Entri kali ini RT mengembara bersama geng-geng RT yang diberi nama Limah Crew. Oleh kerana aktiviti kali ini aktiviti kembara jadi geng ini digelar Limah Crew Travel.
Pengembaraan kali ini hanya pengembaraan di dalam Negara iaitu ke destinasi Sabah Negeri dibawah Bayu dan WP Labuan. Kali ini merupakan kali ke 3 RT menjejakkan kaki ke Bumi di Bawah bayu. Kali pertama RT ke sini pada tahun 2005 sebagai seorang penuntut di salah sebuah Institusi pengajian di Sepanggar selama 2 tahun. Kali ke 2 melalui jalan darat dari Kuching hingga Ke Kundasang dan kembali semula ke Kuching melalui Negara Brunei DS dengan perjalanan pergi balik sejauh -+2450KM selama 5 hari 5 malam pada tahun 2014.
HARI 1
Pengembaraan 5 hari 4 malam bermula pada 27 Ogos 2016 dengan penerbangan pertama AK 6350 dari Kuching International Airport pada jam 610am dan mengambil masa 1 jam 35 minit untuk tiba di Kota Kinabalu International Airport. Walaupun RT sudah ke KK pada 2014 lepas namun perjalanan kali ini lebih mengujakan kerana RT akan stay lebih lama di KK berbanding perjalanan 2014 lepas yang hanya sehari sahaja di KK kerana kekangan masa.
Kota Kinabalu International Airport
Setelah 10 tahun RT kembali menjejakkan kaki ke KKIA. Pada Tahun 2005 dahulu semasa RT seorang student dan kali pertama sampai ke KK Airport KK pada ketika itu adalah airport lama. Namun kedatangan RT kali ini disambut oleh Airport yang baru dan serba canggih.
KKIA yang lama (Google Image)
KKIA yang Bharu (Google Image)
Sekarang semuanya sudah ada. Itu yang RT dapat katakan mengenai KKIA Bharu. Untuk ke Pusat bandar KK, RT menaiki shuttle bus yang boleh dinaiki dengan membeli tiket di hadapan pintu ketibaan dengan harga RM 5 seorang dan terus ke pusat bandar. Dahulu untuk ke pusat bandar dengan menaiki bas kita perlu berjalan kaki keluar dari kawasan Airport dan menunggu bas di hentian bas tepi jalan utama. Agak memenatkan juga untuk keluar dari kawasan airport jika membawa beg yang besar.
Airport Shuttle Bus KKIA (Google Image)
Shuttle Bus Ke Pusat Bandar KK
Memandangkan flight yang RT naiki awal bagi buta maka kami terus ke Budget Hotel di pusat bandar KK untuk berehat. RT dan 3 lagi Limah Crew yang lain termasuk wife RT adalah kumpulan pertama Limah Crew yang menaiki flight pagi manakala 5 lagi Limah Crew akan menyusul pada flight sebelah malam.
Memandangkan kami hanya menempah tempat menginap untuk hari ke 3 hingga hari ke 5 maka pada hari kami tiba kami perlu "gamble" mencari budget hotel di sekitar pusat bandar KK. Oleh kerana RT mengetahui selok belok Bandaraya KK maka sebab itu lah rakan-rakan RT "mengamblekan" nasib mereka kepada RT untuk mencari Budget Hotel.
Setelah meronda-ronda di sekitar Asia City, penat lelah berhasil dengan menemui sebuah Budget Hotel yang sudi menerima kehadiran kami. Maka berehatlah semua pengembara-pengembara berempat yang mengantuk kerana menaiki flight awal pagi.
Setelah mengecas tenaga barulah RT dan Limah Crew memulakan perjalanan dengan mencari tempat untuk mengisi perut yang sedang bersorak kelaparan.
Selesai menjamu selera RT dan Limah Crew yang lain meronda-ronda di sekitar Pusat Bandaraya KK. Perjalanan kali ini mengamit nostalgia 10 tahun lalu semasa Kota Kinabalu merupakan rumah kedua bagi RT.
