Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

15 March 2017

1 beg 7kg Air Asia


Baru-baru ini Air Asia mengetatkan polisi kabin 1 beg 7KG. Peraturan ini sudah lama diperkenalkan Air Asia namun hanya bermula bulan ini Air Asia menguatkuasakannya.

Sudah menjadi lumrah syarikat penerbangan tambang murah mengenakan syarat sebegini. Bukan hanya Air Asia namun terdapat banyak syarikat penerbangan tambang murah mengenakan peraturan malah telah dikuatkuasakan sekian lama.

Hasil tinjauan RT melalui komen-komen di media sosial mengenai penguatkuasaan syarat ini, ramai mengatakan ianya menyusahkan. Malah menbuat urusan daftar masuk di kuanter-kuanter menjadi sesak. ianya benar. Pendapat RT sendiri memang menyusahkan banyak pihak terutamanya pengembara tegar yang membawa backpack untuk menaiki pesawat.

Ada yang menyatakan kena stand-by 4 jam di airport untuk menaiki pesawat akibat barisan yang terlalu panjang. Namun stand-by 4 jam di lapangan terbang merupakan perkara biasa malah jangka masa itu sesuai bagi mengelakkan ditinggal penerbangan.

Rentetan itu ramai yang mengeluh kerana Air Asia merupakan pilihan utama rakyat Malaysia khususnya untuk ke sesuatu tempat berikutan tambang yang ditawarkan murah berbanding syarikat penerbangan yang lain.

Pendapat RT sendiri Air Asia berhak untuk mengenakan syarat sedemikian namun haruslah bertimbang rasa dengan melihat situasi individu yang menaiki penerbangan melalui syarikat mereka. namun apa yang dapat diperkatakan itu telah termaktub di dalam syarat yang telah ditetapkan.

Bahawasanya, bagi yang tidak mengetahui syarat sebegini dikenakan di seluruh dunia malah lebih ketat daripada syarat yang dikenakan oleh Air Asia. Maka jadilah pengguna yang bijak bukannya pengguna yang hanya tahu merungut.

21 February 2017

10 Negara Paling Kurang Dikunjungi


Sering kali kita mendengar negara-negara yang bermain di bibir pengembara-pengembara untuk di kunjungi seperti France, UK, Japan, Korea Selatan, Thailand dan sebagainya menerima ramai kedatangan pelancong.

Namun tidak diketahui bahawa negara-negara yang paling kurang mendapat tumpuan untuk dikunjungi. 10 negara tersebut merupakan negara yang paling rendah menerima kedatang pelancong.

1. NAURU
Bendera Nauru

Nauru terletak di sebelah timur Papua New Guinea

Permandangan Pantai Nauru

Dikenali sebagai Republic Of Nauru merupakan sebuah negara yang berbentuk pulau kecil yang terletak di gugusan kepulauan Micronesia di lautan Pasifik tengah. Dihuni oleh orang Micronesia dan Polynesia dan mendapat kemerdekaan dari penjajahan German dan Jepun pada 1968. Pada tahun 2011 Nauru hanya menerima kehadiran pengunjung seramai 200 orang sahaja.

2. SOMALIA 

Bendera Somalia

Terletak di Timur Benua Afrika

Permandangan salah sebuah Pantai di Somalia

Secara rasminya Somalia dikenali sebagai Federal Republic of Somalia yang terletak di sebelah timur Benua Afrika dan digelar Horn of Africa. Berjiran dengan negara Ethiopia di sebelah barat dan menghadap Lautan Hindi di debelah kiri dan Teluk Aden di utaranya dan mempunyai persisiran pantai yang terpanjang di Benua Afrika. Somalia hanya menerima kehadiran pengunjung hamya seramai 500 orang pada tahun 2012.

