Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan menyemak
semula caj servis penumpang (PSC) di semua lapangan terbang bermula 1 Januari
2017, dan akan mengenakan cas yang lebih tinggi untuk penerbang domestik dan
antarabangsa.
Kadar bharu itu akan dikenakan ke atas tiket bertarikh 1
Januari dan seterusnya. Berbanding lapangan terbang lain, KLIA2 menyaksikan
kenaikan PSC tertinggi dengan MYR18 kenaikan untuk penerbangan antarabangsa dan
kenaikan MYR5 untuk penerbangan domestik.
Untuk penerbangan domestik, kadar PSC di semua lapangan
terbang diselaraskan kepada MYR11. Sebelum ini kadar PSC di KLIA2 ialah MYR6
manakala kadar PSC di KLIA dan lapangan terbang lain ialah MYR9. Untuk
penerbangan antarabangsa, kadar PSC di KLIA2 adalah MYR50 berbanding MYR32
sekarang ini, manakala kadar PSC untuk penerbangan antarabangsa di KLIA dan
lapangan terbang lain adalah MYR73 naik MYR8 daripada MYR65 sekarang ini.
Bagaimanapun, kadar PSC untuk penerbang ke negara ASEAN
dikurangkan sebanyak MYR30 di hampir semua lapangan terbang. Mereka yang
berlepas dari KLIA, KLIA2 dan lapangan terbang lain hanya dikenakan MYR35.
Mavcom mengeluarkan kenyataan berkata kadar PSC di KLIA dan
KLIA2 akan disamakan bagi meratakan lapangan persaingan dan melakukan semakan
PSC dalam masa setahun dengan tujuan untuk menyamakan PSC di KLIA dan KLIA2
untuk penerbangan antarabangsa luar ASEAN.
"Dalam jangka masa panjang, Mavcom berharap kadar PSC
yang disamakan akan menggalakkan persaingan antara syarikat penerbangan yang
beroperasi di kedua-dua terminal itu", Katanya.
Meskipun PSC yang dikenakan untuk penerbangan antarabangsa
dan domestik meningkat, Mavcom menyatakan caj penumpang yang dikenakan di
Lapangan terbang Malaysia masih kekal antara yang terendah di rantau ini dan
dunia, berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Asia lain seperti Changi
(Singapura), Dong Mueang dan
Suvarbabhumi (Bangkok), Ninoy Aquino (Manila) Phnom Penh, Indra Gandhi (New
Delhi), Pudong (Shanghai), Hong kong, dan Narita dan Haneda (Tokyo) antara yang
lain.
No comments:
Post a Comment