24 March 2016

MENGEMBARA KE SEOUL MUSIM SEJUK part 2

Nami Island

HARI 2

Sudah ikuti cerita pengembaraan RT ke Seoul Hari pertama? Jika belum klik -> Seoul Part 1. Sekarang RT akan lanjutkan cerita pengembaraan RT untuk hari Kedua.

Hari kedua diteruskan dengan melakukan perjalanan jauh keluar dari kesibukan Kota Seoul. RT akan ke daerah Gangwon-do untuk ke destinasi terkenal iaitu Nami Island. Banyak cara untuk ke Nami Island sama ada menggunakan Bas, Metro, Keretapi atau Korail. Di sini RT hanya akan menceritakan cara yang RT pilih untuk ke Nami Island iaitu menggunakan Keretapi atau Korail. Cara ini RT pilih kerana ianya jimat kerana RT hanya pergi berdua. Kos perjalanan sehala untuk seorang ialah KRW 4800 untuk tempat duduk yang ditetapkan manakala KRW 3800 untuk tiada tempat duduk.


Korail (KTX)

Beza Korail KTX dan Seoul MRT train ialah KTX hanya berhenti di station tertentu dan masa perjalanan lebih singkat berbanding Seoul MRT train yang berhenti di setiap station yang dilaluinya. Semak station berhenti jika anda berhasrat untuk ke destinasi yang lain sebelum atau selepas ke Nami Island.

MRT Train

Perjalanan menuju ke Gapyeong Station tempat hentian untuk ke Nami Island mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Setelah tiba di Gapyeong Station RT menaiki taxi yang menunggu di depan Station dengan kos KRW 3400 dan perjalanan mengambil masa 5-7 minit untuk sampai ke jeti Nami Island.


Gapyeong Station.

Korea Taxi

Untuk ke Nami Island ada 2 cara, satu menaiki feri dengan kos KWN 10000 namun dengan menunjukkan passport boleh mendapat harga pelancong KRW 8000 seorang. Cara ke 2 lebih extreme dengan meluncur dari menara luncur terus ke Nami Island dengan kos lebih kurang KWN 38000 seorang.


Feri untuk ke Nami Island

Flying Fox Ke Nami Island

Kuanter Pembelian Visa Masuk Nami Island

Masa untuk Menaiki feri

Untuk berjimat RT hanya menaiki feri. Sampai ke Nami Island lebih kurang 5 minit menaiki feri, disambut dengan kehadiran ais salji yang wife RT impikan untuk melihat sendiri dengan mata dan merasa sendiri memijak dan menyentuhnya. Suhu daratan semasa RT tiba di Nami Island ialah lebih kurang 0°c namun rasanya seperti -2°c.


Timbunan Ais salji menyambut kedatangan kami

Jangan Risau jika tertingal feri. Feri akan bergerak setiap 10 minit untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Meminjam kanak-kanak Korea untuk bergambar bersama

Ungun api disediakan untuk memanaskan badan kerana cuaca sangat sejuk

Di Nami Island tidak perlu risau untuk mencari makanan halal. Ada pelbagai jenis restaurant makanan menyediakan makanan halal untuk pengunjung beragama Islam. Makanlah selagi mahu makan tanpa risau. RT memilih untuk makan di Asian Food Dongmoon restaurant. Ia menyajikan makanan Asian dan makanan tempatan korea disertakan Kimchi dan air minuman dengan percuma. 


Asian Food Dongmoon Restaurant menyajikan pelbagai makanan Halal

Indonesian Spicy Fried rice & Spicy Octopus Rice


Berkenalan dengan Rakan pengembara dari Canada, South Afrika & USA


Sungai Han di Timur Nami Island yang Beku


Frozen stream

Pemandangan Fountain yang membeku..


Sekitar Nami Island


Selepas selesai mengisi perut RT mengambil keputusan untuk kembali ke Seoul untuk meneruskan pengembaraan. Bagaimana RT pergi ke Nami Island begitulah RT kembali ke Seoul.

Turun & bertukar train di Cheongnyangni Station

Sampai di Seoul hari mulai gelap. Maklumlah musim sejuk, waktu siangnya lebih pendek berbanding malam. RT meneruskan perjalanan menuju ke kawasan Hongik University untuk melihat sendiri kemeriahan yang dikatakan, selain untuk menyampaikan hajat wife RT ke Hello Kitty cafe. Perjalanan dari Hongik University ke Hello Kitty Cafe agak jauh lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Disebabkan tercari-cari arah untuk ke Hello Kitty Cafe RT mengambil masa 25 minit untuk sampai.