3. TUVALU

 Bendera Tuvalu

Lokasi Tuvalu

Permandangan Tuvalu dari udara

Tuvalu juga dikenali sebagai Ellice Island, yang terletak di sebelah Tenggara Nauru. Dengan polulasi penduduk seramai 10 640 orang Tuvalu berkeluasan 26 kilometer persegi dihuni oleh orang Micronesia dan Polynesia. Tuvalu menrima kehadiran pengunjung hanya seramai 1200 orang pada tahun 2011.

4. KIRIBATI

Bendera Kiribati

Kedudukan Negara Kiribati

Kepulauan Kiribati

Kiribati atau Republik of Kiribati terletak di tengah-tengah Lautan Pasifik yang terdiri daripada beberapa buah pulau merupakan sebuah negara yang unik. Dengan keunikan dan keindahan pantai negara yang terletak di selatan Hawaii ini masih tidak mampu untuk menarik kehadiran pengunjung. Populasi penduduk Kiribati ialah seramai 103 500 yang menghuni negara seluas 811 kilometer persegi. Pada tahun 2011, direkodkan hanya seramai 4700 orang sahaja yang mengunjungi negara ini.

5. MARSHALL ISLAND 

Bendera Marshall Island

Kedudukan Marshall Island

Marshall Island dari Udara

Secara rasmi digelar Republic of Marshall Island, yang terletak di gugusan kepulauan Micronesia di lautan Pasifik. Kepulauan Marshall berpopulasi seramai 53 376 orang penduduk. Keunikan rupa bentuk muka bumi Marshall Island dan permandangan pantai yang cantik mengamit perasaan untuk melihat keindahan pulai ini. Namun, hanya seramai 5000 orang pengunjung bertandang ke Marshall Islan pada tahun 2011.

6. EQUATORIAL GUINEA 

Bendera Equatorial Guinea

Kedudukan di sebelah Barat Benua Afrika


Republic of Equatorial Guinea terletak di sebelah barat benua Afrika. Bersempadan dengan negara Camroon di sebelah utara dan Negara gabon di sebelah selatan, Equatorial Guinea berpopulasi seramai 1 222 442 orang penduduk. Berkeluasan 28 050 kilometer persegi, Equatorial Guinea hanya mampu menarik kedatangan perlancong asing mengunjunginya seramai 6000 orang pelancong pada tahun 2012.

7. TURKMENISTAN 

  Bendera Turkmenistan

Kedudukan Negara Turkmenistan


Negara bekas Kesatuan Soviet ini terletak di Asia tengah bersebelahan dengan negara Uzbekistan di sebelah utara, Afganistan di sebelah timur dan Iran di sebelah selatan berkeluasan 491 210 kilometer persegi. Dengan populasi seramai 5 171 943 orang, negara yang berada di sebelah timur Laut Caspian hanya mampu menarik perhatian seramai 7000 orang pengunjung pada tahun 2007.

8. SAO TOME and PRINCIPE

Bendera Sao Tome and Principe


Pico Cao Grande

Dengan rasmi dikenali sebagai Democratic Republic of Sao Tome and Principe terletak di luar persisir pantai negara Equatorial Guinea. Berkeluasan 964 kilometer persegi dan dihuni oleh 192 993 orang menarik perhatian perhatian pelancong untuk mengunjungi dengan rekod seramai 8000 orang pelancong pada tahun 2010. 

9. COMOROS


Bendera Comoros

Kedudukan Negara Comoros

Keindahan salah sebuah pantai di Comoros

Union of Comoros sebuah negara Islam yang terletak di Lautan Hindi di sebelah utara Pulau Madagascar dan di sebelah timur luar persisir laut negara Mozambique. Dengan keluasan 2 034 kilometer persegi Comoros yang berkepadatan penduduk seramai 798 000 orang telah menarik kedatang pelancong seramai 15 000 orang pada tahun 2010.

10. AFGHANISTAN 

 Bendera Afghanistan

Permandangan kawasan Pergunungan Afghanistan

Secara rasminya digelar Islamic Republic of Afghanistan terletak di Asia tengah bersempadan dengan Pakistan dan Iran. Berkepadatan penduduk seramai 33 332 025 orang, Afganistan mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi kerana bentuk muka buminya yang unik. Berkeluasan 652 864 kilometer persegi Afghanistan hanya menerima kedatangan pelancong seramai 17 500 orang pada tahun 2012.