Di KK kami menyewa 2 buah kereta Perodua Axia dengan harga asal RM 120 sebuah untuk sehari. Namun setelah berunding dengan pemilik kereta kami diberi diskaun untuk 2 buah kereta Perodua Axia dengan harga...(sila hubungi pemilik). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari
-> keretasewakotakinabalu. Kereta sewa yang disediakan untuk kami amat memuaskan hati. RT boleh rekomen untuk menyewa dengan pemilik di atas. Jangan lupa untu photostat siap-siap i.c & driving license.
Untuk perjalanan hari pertama kami berlima sahaja kerana 5 orang lagi Limah Crew menaiki penerbangan pada sebelah malam. Maka dengan secara rasminya kami menjadi tukang jemput untuk group kedua.
HARI 2
Hari kedua diteruskan dengan melakukan perjalanan selama -+2 jam 30 minit menuju ke Menumbuk di daerah Kuala Penyu untuk menaiki feri atau bot laju menuju ke W.P Labuan.
Perjalan kali ini juga mengamit nostalgia 10 tahun lalu semasa RT menyertai rombongan English language Club IKMKK melakukan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan. RT dan Limah Crew singgah untuk bersarapan di salah sebuah restoran di kawasan Putatan sebelum melakukan perjalanan jauh.
Selesai menjamu selera RT dan Limah Crew yang lain meronda-ronda di sekitar Pusat Bandaraya KK. Perjalanan kali ini mengamit nostalgia 10 tahun lalu semasa Kota Kinabalu merupakan rumah kedua bagi RT.
Centre Point Sabah
Sweet Couple
Hebat Pak Enal
1st Time In KK
Kali ke 2 RT bawa wife ke KK
Kelak kita pegi sinun
DIVA N
KK Waterfront
Hari semakin menghampiri senja. Tahkala semboyan perut sedang berkumandang RT dan Limah Crew memilih untuk makan makanan laut. Makanan laut memang terkenal di KK dengan kesedapan dan harganya yang sangat berpatutan.
Makan makanan laut sambil ditemankan bunyi ombak menghempas tembok dan sajian permandangan tepi laut matahari terbenam. Menu yang dipesan untuk makan 5 orang ialah sotong goreng tepung, ketam pedas, udang telur masin dan ikan kerapu masak 3 rasa. Harga? Termasuk air minuman ialah RM 105. Murah?Mahal? terpulang kepada anda untuk menilainya.
Selepas melayan kehendak perut, RT dan Limah Crew menyambung rondaan di Pusat Bandaraya KK dengan pergi ke Pasar Philippine untuk membeli sedikit cenderahati berupa pin baju mutiara yang amat popular dan boleh didapati dengan harga yang murah.
-> keretasewakotakinabalu. Kereta sewa yang disediakan untuk kami amat memuaskan hati. RT boleh rekomen untuk menyewa dengan pemilik di atas. Jangan lupa untu photostat siap-siap i.c & driving license.
Untuk perjalanan hari pertama kami berlima sahaja kerana 5 orang lagi Limah Crew menaiki penerbangan pada sebelah malam. Maka dengan secara rasminya kami menjadi tukang jemput untuk group kedua.
HARI 2
Hari kedua diteruskan dengan melakukan perjalanan selama -+2 jam 30 minit menuju ke Menumbuk di daerah Kuala Penyu untuk menaiki feri atau bot laju menuju ke W.P Labuan.
Perjalan kali ini juga mengamit nostalgia 10 tahun lalu semasa RT menyertai rombongan English language Club IKMKK melakukan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan. RT dan Limah Crew singgah untuk bersarapan di salah sebuah restoran di kawasan Putatan sebelum melakukan perjalanan jauh.
Singgah sarapan di Putatan
Kredit Photo: Wawan
Kredit Photo: Wawan
Daerah Kuala Penyu, Sabah
Setelah menempuhi perjalanan sejauh -+150KM akhirnya RT dan Limah Crew sampai ke Terminal feri Menumbok. Nasih tidak menyebelahi kami kerana ketika RT dan Limah Crew sampai feri menuju ke Labuan sudah pun berlepas 2 minit. Namun kekecewaan menaiki feri digantikan dengan keriangan menaiki bot laju menuju ke Pulau Labuan.