Station Berhenti untuk ke Hello Kitty Cafe

Berhenti di Lokasi Pengambaran RUNNINGMAN episode 279


Peta Jalan Kaki dari Station MRT ke Hello Kitty Cafe -+600M



Sampai di Hello Kitty Cafe Hongik University


Hot Chocolate & Espresso KRW 4750 secawan 


Di Hello Kitty cafe semuanya self-service. Membuat tempahan makanan dan minuman di kuanter dan mereka akan memberi anda vibrator untuk memanggil anda jika pesanan anda sedia untuk diambil. Selepas makan dan minum anda dikehendaki mengembalikan bekas makanan dan minuman termasuk tray kepada kuanter pesanan tadi dan memastikan tempat duduk anda dibersihkan seperti sebelum anda duduk.

Selesai melepaskan hajat di Hello Kitty Cafe, RT bersiar-siar di kawasan Hongik University Street. Keadaan amat sibuk dengan ramainya orang bersiar-siar mencari barangan. Di sini RT temui ramai golongan muda-mudi Korea datang melepak dan look around.


Sekitar Hongik University Street


Kasut yang dijual murah hanya KRW 10 000 sahaja

Suhu sekitar -1° celcius

Ikuti rencana perjalanan RT untuk hari ke-3 semasa berada di Seoul dengan klik -> Seoul Part 3. Bagi yang belum mengikuti perjalanan RT pada hari pertama klik-> Seoul Part 1.

13 March 2016

MENGEMBARA KE SEOUL MUSIM SEJUK

Seoul Skyline

Hari 1

Pengembaraan RT ke Seoul, Korea Selatan selama 5 hari 4 malam bermula pada 6 Februari hingga 10 February 2016. RT menaiki flight Airasia X dari KLIA 2 ke Incheon mengambil masa 6 jam 30 minit. Di dalam flight FA akan memberi borang ketibaan immigration Korea & Custom declaration form. Borang itu mesti diisi dengan penuh tanpa meninggalkan tempat kosong.Jika tidak penuh pegawai imigration airport nanti tidak membenarkan anda masuk. Jadi siap2 lah menyimpan semua info tentang tempat menginap anda di Seoul.

Sebelum itu, perjalanan RT dilindungi oleh Etiqa Travel Insurance, yang RT beli sendiri di pejabat cawangan Kuching dengan mendapat potongan 10% tanpa melalui ejen.


Borang Imigration & Kastam

Menunggu Shuttle Tren untuk ke Terminal Utama

Setibanya di Incheon International Airport pakai pakaian tebal kerana suhu daratan amat sejuk. Jika anda tidak tahan sejuk siap2lah winter coat anda. Semasa RT tiba suhu daratan sekitar 0°c.

Bangunan terminal ketibaan pesawat tidak bersambung terus dengan bangunan Main terminal. Untuk ke bangunan Main Terminal, anda dikehandaki menaiki shuttle train. Setelah tiba di bangunan Main terminal barulah anda akan menjalani pemeriksaan imigration dan kastam dan seterusnya menuntut bagasi anda.

Perkara utama selepas selesai urusan dokumentasi ialah mencari kedai serbaneka untuk membeli T-card Money. Ianya memudahkan untuk menaiki Metro di Seoul nanti. T-Card Money berfungsi seperti kad touch & go kita di Malaysia. RT mengembara ke Seoul 100% perjalanan RT menaiki Metro & Tren. Harga sekeping T-card Money ni KRW 1500 dan anda kena menambah nilai di mesin pembelian tiket tren. RT menambah nilai card ini sebanyak KRW 20000 cukup untuk kos naik turun tren selama 5 hari.

T-Card Money

Keluar dari pintu ketibaan antarabangsa kedai serbaneka 7 Eleven terletak disebelah kiri sahaja. RT mengambik keputusan untuk menaiki Arex terus ke Seoul Station dan bertukar Line untuk ke station tempat RT menginap. Menggunakan Arex lebih murah daripada menggunakan Airport Taxi atau Bas untuk ke Pusat Kota Seoul. Kos menaiki Arex ke Seoul ialah KRW 4000 untuk all stop train & KRW 8000 untuk Express train. Beza masa ketibaan hanya 10 minit. Jadi untuk berjimat RT menaiki all stop train.

All Stop Train

Mesin belian Tiket AREX & Isian semula T-Card Money

Perjalanan manaiki all stop train mengambil masa 50 minit untuk sampai di Seoul Station.

Perjalanan Menuju Ke Seoul Station

Semasa di dalam tren keadaan agak selesa berbanding diluar kerana keadaan diluar amat sejuk bagi RT kerana kali pertama mengembara ke tempat yang ada musim sejuk. Bila pintu tren terbuka untuk menurunkan penumpang udara sejuk menderu masuk ke dalam tren. Keadaan ini juga berlaku di negara kita cuma dalam situasi sebaliknya. Setelah mengharungi perjalanan akhirnya RT tiba di Seoul Station.