16 January 2017

Trip Jalan Raya Dunia yang Memukau Jiwa

Setiap travelers inginkan cabaran dalam setiap perjalanan yang ditempuhinya. Selain pengembaraan melalui jalan udara, perjalanan melalui jalan raya juga boleh mengasyikkan. Mari kita lihat pengembaraan melalui jalan raya yang memukau hati setiap pengembara.

1. TRANFAGARASAN ROAD, ROMANIA


Juga dikenalai sebagai DN7, Jalan Tranfagarasan yang berturap merupakan jalan kedua tertinggi yang melalui puncak gunung tertinggi di Romania dengan beberapa aksi mendaki menuruni dan lencongan.

Melalui jalan ini juga travelers boleh melawat DRACULA's CASTLE. Jalan ini biasanya ditutup pada penghujung November hingga awal Jun kerana ianya dilitupi salji dan penutupannya juga bergantung kepada cuaca.


2. MAUI'S HANA HIGHWAY, HAWAII 



Sebuah perjalanan yang akan memukau permandangan dengan melalui jalan ini. Di sebelah sisi pemandangan lautan pasifik yang membiru yang seluas mata memandang dan di sisi yang lain pemandangan hutan tropika yang subur dan menghijau.

Hentian yang paling popular di jalan ini ialah hentian sebuah pantai pasir hitam Hawaii yang sangat terkenal.

3. PASIFIC COAST HIGHWAY, CALIFONIA-USA 



Sepanjang 1055.4KM merupakan Highway yang terpanjang di California. Jalan yang melalui hutan kayu merah menjanjikan pemandangan yang indah disertakan panorama lautan pasifik yang seluas mata memandang.

4. LEH-MANALI HIGHWAY, INDIA.

Hanya dibuka 2 bulan setahun iaitu pada bulan Jun hingga September. Menghubungkan Kashmir dan Himalaya dengan melalui gunung-gunung tertingi dan lereng yang amat curam dan merupakan salah satu rangkaian jalan raya paling berbahaya di dunia termasuk ROHTANG.

Rohtang bermaksud "timbunan mayat" di dalam bahasa Pasri. Sebelum memulakan perjalanan hendaklah dipastikan kenderaan berada didalam keadaan optimum kerana perjalanan ini merupakan perjalanan merentas jalan paling berbahaya di dunia.

5. AMALFI COAST, ITALY. 


  
Jalan persisir Laut Mediterranean yang memyajikan pemandangan yang mempersonakan mata memandang. Perjalanan dari Salerno, yang terletak di Selatan menuju ke Positano sejauh 80km melalui jalan ini. 

1 November 2016

Cas Lapangan Terbang di Malaysia dinaikkan

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan menyemak semula caj servis penumpang (PSC) di semua lapangan terbang bermula 1 Januari 2017, dan akan mengenakan cas yang lebih tinggi untuk penerbang domestik dan antarabangsa.


Kadar bharu itu akan dikenakan ke atas tiket bertarikh 1 Januari dan seterusnya. Berbanding lapangan terbang lain, KLIA2 menyaksikan kenaikan PSC tertinggi dengan MYR18 kenaikan untuk penerbangan antarabangsa dan kenaikan MYR5 untuk penerbangan domestik.

Untuk penerbangan domestik, kadar PSC di semua lapangan terbang diselaraskan kepada MYR11. Sebelum ini kadar PSC di KLIA2 ialah MYR6 manakala kadar PSC di KLIA dan lapangan terbang lain ialah MYR9. Untuk penerbangan antarabangsa, kadar PSC di KLIA2 adalah MYR50 berbanding MYR32 sekarang ini, manakala kadar PSC untuk penerbangan antarabangsa di KLIA dan lapangan terbang lain adalah MYR73 naik MYR8 daripada MYR65 sekarang ini.


