5 May 2016

Perjalanan Ke Kota Pontianak, Indonesia

Sememangnya Kota Pontianak kurang dikenali dikalangan pengembara mahupun pelancong. Kota ini yang terletak di Kalimantan Barat indonesia merupakan pusat kota untuk Wilayah Kalimantan Barat.

Bagaimana untuk ke Kota Pontianak? Caranya mudah sekali..pengembara boleh memilih untuk menaiki penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur terus ke Pontianak. Selain daripada Kuala Lumpur pengembara boleh menaiki penerbangan MAS wing daripada Kuching. Kalau nasib baik boleh dapat tiket penerbangan Kuching-Pontianak lebih murah daripada harga tiket bas. Hanya 45-60 minit saja diperlukan untuk sampai ke Kota Pontianak jika menaiki pengangkutan udara. Untuk yang datang dari arah lain boleh memilih untuk melalui Jakarta, Yogjakarta mahupun Bandung dengan menaiki Syarikat penerbangan Indonesia.

Selain itu pengembara boleh melalui jalan darat/bas yang dapat di naiki di Kuching Central dan hanya melalui dengan mengunakan jalan raya Malaysia(Tebedu)-Indonesia(Entikong)namun perjalanan mengunakan pengangkutan darat mengambil Masa 6-7 Jam untuk sampai.

RT telah 2 kali ke Kota Pontianak. Kedua-duanya RT menggunakan jalan darat. Mari RT kenalkan beberapa tempat yang menarik ada di Kota Pontianak.




1. Tugu Khatulistiwa/ Equator Munument
Tugu Khatulistiwa ialah tempat mesti lawat di Kota Pontianak. Ini kerana jika anda berada di Tugu ini anda berada betul-betul di titik 0 darjah garisan Khatulistiwa Bumi. Tiada bayaran dikenakan untuk melihat dan bergambar di Kawasan ini. Di sini terdapat juga gerai-gerai manjual cenderahati namun harganya agak mahal berbanding cenderahati yang sama yang boleh dibeli di pusat Kota Pontianak.





2. Masjid Raya Mujahiddin
Rekabentuk Masjid yang amat menakjubkan di Kalimantan. Lokasi Masjid yang terletak di tengah-tengah Kota Pontianak mudah untuk diakses dan dilawati. Susun atur pelan lantai seperti Masjid Wilayah Persekutuan yang terletak di Kuala Lumpur. Ruang Solat nya terletak di tingkat atas dan di tingkat bawah menempatkan bilik-bilik kuliah, pejabat, tempat berwudhu, tandas dan sebagainya.




3. Keraton kadriah
Keraton Kadriah merupakan sebuah Istana lama di zaman kesultanan Sultan Syarif Abdulrahmah Alqadrie, sultan pertama kota Pontianak. Di luar Istana terdapat selaras meriam peningalan Portugis manakala di dalam Istana terdapat singahsana sultan dan pemaisuri dan koleksi peribadi dipamer untuk tatapan pengunjung. Satu koleksi yang paling unik ialah senaskah Al-Quran yang ditulis sendiri oleh Sultan Syarif dipamerkan di sini.




4. Rumah Betang Radakng
Rumah ini merupakan replika rumah adat suku dayak di Kalimantan Barat. Rumah ini telah direkodkan sebagai rumah panjang terpanjang di Indonesia dengan ukuran panjang rumah ini sepanjang 138 meter, 5 meter lebar dan 7 meter tinggi.




5. Santo Yoseph Katedral 
Merupakan Gereja terbesar di Kalimantan Barat. Mengadaptasi senibina Romanesque yang mempunyai tiang-tiang besar berukir ianya merupakan lokasi sesuai untuk merakam gambar. Terletak di tengah-tengah kota Pontianak.



6. Ayani Megamall
Siapa kata kawasan "hujung dunia" tiada mempunyai pusat membeli belah? Di Pontianak Ayani Megamall merupakan pusat membeli-belah yang terbesar di Pontianak mahupun Kalimantan Barat. Walaupun tidak setanding Shopping mall yang terdapat di Bandar-Bandar besar namun di Ayani Megamall menempatkan pelbagai jenis barangan tempatan mahupun antarabangsa. Selain barangan, Ayani Megamall menempatkan restaurant-restaurant makanan segera berjenama antarabangsa dan tidak terkecuali restaurant makanan tempatan.


7. Museum ini dikenali sebagai museum Negeri Pontianak. Menempatkan koleksi barangan penemuan sejarah Kalimantan, Barangan suku kaum, dan sebagainya. Ianya di buka bermula 8 pagi sehingga 4 petang setiap hari kecuali hari Isnin.