Seoul Station adalah hentian terakhir bagi laluan AREX. Tempat menunggu tren terletak lebih kurang 4-5 tingkat bawah tanah. Tiada tempat untuk bergambar. Dengan papan tanda pun boleh jadi tanda sudah jejak. RT tidak keluar sehingga ke permukaan kerana RT perlu menukar laluan tren ke Line 4 untuk ke Chungmuro Station. Walaupun tidak keluar ke permukaan RT kena berjalan sejauh -+500 meter untuk ke ruang menunggu tren Line 4.

RT menginap di Rainbow Hostel Myeong-dong yang terletak berdekatan dengan Chungmuro Station. Hanya 3 minit berjalan kaki dari Exit 6 menuju ke tempat RT menginap. Bilik telah RT tempah melalui AGODA dengan kos RM 627 untuk 5 hari 4 malam. Kos yang RT bayar bukanlah kos backpackers sejati tapi RT mahukan privacy kerana RT pergi dengan wife.
Untuk Rujukan

Pintu Masuk Rainbow Hostel

Depan Rainbow Hostel

Bagi RT Rainbow Hostel selesa dari segi bilik dan lokasi yang amat strategik kerana hanya 10 minit berjalan kaki untuk ke Myeongdong shopping district, 4 minit berjalan kaki ke Namsamgol Hanok Village dan seperti RT terangkan tadi hanya 3 minit berjalan kaki dari Chungmuro Station. Pintu depan R.H dilengkapi dengan kunci electronic yang menggunakan kod nombor untuk membukakannya. Disebelah R.H ada sebuah kedai serbaneka 24/7. Untuk komen dan review mengenai R.H rajin2 lah ke AGODA BOOKING.COM atau laman web lain.

Perjalanan Menuju ke Myeongdong (Namsam Tower dibelakang)

Sampai ke Myeongdong

Bungeoppang KRW 3000 sebiji

Keadaan semasa RT sampai ke Myeongdong shopping district amat sesak dengan ramainya orang Korea dan pelancong asing. Maklumlah malam minggu. Suhu daratan amat sejuk sekitar -5°c. Tengok ketebalan baju RT dah boleh agak kesejukkan suhu sekitarnya. Street food yang RT cuba ialah Bungeoppang atau kuih yang berbentuk ikan emas yang mempunyai inti seperti chocolate, butter, cheese dsb, dengan harga KRW 3000 untuk sebiji. Ianya halal dan tiada keraguan kehalalannya. Jika tiada tanda halal pun janganlah ragu-ragu kerana Bungeoppang bukan dari sumber yang tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Ikuti sambungan perjalanan RT pada hari kedua klik ->Seoul Part 2






11 March 2016

5 TIPS BUDGET TRAVELLER

Mahu menjadi seorang yang gemar mengembara dengan bajet yang murah? Ikuti 5 tips yang boleh dijadikan panduan.

1. Buat kajian mengenai tempat/destinasi yang hendak dituju

Rajin-rajinlah mencari maklumat berkaitan tempat/destinasi yang hendak dituju. Buat kajian mengenai cuaca, bahasa, matawang, tempat menarik, tempat menginap, public transport, makanan dan sebagainya. Cari maklumat yang boleh membantu anda terutamanya mengenai "budget". Mr. Google adalah tempat yang terbaik untuk bertanya. Kalau anda rajin, bacalah dari majalah-majalah perlancongan.





2. Intai harga tiket penerbangan ke destinasi pilihan

Tiket penerbangan inilah yang kebiasaannya menjadi penghalang untuk merealisasikan impian seseorang untuk mengembara. Intai peluang tiket pengangkutan setiap hari. Ikutilah promosi-promosi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tempatan mahupun antarabangsa.






3. SAVE budget

Dah tahu nak pergi mengembara?Buat tabungan untuk menzahirkannya. Tidak perlu mengikat perut. Simpanlan mengikut keperluan dan kemampuan. Ada bajet tercapailah impian.















4. Rancang Perjalanan

Rancang perjalanan selewat-lewatnya 2 bulan dari tarikh yang dipilih. Semakin awal membuat perancangan semakin baik. Susun jadual dengan terperinci supaya dapat menjimatkan bajet.









5. Cari/ajak kengkawan kaki travel.


Ajak kengkawan yang kaki travel. Jika pergi berseorangan pengunaan bajet agak membebankan. Pergi mengembara bersama kengkawan boleh mengurangkan kos kerana setiap kos yang dibayar boleh dikongsikan seperti kos penginapan dan sebagainya. Bagi yang berniat untuk menjadi solo traveler boleh saja asalkan cukupkan ilmu & kewangan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...