Bersama Diva N di Pekan Menumbok
Perjalann menaiki feri dari terminal Menumbok mengambil masa 1 jam 30 minit manakala dengan menaiki bot laju hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja. Tambang untuk menaiki feri ialah RM 2.50 seorang manakala menaiki bot laju ialah RM 8.20 seorang.
Menunggu giliran untuk menaiki Bot Laju di Terminal Feri Menumbuk
Masa untuk menaiki Bot Laju ke Labuan
Bot Laju Menumbok-Labuan-Menumbok (Google Image)
Perjalanan Bot laju Menuju ke Labuan
Setiap bot hanya boleh memuatkan seramai 15 orang penumpang termasuk seorang juragan bot. Jaket keselamatan juga disediakan di dalam bot laju berkenaan. Jadi jangan bimbang mengenai keselamatan bot laju terbabit. Juragan bot juga seorang yang berpengalaman luas dan mengetahui selok belok kawasan perairan yang dilaluinya.
Perjalanan Menumbok-Labuan di dalam bot laju
Setelah menempuhi perjalanan yang menghentak jiwa raga selama -+20 minit RT dan Limah Crew tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Selain laluan daripada Menumbuk dan KK terminal feri ini juga menerima perjalanan feri daripada Negara Brunei DS dan juga Lawas, Sarawak. Untuk info mengenai status perjalanan feri klik -> Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
Permandangan dari Jeti Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Tiba di Jeti Terminal Feri Antarabangsa labuan
Hero Tamil Limah Crew in Labuan
She 1st time in Labuan
Sepanjang berada di WP Labuan RT dan Limah Crew hanya berlega-lega di sekitar Unaja Kewangan (UK) dan di terminal Feri sahaja. Memandangkan kami tidak membawa kenderaan ke sini maka tiadalah kami melawat Taman Burung Labuan, Museum Chimney dan makan ABC di kawasan Pantai Pancur Hitam. Apa yang menarik untuk dikunjungi di Labuan klik -> Tempat Menarik Di Labuan.
Ujana Kewangan
Ujana Kewangan Labuan merupakan sebuah kompleks yang menempatkan pejabat-bejabat Kerajaan dan juga sebuah pusat membeli belah di Labuan selain terdapat apartment kediaman. Untuk keterangan mengenai Ujana Kewangan klik -> UK-Labuan.
Setelah meronda kawasan UK RT dan Limah Crew kembali ke Terminal Feri untuk mengejar masa menaiki feri kembali ke terminal Menumbok. Semasa pergi kami menaiki bot laju. Pulang menaiki feri lah dari tidak merasa suasana menaiki feri walaupun masa perjalanan lebih panjang daripada menaiki bot laju.
Ole-ole wajib beli di Labuan-Chocolate (Duty Free)
Thai Green Tea Ice...Belalak (kata org SWK)
Masa untuk menaiki Feri
Hasli dah menawan Labuan Wei!!!
Bye-Bye Labuan
Di dalam feri
Boring di dalam bersantai di luar
Setelah 10 Tahun
RT dan Limah Crew kembali ke KK dengan perjalanan sebelah malam. Setelah tiba di KK kami singgah di Tanjung Aru untuk menikmati makan malam dan terjadinya kisah Limah Crew Ladies menemui jongkong emas di Tandas awam Tanjung Aru. Rentetan peristiwa jongkong emas itu maka ingatan untuk merakam foto kenangan lesap di fikiran seperti asap berlalu pergi dibawa angin. Apa yang ada di Tanjung Aru? Klik -> Tanjung Aru.
HARI 3
Perjalanan hari ke 3 diteruskan seawal 7 pagi dengan perpindahan dari Persinggahan Budget di Kawasana Asia City ke Promenade Service Apartment. Oleh kerana bilik belum tersedia, kami hanya meningggalkan barangan di lobi hotel.
Perjalanan hari ke 3 menuju ke destinasi pilihan utama jika datang ke Sabah iaitu Kundasang. Perjalanan mengambil masa -+ 3 jam dengan memandu menaiki dan menuruni gunung-ganang dan di sajikan dengan permandangan yang sangat menakjubkan.
Perjalanan diketuai oleh Captain Jenal dan RT selaku Navigator.
