak mahu mengenakan cas lebih kepada penumpang kerana mahu mendapat Rezeki yang halal. Dia juga pernah pergi ke Kuala Lumpur bersama keluarganya dan menaiki taxi di Kuala Lumpur dan berkenalan dengan seorang pemandu taxi yang baik hati. Disebabkan itu juga dia bersikap baik hati dengan RT memandangkan RT datang daripada Malaysia.
RT menginap di Fave Hotel LTC Glodok. Hotel yang terletak di pusat Bandar Jakarta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ditambah lagi dengan kesesakkan lalulintas yang amat teruk sekali. Kos Penginapan RT di FaveHotel LTC GLodok ialah MYR 297.44 untuk 4 Hari 3 Malam.
Bangunan LTC Glodok
FaveHotel terletak di tingkat 8 bangunan LTC Glodok. Jika menaiki taxi untuk ke sini hanya beritahu pemandu untuk masuk melalui tempat parking bertingkat dan terus ke tingkat 8. Jika berjalan untuk ke sini boleh menaiki lif yang terletak di belakang bangunan ini dan pintu masuk untuk ke lift terletak di sebelah Seven Eleven sahaja.
Untuk review FaveHotel Klik Di Sini.
Memandangkan RT sampai lewat malam ke tempat penginapan RT hanya memesan makanan Room Service yang ada disediakan oleh pihak hotel. Yang hebatnya Room Servis makanan buka untuk tempahan 24 jam. Harga yang dikenakan juga berbaloi dengan makanan yang disediakan.
Hari Ke 2.
Pemandangan Timur Kota Jakarta di tingkat 10 FaveHotel
Hari ke 2 dimulakan seawal 8 pagi waktu Indonesia. RT berhasrat untuk ke Mangga Dua Shopping Complex. Pengangkutan utama yang RT gunakan di Jakarta ialah Taxi Blue Bird. Menggunakan taxi di Jakarta memang menjimatkan kerana mereka hanya mengecaj hanya menggunakan meter dan ianya lebih murah daripada caj taxi di Kuala Lumpur. Dengan bantuan pihak reception hotel yang menghubungi taxi Blue Bird mengambil RT di hadapan pintu hotel. Kebaisaannya Taxi Blue Bird bewarna biru akan mengenakan caj permulaan IDR 6000 namun taxi yang menjemput RT ialah taxi Blue Bird executive bewarna hitam Honda Accord. Namun Caj permulaan tidaklah semahal yang difikirkan. Caj permulaan dikenakan IDR 7000.
No. yang boleh dihubungi Untuk Taxi Blue Bird
Mangga Dua Square
Mangga Dua Square ialah salah satu tempat membeli belah di Jakarta. RT tiba di Mangga Dua Square pada 9am. Kebanyakan kedai masih lagi tutup dan dibuka pada jam 11am. Memandangkan jam masih lagi awal dan rata-rata kedai masih lagi tutup RT hanya bersarapan di Big Apple doughnut cafe. Di sini juga RT membeli sim card untuk tidak terputus hubungan dengan internet.
Bagi tidak membuang masa dengan menunggu kedai dibuka RT pergi ke Taman Miniatur Indonesia Indah atau TMII. TMII terletak di tenggara Pusat Kota Jakarta yang jaraknya lebih kurang 28 KM dari Mangga dua Square. Pengangkutan yang RT guna tak lain tak bukan Blue Bird Taxi. Dengan kos IDR 120 000 RT sampai di TMII. Apa yang ada di TMII? Klik Di Sini.
Gerbang Masuk Ke TMII
Bayaran masuk untuk seorang yang berumur 3 tahun ke atas ialah IDR 10 000 dan percuma untuk bawah 3 tahun. Dengan mengunjungi TMII kita boleh dikatakan pusing habis seluruh Indonesia Raya kerana di TMII terdapat pelbagai rekabentuk bangunan yang melambangkan setiap wilayah di Indonesia.