Lokasi Kota Pontianak

Airport & Terminal Bas Utama

Peta Untuk Rujukan tempat menarik

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Kota Pontianak ini yang tidak sempat RT kongsikan. Perjalanan untuk mengembara ke Kota Pontianak tidak memerlukan kos yang besar malah anda boleh menginap di hotel yang bertaraf 3-4 bintang dengan kos hotel 1 bintang. Tidak percaya? Terokailah sendiri dan tambahkan ilmu.

Kalau berhasrat untuk berada lebih lama di Kota Pontianak, dan sukakan cabaran terjahlah ke Kota Singkawang lebih kurang 3-4 jam dengan menaiki bas awam. Namun dinasihatkan bas awam ke Singkawang tidak sekerap dan tiada masa yang spesifik untuk berlepas. Kena standby di kawasan menunggu bas yang terletak di pusat Kota Pontianak. 

Ikuti perjalanan RT ke Seoul Di Sini.

30 March 2016

SEOUL TRIP ITINERARY

RT Kongsikan Trip Itinerary 5 hari 4 malam di Seoul untuk panduan.

Gambar Hiasan
Day 1
  • 5am-6am standby at KLIA2
  • Flight to Seoul 8.00 am (GMT+8)D7 504 ETA 3.20 pm (GMT+9)
  • Arrive at Incheon Int. Airport take KTX to Seoul Station
  • Take Metro Line 4 to Chungmuro Station & check-in at Rainbow Hostel Myeongdong
  • Go and walk Around Myeongdong Shopping district
  • Visit Myeongdong Cathedral* 
  • Walk to Namdaemun Gate & Market*
* not in time

Day 2
  • Visit Nami Island
  • Take Metro Line 3 from Chungmuro Station to Oksu Station
  • At Oksu station change to Line Gyeongul-Jungang & go to Cheongnyangni station
  • Disembark from Metro train, Buy KTX ticket Line Gyeongchun to Gapyeong Station
  • Take taxi to Nami Island at infront of Gapyeong Station
  • Buy ferry ticket to Nami Island
  • Back To Gapyeong Station and go to Baegyang-Ri Station to Elysian Gangchon Ski Resort** (visit at winter season only)
  • Visit Petite France (suggested but not in my itinerary)
  • Back to Seoul thru Cheongnyangni Station and change to Line Gyeongul-Jungang to Hongik University Station
  • Walk around Hongik University street & Hang Out at Hello Kitty Cafe
  • Namsam park & N tower* 

*  Not in time
** Change to Day 4

Day 3
  • Walk to Namsamgol Hanok Village
  • Take Line 3 at Chungmuro Station to Anguk Station & use exit 2
  • Walk around Bukchon Hanok Village
  • Walk to National Folk Museum Of Korea
  • Walk around Gyeongbokgung Palace
  • Walk to Gwanghwamun Square, visit King Sejong & Admiral Yi Sun-Sin statue
  • Visit Seoul Plaza & Seoul City Hall*
  • Dinner at Itaewon
  • Take Metro Line 1 at City Hall Station to Seoul Station & change Line 4 to Samgakji station & change Line 6 to Itaewon & use exit 3. 
  • Visit Seoul Grand Masjid, Itaewon
  • Korean Memorial War Museum*
  • Hang out around Insadong*
  • Visit Building 63*
*not in time

Day 4
  • Go to Elysian Gangchon Ski Resort
  • Take Line 3 from Chungmuro Station to Oksu Station & change Line Gyeongul-Jungang to Sangbong Station & change Line Gyeongchun to Baegyang-Ri Station & take free shuttle bus to Elysian Gangchon Ski Resort (winter season only-not suitable at other season)
  • Take Line Gyeongchun to Sanbong Station & change Line Gyeongul-Jungang to Heogi Station.
  • Change Line 1 to Dondaemun Station & use Exit 8 or 7.
  • Walk straight thru Cheonggyecheon Stream
  • Walk to Dongdaemun Design Plaza
  • Buy souvenir at Arirang Souvenir Shop at level 5 Doota Plaza
  • Go to Lotte World*
  • Visit Olympic Park*
  • Walk Around Gangnam district*
  • Final night shopping at Myeongdong
*not in time

Day 5
  • Checked-out from Rainbow Hostel Myeongdong
  • Walk around Seoul Station
  • Take KTX to Incheon Int. Airport at 11.30 am (GMT+9)
  • Walk around Incheon Int. Airport
  • Flight back to Kuala Lumpur D7 505 4.25pm (GMT+9) ETA 10.10pm (GMT+8)
Untuk cerita penuh perjalanan RT klik Mengembara Ke Seoul Musim Sejuk.

MENGEMBARA KE SEOUL MUSIM SEJUK part 4

Ski Resort 

Hari ke-4 RT di Seoul, Korea Selatan. Catatan pengembaraan RT ke Seoul boleh diikuti di Seoul Part 1 , Seoul Part 2 & Seoul Part 3.