Sepanjang perjalanan menuju ke Kundasang, kami singgah di beberapa hot spot untuk merakam gambar kenang-kenangan.
Presiden Limah Crew (Baju Hitam)
Membeli souvenir di Pekanabalu
I believe i can fly
Mari kita "bergamber" by Diva N
Jejaka kegilaan Sumandak
Uncle Somet dan ayam-manok
Setibanya di Pekan kundasang RT dan Limah Crew singgah sebentar di sebuah restaurant untuk lunch wings ayam panggang.
Makan dolok-orang yang merakam foto hanya nampak rambut saja
All Limah Crew Travel (3 lagi tiada dalam gambar)
Selitan gambar seorang lagi Limah Crew yang tidak menyertai kembara kali ini
Selesai menjamah makanan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Desa Cattle Dairy Farm. Tempat ini merupakan tarikan utama pelancong-pelancong dan pengembara asing mahupun tempatan. Apa yang ada di sini? Klik -> Desa Cattle Dairy Farm.
I'M here girls...
Hi Diva N...nak ke mana tu?
Gambar Kelas
Kasih seorang ibu
Datang untuk kali ke-2 dan masih lagi berdua
Untungnya Wawan diapit pelancong China
ter"interframe" Hero Gadis di belakang
Sik tekabey auntie nya meripong Wawan
ter"interframe" Hero Gadis di belakang
Sik tekabey auntie nya meripong Wawan
Dating di ketinggian ribuan meter dari paras laut
Hooray....Limah Crew
Sebelum kembali ke KK kami singgah di Kinabalu Park dengan bayaran masuk RM 5 seorang.
Permandangan Gunung Kinabalu yang tidak jemukan mata memandang
Selfie sorang-sorang pun boleh la...
Perjalanan untuk hari ke-3 berakhir dengan RT dan Limah Crew singgah untuk menikmati lokan bakar, kelapa bakar dan puding kelapa di jalan lintas Sulaman-Tuaran berhampiran dengan Politeknik Kota Kinabalu. Namun tiada gambar disertakan. Semua crew lupa untuk merakam moment terbabit.
Sebelum kembali ke tempat penginapan, RT singgah sebentar di tempat pengajian RT satu ketika dahulu untuk mengingati jasa walaupun sekadar di pintu pagar masuk.
HARI 4
Perjalanan hari ke-4 disusuli dengan perjalanan menghitamkan kulit. Penjelajahan pulau-pulau. Dengan menggunakan khidmat bot sewa, kami menaiki bot di jeti di belakang Pasar Philippine dengan kos RM 35 seorang termasuk jaket keselamatan dan kelengkapan snorkelling. Dengan kepakaran Diva N tawar-menawar, kami ditawarkan harga RM 30 seorang. Pakej pulau disinggah termasuk 3 buah pulau, iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan terakhir Pulau Sapi.
Pelayaran ke Pulau Mamutik
Tanpa berlengah semuanya terus lupa daratan dan terjun ke laut. Maka tiada sebarang moment di jeti bot dirakam. Bayaran masuk RM 3 untuk seorang dikenakan. Pengunjung hanya perlu membayar sekali sahaja untuk kesemua pulau di bawah Tunku Abdul Rahman Park.
Wawan & Uncle Janggut Mandi Pasir
Warning!! Our President Swimming
Duyung Jantan terakam secara tidak sengaja
Image: Remax Sport HD DV
Image: IPhone Waterproof?
Pengambaran Majalah Sadodoi-Artis: Hasli aka Boi
Masa yang diberikan hanya 1 jam 30 minit untuk menikmati keindahan pulau Manukan kerana kami memilih untuk berada lebih lama di pulau ke-3 iaitu Pulau Sapi.
Perjalanan diteruskan menuju ke pulau yang kedua iaitu Pulau Manukan. Secara peribadi RT merasakan Pulau Manukan lebih baik untuk aktiviti snorkeling berbanding Pulau Mamutik. Ini kerana keadaan hidupan lautnya lebih banyak dan ikan-ikan lebih "mesra" dengan manusia dan pelbagai jenis batu karang boleh dilihat. Namun RT tidak berezeki untuk merakam gambar hidupan laut memandangkan Sport Cam RT kehabisan bateri dan sedang di cas.