Anjung Sumatera Barat
Anjung Jogjakarta
Anjung D.I Jogjakarta
Anjung Bali
Anjung Bali
Anjung Istana Anak-Anak
TMII sangat besar dan luas. Jika berjalan kaki RT rasa memang tidak dapat pergi ke seluruh tempat. Banyak lagi Anjung-anjung yang RT lawat tetapi tiada gambar disertakan kerana terpegun dan terpesona dengan rekabantuk laman-laman yang disediakan sehingga lupa untuk bergambar di setiap anjung yang RT singgah.
Untuk bersiar-siar di sekitar TMII RT menyewa motosikal electric yang boleh didapati di sebelah Tourist Information Counter dengan kadar sewa IDR 50 000 untuk 2 jam.
Motosikal Electric untuk meronda TMII
Setelah habis TMII dirondai RT meneruskan kembali perjalanan ke tempat lain pula. Dengan menaiki taxi RT pergi ke Senayan City Mall. Shopping complex yang terkenal di Jakarta.
Sepanjang Perjalanan RT di dalam Taxi ke Senayan City Mall RT dapati bangunan-banguna yang dibina di Jakarta amat memukau jiwa memandang. Dengan latar belakang RT yang menpelajari senibina RT sematkan beberapa gambar bangunan yang menarik perhatian RT.
Da Vinci Building
BNI 49 Building, Bangunan Paling Tinggi di Indonesia
Manulife Building
Menara BCA
Plaza Semangi
Tower 8- Wisma Indofood
UOB Bank Tower
Manulife Building
Menara BCA
Plaza Semangi
Tower 8- Wisma Indofood
UOB Bank Tower
Indonesia, khususnya Jakarta memang terkenal dengan Tugu-tugu peringatan. Di sepanjang perjalanan RT melihat begitu banyak sekali tugu-tugu yang dibina untuk memperingati atau menghargai jasa-jasa pemimpin indonesia terdahulu. Selain tugu pemimpin ada juga terdapat tugu-tugu yang RT rasakan pelik.
Tugu Jenderal Sudirman
Digartara Statue
Semasa dalam perjalanan menuju ke Senayan City Mall supir taxi membawa RT melalui Stadium di mana perlawanan Piala AFC Suzuki diantara Malaysia dan Indonesia diadakan. Stadium Bung Karno.
Pintu Masuk Utama Stadium Bung Karno
Akhirnya RT sampai ke Senayan City Mall. Agak kejakunan juga RT semasa menjejakkan kaki ke dalam Senayan City Mall. Manakan tidak untuk masuk ke dalam hendaklah melepasi saringan keselamatan seperti yang terdapat di Airport sebelum masuk ke Balai perlepasan. Tujuan pihak pengurusan membuat saringan keselamatan untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku seperti membawa senjata berbahaya atau membawa bahan letupan. Senayan City Mall merupakan pusat membeli belah yang terkemuka di Jakarta. Semua jenama-jenama antarabangsa ada dijual disini.
Saringan Keselamatan Sebelum Masuk
Di Dalam Senayan City
Permandangan dari Food Court Senayan City
Kelihatan taxi Blue Bird. Taxi yang paling dipercayai di Jakarta.
Jika di Malaysia Toyota Vios menjadi perhatian anak-anak muda dan diidamkan untuk memilikinya. Namun di Jakarta ianya hanya sebuah Taxi.
Di Luar Senayan City
Gedung Senayan City Mall
Di hadapan Senayan City mall terdapat satu lagi pusat membeli belah iaitu Senayan Plaza. Namun RT tidak berkesempatan untuk masuk ke dalamny.
Plaza Senayan
Perjalanan diteruskan lagi sehingga ke malam. RT bercadang untuk ke Plaza Tanah Abang tapi dari info supir taxi Blue Bird Plaza Tanah Abang tutup pada Jam 330 petang. Maka supir tersebut menghantar kami ke Thamrin City Plaza. Barangan yang dijual di Thamrin City lebih kurang sama di Plaza Tanah Abang namun tidak setanding dengan apa yang terdapat di Plaza Tanah Abang. Nanti RT ceritakan apa yang ada di Plaza Tanah Abang. Di Thamrin City Plaza menjual pelbagai jenis kain untuk dijadikan baju. Selain kain-kain ela terdapat juga baju-baju siap dijual dengan harga yang berpatutan.