RT sekali lagi pergi keluar dari Kota Seoul menuju ke wilayah Gangwon-do untuk ke Elysian Gangchon Ski Resort. Kalau diikutkan itinerary yang RT rancang, RT pergi ke sini selepas pergi ke Nami Island, kerana ianya terletak hanya 2 station metro daripada Gapyeong Station, hentian untuk ke Nami Island. Namun akibat terlalu excited dan leka meronda-ronda Nami Island tanpa menyedari jam sudah menunjukkan 3pm. Maka RT terpaksa menunda perjalanan pada hari yang lain. Hentian untuk ke Elysian Ski Resort ialah Baegyang-ri Station. Untuk ke sini hanya dapat di akses dengan Seoul Metro Line Gyeongchun yang hanya boleh dinaiki di Sangbong Station.

Perjalanan untuk ke Elysian Gangchon Skii resort mengambil masa lebih kurang 45-60 minit kerana tren yang dinaiki merupakan tren yang berhenti di setiap station yang dilaluinya. Untuk ke Nami Island juga boleh menggunakan cara ini cuma ianya memakan masa yang lebih dari menggunakan Korail yang berhenti di dtation yang tertentu sahaja. Namun untuk ke sini tidak dapat menggunakan Korail kerana ia tidak berhenti di station ini. Untuk mengetahui perbezaan Seoul Metro & Korail boleh baca -> disini

Bagaimana ke Elysian Ski Resort dengan menaiki MRT?

Ini berdasarkan pengalaman RT sendiri. Bermula di tempat RT menginap di Rainbow Hostel Myeongdong. Kalau ada altenatif lain dialu-alukan untuk mengemukakan pandangan. Naik MRT Line 3 from Chungmuro Station to Oksu Station & change Line Gyeongul-Jungang to Sangbong Station & change Line Gyeongchun to Baegyang-Ri Station.

Sampai di Baegyang-ri station, sudah boleh nampak cerun gunung untuk bermain ski dipenuhi ais salji yang memutih. Untuk ke pintu masuk di mana tempat untuk membeli tiket mempunyai dua opsyen. Satu dengan berjalan kaki yang mengambil masa lebih kurang 10 minit daripada station atau dengan menunggu free ride shuttle bas di kawasan menunggu khas di depan station, dan perjalanan hanya mengambil masa 2 minit untuk sampai.


Untuk Rujukan

  Baegyang-ri Station

 Elysian Gangchon Ski Resort Entrance

Cahaya Matahari yang memancar namun suhu sangat sejuk




Jika hendak bermain ski bayaran KRW 24000 untuk menyewa peralatan bermain ski. Sewaan lift pengangkut pula KRW 38000 untuk 3 jam. Jadi jumlah keseluruhan untuk bermain Ski ialah KRW 62000. Memandangkan RT datang ke sini bukan untuk bermain ski dan kos yang perlu dibayar untuk bermain ski sangat tidak berbaloi maka RT hanya meronda-ronda kawasan sekitar dan hanya bermain ais salji, dan tiada cas yang RT bayar untuk bermain salji dan bergambar sahaja.

Tempat menyewa peralatan Ski

Kuanter membeli tag untuk bermain ski & lift rental


Di sini juga menyediakan food court yang terletak di bahagian atas pintu masuk untuk ke tempat sewaan ski, namun kerana keraguan yang tinggi RT tidak menjamu selera disana. Namun ada satu restaurant makanan segera iaitu Lotteria restaurant yang terletak di aras bawah bersebelahan pagar masuk untuk bermain ski. Namun bukan semua menu yang disediakan boleh dimakan. Hanya Lotteria Shirmp Burger boleh dimakan tanpa ragu kerana ianya merupakan burger udang makanan seafood. Ini kerana Lotteria Fast food tidak menyediakan makanan berunsurkan dwaeji-gogi (pork). Selain shirmp burger ada juga menu lain seperti beef burger, chicken burger, buffalo burger ada disediakan. Dek kerana keraguan RT hanya memilih Shirmp burger untuk dimakan. Di sini tiada pekerja yang akan membersihkan meja selepas kita makan. Semuanya self-service termasuk selepas makan kita dikehendaki mengasingkan sisa makanan daripada bahan yang boleh dikiter semula dan menyimpan tray di tempat yang disediakan. Tidak seperti di tanah air kita hanya meninggalkan meja berselerak dan membiarkan pekerja restaurant membersihkannya. Bertapa berdisiplinnya masyarakat Korea. Sehinggakan kanak-kanak mampu mengetahui untuk mengasingkan bahan yang boleh dikitar semula daripada sisa makanan.