OTW ke Pulau Manukan
Diva N mengepalai Foto Moment
Aktiviti RT dan Limah Crew yang lain di Pulau Manukan ialah snorkeling, makan-makan, berkelah dan bersantai. Bayaran dikenakan untuk masuk ke Pulau Manukan ialan RM 3 seorang. Memandangkan bayaran masuk sudah dibayar di Pulau Mamutik maka pengunjung hanya perlu menunjukkan resit sebagai bukti pembayaran sudah dibuat.
Pemandangan dasar laut di sekitar kawasan snorkeling Pulau Manukan amat memukau jiwa yang memandang. Apa yang dilihat hanya dapat dirakam di dalam memori ingatan RT kerana Sport Cam RT sedang di cas.
Keindahan Pulau Manukan
Destinasi seterusnya dengan menuju ke Pulau Sapi. Pulau Sapi merupakan pulau terakhir dalam explorasi kali ini. Dengan terlalu ramai pengunjung mengunjungi pulau ini mencari tempat untuk bertapak amat sukar. Dengan keadaan cuaca yang hujan renyai-renyai namun tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang mencari tapak perkelahan.
Aktiviti RT dan Limah Crew di Pulau Sapi ialah menaiki banana cheese boat. Dengan harga ditawarkan RM 40 seorang. Namun dengan rundingan Pegawai Tadbir Diplomatik Limah Crew kami ditawarkan RM 25 seorang. Maka kami berenam menaiki sebuak banana cheese boat.
keadaan cuaca yang kurang menyenangkan hati
Seperti biasa aktiviti menaiki banana cheese boat, kami ditarik sehingga ke tengan laut dan dengan sengaja dicampakkan walaupun dengan ketidak relaan hati. Keadaan laut yang sedikit bergelora semasa kami menaiki banana boat kerana keadaan di tanah besar hujan tidak menggoyahkan semangat Limah Crew.
Banana Boat
Gambar Kenangan bersama orang yang mencampakkan kami ke tengah laut
Asak ati eh..
Memandangkan keadaan cuaca yang semakin kurang mengizinkan dengan hujan lebat sedang melanda dan keadaan laut sedikit bergelora kami mengambil keputusan untuk kembali ke tanah besar dengal lebih awal. Perjalanan kembali ke tanah besar agak sedikit menakutkan kerana meredah hujan lebat dan keadaan laut sedikit bergelora.
Rakaman perjalanan pulang ke Tanah Besar
Semasa tiba di tanah besar hujan semakin lebat. Oleh kerana kesemua crew sudah lebo-laor (basah kuyup) maka diredahnya hujan untuk pulang ke tempat penginapan yang mengambil masa 10 minit berjalan kaki.
Pada sebelah malam RT dan Limah Crew menghabiskan sisa-sisa malam terakhir di Kota Kinabalu dengan kembali meronda-ronda di sekitar Pusat Bandaraya KK dengan sekali lagi ke pasar Philippine untuk membeli buah tangan berupa kueh cincin, amplang dan ikan masin untuk dibawa pulang dan menemani group kedua merasai makanan laut yang telah dilahap oleh group pertama semasa hari pertama tiba.
Selesai menjamu selera kami menemani sebilangan crew yang ingin untuk makan buah durian yang dijual di pasar malam berdekatan dengan KK Plaza dan Pejabat Pos Besar KK. Memandangkan RT bukan seorang pemakan durian RT hanya menemani crew yang makan durian.
Tidak sempat ditoleh 2 kali..semuanya lesap
HARI 5
Semua Limah Crew mengambil penerbangan pulang ke Kuching pada hari ini. Dengan menaiki taxi dari Promenade Service Apartment, Api-Api Centre terus ke KKIA dengan cas tambang RM 30 satu perjalanan maka berakhirlah pengembaraan LIMAH CREW TRAVEL kali ini.
Untuk mengikuti pengembaraan budget RT ke Seoul, Korea Selatan semasa musim sejuk 2016 (winter season) klik ->SEOUL TRIP.
No comments:
Post a Comment