Pintu Masuk Thamrin City Plaza
Jalan Husni Thamrin
Bumble Bee versi Kain Batik
Walaupun Jam sudah menunjukkan jam 8 malam waktu Indonesia namun kaki RT belum menunjukkan tanda-tanda sudah penat. Maka RT lanjutkan perjalanan RT ke tempat Ikonik Jakarta iaitu Bundaran Hii atau dikenali sebagai Bulatan Tugu Selamat Datang. RT menaiki beca dari Thamrin City Plaza ke Bundaran Hii dengan bayaran yang diminta pengayuh beca IDR 20 000.
Tugu Selamat Datang berlatar belakangkan Grand Hyatt hotel (kiri-depan) Plaza Indonesia (kiri-belakang) dan Grand Indonesia (kanan)
Tugu Selamat Datang, Bundaran Hii
180 darjah View Tugu Selamat Datang, Bundaran Hii
Tugu Selamat Datang di Bundaran Hii amat sesuai dijadikan tempat melepaskan penat seharian berjalan sambil menikmati hiruk-pikuk kesibukan Kota Jakarta. Di sini juga terdapat penjaja kecil-kecilan menjual kopi 3 in 1 yang boleh dibeli dengan harga IDR 2500 hingga IDR 3500. Rata-rata penjaja air kopi di sini datang daripada orang yang susah. Timbul rasa kasihan jika tidak membeli daripada mereka. Dengan seorang makcik RT belikan 2 cawan kopi 3 in 1 yang dibancuh dihadapan RT sendiri dengan dirinya memikul kehulu-hilir termos air panasnya dan dinikmati di tengah-tengah kota sinetron ini.
Dah jejak kaki ke Kota Jakarta ini mesti peminat-peminat sinetron pernah melihat gerai-gerai makanan tepi jalan. Pernah juga RT mencuba sejenis dua makanan yang dijual untuk merasai sendiri apakah dan bagaimana rasa makanan yang dijual itu. Namun dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih makanan kaki lima (street food) yang di jual di Jakarta.
Dah jejak kaki ke Kota Jakarta ini mesti peminat-peminat sinetron pernah melihat gerai-gerai makanan tepi jalan. Pernah juga RT mencuba sejenis dua makanan yang dijual untuk merasai sendiri apakah dan bagaimana rasa makanan yang dijual itu. Namun dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih makanan kaki lima (street food) yang di jual di Jakarta.
Masakan Padang
Memilih rumah makan di Jakarta memang agak senang. Ianya terdapat dimana-mana saja di seluruh pelusuk kota Jakarta. Namun untuk menentukan ianya Halal atau tidak amat sukar sekali. Manakan tidak rupa penjual-penjual makanan semuanya serupa bagi RT. Baik yang muslim ataupun bukan. Bahasa percakapan mereka juga sukar dibezakan kerana semuanya menggunakan bahasa Indonesia untuk berkomunikasi. Maka janganlah takut dan malu untuk bertanya kepada mereka. Perhatikan dan nilaikan sebaiknya sebelum membuat keputusan untuk makan di rumah makan yang diingini.
Gerai menjual pelbagai jenis cucur
Satu lagi makanan kaki lima (street food) yang popular di Jakarta. Gerai sorong yang menjual pelbagai jenis cucur. RT sarankan untuk berhati-hati memilih dan membeli makanan dari gerai-gerai sorong ini. Selain status halal yang diragui faktor kebersihan juga pelu dititik beratkan. Bukannya RT mengatakan tidak boleh namun nilailah dan perhatikan sebelum membeli. Tips yang RT boleh katakan ialah perhati, bertanya dan nilaikan. Kalau kena dengan tempatnya memang kena sekali nak lagi.
Coretan yang panjang untuk Kisah kembara RT ke Jakarta untuk Hari 1 dan Hari 2. Ikuti sambungan Kisah Kembara Jakarta untuk Hari 3 dan Hari 4 dengan klik -> Jakarta Part 2.
No comments:
Post a Comment