Lotteria Shirmp Burger

Sementara Menunggu shuttle Bus untuk ke Station

RT pulang ke Seoul dengan cara yang sama RT pergi ke sini, dan menuju ke Dongdaemun sekali lagi untuk ke kedai Arirang yang terletak di tingkat 5 Doota complex untuk membeli ole-ole. Dari Baegyang-ri RT menaiki tren dan berhenti di Sanbong station untuk bertukar laluan tren ke Line Gyeongni-Jungang menuju ke Hoegi Station dan bertukar laluan lagi ke Line 1 untuk ke Dongdaemun Station. Perjalanan keluar dari Dongdaemun agak jauh lebih kurang 700 meter untuk ke exit 7 atau 8. Daripada exit 7 atau 8 boleh jalan terus menuju ke Doosan tower melalui jambatan menlintasi Cheonggyecheon stream.

Untuk rujukan





Arirang souvenir shop terletak di tingkat 5 Doota complex. Ole-ole korea boleh didapati disini dengan harga borong. Pekerja-pekerjanya juga fasih berbahasa melayu. Seorang daripada pekerja Arirang berasal daripada Indonesia dah sudah lama bekerja di Arirang souvenir shop ini. T-shirt I LOVE KOREA boleh dibeli disini dengan KRW 10000 untuk 3 helai. Rata-rata keychain korea dijual di sini dengan harga KRW 8000 untuk 8 packet.
  
 Arirang Souvenir Shop



Di depan Doota Complex

Selepas puas bermain di sekitar Dongdaemun RT kembali ke kawasah takhlukan RT di sekitar Myeongdong untuk menghabiskan sisa-sisa malam terakhir RT berada di Bumi Korea Selatan. Sememangnya Myeongdong adalah Shopping Paradise di Korea Selatan. Malam terakhir RT di Korea Selatan RT gunakan untuk membeli apa yang sepatutnya dibeli. Ketika seronok meronda-ronda di Myeongdong sekali lagi perut membunyikan paluan rebana ubi meminta untuk diisi kerana dari pagi hanya beralaskan Shrimp Burger yang dibeli di Lotteria Elysian Gangchon Ski Resort.



Akhirnya pada malam terakhir RT di Seoul barulah RT dapat merasa Nasi Goreng Seafood korea yang selalu dicanang di blog-blog pengembaraan di korea. RT makan di salah sebuat restaurant di Myeongdong. Sebelum masuk RT melihat menu-menu yang dipaparkan di pintu masuk restaurant. Memandangkan restaurant ini tidak menyediakan sebarang menu berunsurkan dwaeji-gogi (pork) dgn tanpa ragu-ragu RT masuk dan bertanya dengan pekerja restaurant dan mengesahkan restaurant mereka "serve no pork". Namun begitu hanya nasi goreng seafood yang dapat dipesan dan dimakan memandangkan RT meragui sama ada ayam, daging lembu, daging kerbaunya disembelih mahupun tidak. Untuk selamat dan bebas daripada keraguan nasi goreng seafood menjadi santapan. Mereka akan mengoreng nasi yang dipesan di meja tempat kita duduk dan kita hanya perlu menyatakan beberapa orang dan tengok. Air minuman disediakan secara percuma (air kosong).

sudah beli satu di atas kepala nak beli sebiji lagi

Cap yang dijual di Myeongdong mempunyai pelbagai gred. Terpulang pada anda untuk memilih mana satu yang anda suka. Seperti Butik cap yang RT masuk, semua cap yang dijual berkualiti tinggi dan harganya pun sama tinggi dengan kualitinya. Rata-rata cap yang dijual di butik ini mempunyai persamaan dengan cap-cap yang dipakai artis-artis korea. 

Dengan berakhirnya perjalanan RT pada malam terakhir di Myeongdong ini maka berakhirlah pengembaraan RT di Seoul Korea Selatan. Untuk hari ke-5 keesokkan harinya RT hanya menghabiskan masa di Rainbow Hostel Myeongdong untuk packing barangan dan melakukan perjalanan ke Incheon International Airport untuk kembali ke Tanah Air. Memandangkan perjalanan ke Incheon Int. Airport mengambil masa yang lama RT bergerak seawal mungkin malah menetapkan 5 jam jarak masa untuk waktu penerbangan RT pada 1625hrs waktu korea. Kalau dilihat 5 jam adalah lebih daripada cukup untuk stand-by tetapi oleh kerana Incheon International Airport adalah salah satu Busiest Airport in the world 5 jam merupakan masa yang singkat kerana terpaksa melalui pemeriksaan yang panjang akibat terlalu ramai orang. Maka bersedia dan rancanglah perjalanan sebaik mungkin supaya tidak ketinggalan flight. Untuk peringatan Incheon Int. Airport amat ketat pemeriksaan bagasi untuk dibawa ke dalam pesawat.

Ringkasan Itinerary perjalanan RT ke Seoul boleh klik -> Seoul Itinerary. Selamat mengembara ke Seoul, South Korea.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...