9 August 2016

Tips Keselamatan Ke Luar Negara


Sebut saja mengenai mengembara pasti ramai yang melihatnya sebagai satu keseronokkan. Sememangnya mengembara akan melahirkan rasa keterujaan dan di hati. Disebalik keterujaan untuk mengembara lebih-lebih lagi ke luar negara hendaklah diselitkan faktor keselamatan untuk menukarkan keterujaan di hati kepada memori kegembiraan kemudian hari.

Ikuti tips-tips yang RT kongsikan melalui pengalaman RT sendiri dan pengalaman pengembara-pengembara lain.

1. Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.

Perkara yang paling penting untuk ke luar negara. Research dan ketahui lokasi Kedutaan/ Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara yang ditujui. Ini adalah "Safe House" kepada rakyat Malaysia di luar negara jika terjadi perkara yang tidak diingini di negara tersebut. Sila simpan alamat dan nombor yang boleh dihubungi kedutaan atau pesuruhjaya tinggi Malaysia negara yang ditujui. Maklumat berkenaan kedutaan Malaysia di luar negara boleh didapati dengan klik Kementerian Luar Malaysia

2. Ketahui Isu-isu semasa Negara destinasi ditujui.

Peka dengan isu semasa dunia lebih-lebih lagi keadaan negara destinasi yang ditujui. Ini membolehkan anda merancang pelan tindakan kecemasan jika berada di negara berkenaan. Maklumat mengenai boleh diketahui dengan hujung jari sahaja.

3. Travel Insurance.


Inilah perkara yang selalu dilupakan dan dipandang ringan oleh segelintir pengembara. Travel insurance amat penting jika berlaku sebarang kecemasan atau kemalangan kepada diri pengembara. Sesetangah hospital di negara-negara maju hanya menerima pesakit yang mempunyai insurance sahaja. Selain dari melindungi diri pengembara daripada kemalangan, travel insurance juga dapat meringan beban waris pengembara yang meninggal dunia di luar negara. Ini kerana kos untuk membawa pulang jenazah ke tanah air memerlukan kos yang tinggi melebihi kos pengangkutan seorang pengembara yang masih hidup. Jadi janganlah berkira untuk mengeluarkan sedikit kos untuk membeli travel insurance.

4. Hafal dan cam lokasi penginapan.



Setiap pengembaraan akan adanya tempat penginapan. Ianya merangkumi Hotel, Hostel, Guest House, dsb. Selain menetapkan lokasi penginapan di dalam gadget anda diingatkan juga untuk menghafal dan mengecam lokasi penginapan anda di dalam ingatan. Ianya bertujuan untuk mengelakkan anda melakukan kesilapan dan tersesat jalan untuk kembali ke tempat penginapan. Mengecam tempat penginapan boleh dilakukan dengan mengecam bangunan-bangunan atau keadaan sekeliling seperti papan tanda, mercu tanda dsb.

5. Simpan Wang tunai di tempat yang berasingan.

Elakkan membawa wang tunai dalam kuantiti yang terlalu banyak jika tiada keperluan. Simpan wang tunai yang dibawa di tempat yang berasingan. Jangan simpan hanya di satu tempat. Jika berlaku kecemasan atau kehilangan harta benda wang tunai tidak hilang kesemuanya.

6. Passport adalah NYAWA.

Simpan dan jaga passport seperti menjaga keselamatan diri sendiri. Ini kerana passport merupakan benda yang paling berharga seperti nyawa jika berada di luar negara. Kehilangan atau kecurian passport boleh menyusahkan pengembara sepanjang pengembaraan dan boleh memburukan mood pengembaraan. Jika terjadinya kehilangan passport perkara pertama perlu dilakukan ialan membuat laporan di balai polis terdekat dan dengan segera terus ke Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.

7. ATM

Mesin pengeluaran duit adalah kawasan tumpuan untuk penjenayah. Seperti di tanah Air keselamatan perlu dititik beratkan semasa melakukan urusan di ATM. Peka kepada keadaan sekeliling dan berhati-hati semasa membuat pengeluaran wang di ATM.

8. Jangan Membuka dompet dikhalayak ramai.

Perbuatan membuka dompet dikhalayak ramai boleh mengundang bahaya. Pastikan anda telah menyediakan wang secukupnya sebelum melakukan urusan pembayaran. Elakkan mengeluarkan duit di kawasan yang terdedah kepada risiko seluk saku dsb.

9. Elakkan menaiki taxi berseorangan.

Sesetengah negara terdapat banyak taxi palsu. Adapun taxi yang berdaftar menaiki taxi berseorangan lebih-lebih lagi bagi wanita boleh mendatangkan bahaya. Pemandu taxi cenderung untuk melakukan penipuan lebih-lebih lagi mengenakan cas lebih untuk tambang. Namun perkara paling ditakuti ialah diculik mahupun dirompak oleh pemandu taxi itu sendiri. Elakkan menaiki taxi berseorangan. Pilihlah pengangkutan awam yang lain. Jika tiada pilihan untuk menaiki taxi berseorangan lakukanlan penilaian sewajarnya.

10. Jangan terlalu menonjol.

Setiap pengembara dapat dikenalpasti melalui warna kulit, pertuturan dan sebagainya. Maksud RT terlalu menonjol disini jika seseorang pengembara itu sesat janganlah terlalu menunjukkan diri sudah sesat. Bertenang dan buat seperti mengetahui arah tuju. Peluang untuk ditipu oleh mereka yang "baik hati" untuk menghulurkan bantuan tanpa dipinta amat tinggi. Maka jangan panik atau mengelabah jika sudah sesat. Carilah tanda arah atau pergi ke balai polis terdekat atau minta bantuan daripada orang yang dirasakan boleh dipercayai. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...