Showing posts with label Visa. Show all posts
Showing posts with label Visa. Show all posts

26 September 2019

Permohonan Visa China di Kuching

China Visa Centre, Wisma Naim, Kuching
(photo by:naimproperties.com.my)

Sebelum RT menceritakan penjelajahan RT ke Tanah China, persediaan perlu dilakukan lebih-lebih lagi memohon Visa untuk masuk ke Tanah Besar China. Untuk ke Hong Kong dan Macau mahupun Taiwan, Visa China tidak diperlukan.

Lokasi tempat Permohonan Visa China Kuching:


Alamat: Tingkat 2, Wisma Naim, Batu 2 1/2 Jalan Rock, Kuching
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (Kecuali Cuti Umum)
Permohonan Visa: 9am-3pm (Permohonan Segera 10am)
Bayaran & Tuntutan: 9am-4pm
Tel: 082 259 885
Fax: 082 259 885
E-mail: kuchingcenter@visaforchina.org

Dokumen Yang diperlukan

1. Passport yang sah dan belum tamat tempoh sekurang-kurannya 6 bulan dari tarikh keberangkatan. (Wajib)

2. Salinan muka depan passport yang mengandungi maklumat pemegang passport. (Wajib)

3. Borang Permohonan beserta Gambar berukuran 48mm x 33mm berlatarbelakang putih. Untuk memudahkan urusan beritahu kedai gambar untuk bergambar ukuran Visa China.(Wajib)

Ukuran gambar yang dibenarkan

Contoh Borang Permohonan

Borang permohonan Visa China boleh di download dengan klik

4. Salinan Tiket penerbangan pergi dan balik. (Wajib)

5. Salinan tempahan Hotel. (Tambahan) Sewaktu RT membuat permohonan Visa di Kuching Centre mereka tidak memerlukan salina tempahan Hotel. Namun jika membuat di tempat lain terutamanya di Kuala Lumpur mereka mewajibkan salinan tempahan hotel disertakan.

6. Salinan Sijil Kelahiran untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun. (Wajib)

7. Bayaran Visa mengikut jenis visa yang dipohon. RT dikenakan bayaran RM 100 untuk satu passport dengan permohonan biasa "Single Entry".

Rujuk Petak Merah untuk Permohonan Biasa

BAYARAN & TUNTUTAN PASSPORT & VISA

RT memohon visa dengan permohonan biasa kerana mempunyai byk lagi masa untuk berlepas. Makanya Visa China akan disiapkan dan boleh dituntut Selepas 4 hari bekerja selepas permohonan visa diterima di kuanter permohonan.

Bayaran dilakukan semasa menuntut passport. Sediakan wang tunai atau bayaran melalui credit card juga diterima.

Visa China VALID selama 3 bulan dari tarikh permohonan dilakukan.

China Visa ready!

Cerita mengenai permohonan Visa China tamat disini. Namun bagi yang masih berminat untuk membaca persediaan yg RT lakukan sebelum menjelajah Tanah China teruskan bacaan sehingga habis.

PERSEDIAAN SEBELUM BERANGKAT

Mungkin ada yang sedia maklum Negara China mengenakan sekatan kepada Google. Oleh kerana sekatan berkenaan dan beberapa lagi alasan birokrasi China kepada Google maka maklumat Peta/Maps di Negara China terbatas dan tidak tepat jika di access melalui Google Maps.

Penyelesaiannya dengan menggunakan Aplikasi BAIDU atau laman web BAIDU MAP diperlukan dalam kes sebegini. Google Map/Earth tidak menyediakan STREET VIEW di sekitar Negara CHINA. Namun BAIDU MAP ada penyelesaiannya.

 Baidu Maps

Baidu Maps Guangzhou

Baidu Maps lebih tepat dan detai dengan sediaan Street View

Google Maps sedikit perbezaan ketara Jalan Raya dan Earth View

Bagi yang tidak tahu untuk membaca huruf PINYIN atau berbahasa Mandrin seperti RT maka penggunaan Baidu Maps agak sukar. Namun hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Caranya RT akan rujuk kedua-dua Maps(Baidu & Google) untuk membuat carian tempat secara tepat.

Asasnya paham dan tahu membaca MAP. Bagi yang tidak reti membaca MAP..maaf tak dapet den nok nolong.

Bagi carian tempat di Hong Kong dan Macau bolehlah menggunakan Google Maps. Tak perlu susah payah mencari melalui Baidu Map.

Persediaan lain adalah seperti biasa seperti kebanyakkan orang sediakan luggage kelengkapan diri dan sedikit makanan untuk dibawa khusunya Maggi INCASE tidak menjumpai makanan Halal. (Padahal Hong Kong, Guangzhou & Macau banyak makanan Halal)

 Persediaan Makanan

Selesai semua persediaan maka hanya menunggu hari dan waktu untuk berlepas. Coretan Perjalanan RT ke Hong Kong, Guangzhou dan Macau akan RT terbitkan tidak lama lagi..nantikan ya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...