Bagaimanapun, kadar PSC untuk penerbang ke negara ASEAN dikurangkan sebanyak MYR30 di hampir semua lapangan terbang. Mereka yang berlepas dari KLIA, KLIA2 dan lapangan terbang lain hanya dikenakan MYR35.
Mavcom mengeluarkan kenyataan berkata kadar PSC di KLIA dan KLIA2 akan disamakan bagi meratakan lapangan persaingan dan melakukan semakan PSC dalam masa setahun dengan tujuan untuk menyamakan PSC di KLIA dan KLIA2 untuk penerbangan antarabangsa luar ASEAN.

"Dalam jangka masa panjang, Mavcom berharap kadar PSC yang disamakan akan menggalakkan persaingan antara syarikat penerbangan yang beroperasi di kedua-dua terminal itu", Katanya.


Meskipun PSC yang dikenakan untuk penerbangan antarabangsa dan domestik meningkat, Mavcom menyatakan caj penumpang yang dikenakan di Lapangan terbang Malaysia masih kekal antara yang terendah di rantau ini dan dunia, berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Asia lain seperti Changi (Singapura),  Dong Mueang dan Suvarbabhumi (Bangkok), Ninoy Aquino (Manila) Phnom Penh, Indra Gandhi (New Delhi), Pudong (Shanghai), Hong kong, dan Narita dan Haneda (Tokyo) antara yang lain. 

31 October 2016

Istana Tercantik di Dunia

Istana merupakan tempat kediaman untuk Raja, pemerintah sesebuah negara. Sebut mengenai Istana akan terbayang rupa keadaan istana yang megah berdiri dan puteri yang cantik menawan atau putera yang kacak bergaya.

Mari kita lihat 10 Istana Tercantik di Dunia.

1. PENA PALACE,SINTRA-PORTUGAL



The Pena Palace. Istana yang berdiri megah di puncak Sintra Mountain yang terletak di Negara Portugal. Ianyanya boleh dilihat dengan jelas dari bandar Lisbon. Di bina pada tahun 1842-1847 oleh arahan King Ferdinand II, Istana Pena diishtiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu 7 keabjaiban Portugal.

Bayaran Masuk: €14.00(adult) €12.50(child)

Waktu Operasi: Buka 9.30am (musim lain) 10.00am (musim sejuk)

Kaedah Perjalanan : €5.00 Sintra Tourist Bus No. 434 yang boleh dinaiki di berdekatan Tren Station di Pusat Bandar Sintra.

Klik-> SINTRA INFORMATION untuk keterangan lanjut.


2. SCHÖNBRUNN PALACE, VIENNA-AUSTRIA



Schonbrunn Palace merupakan Istana Musim Panas yang bercirikan rekabentuk senibina BAROQUE dan mempunyai 1411 buah bilik ini dibina di atas titah Emperor Leopold I pada tahun 1696. 

Bayaran Masuk: Pelbagai Jenis Pakej Disediakan. Klik-> SCHONBRUNN ENTRANCE FEES

Waktu Operasi: 8.30am-5.00pm (winter)
               8.30am-5.30pm (Spring & Autumn) 
               8.30am-6.30pm (Summer)

Kaedah Perjalanan: 
1. Underground Metro U4 line- Schonbrunn Station
2. Tram Line 10 & 58- Schonbrunn Station
3. Bus No.10A- Schonbrunn Station

Klik-> SCHONBRUNN INFO untuk keterangan lanjut.


3. MYSORE PALACE, KARNATAKA-INDIA


Mysore Palace merupakan kediaman rasmi bagi keluarga diraja Dinasti Wadiyar Pemerintah Kingdom of Mysore yang memerintah "PRINCELY STATE" pada 1399 hingga 1950. Dikenali sebagai City of Palace istana yang bercirikan senibina INDO SARACENIC dibina pada 1897. Di setiap musim luruh bermula bulan September hingga November festival Dashera diadakan di perkarangan Istana Mysore dan bandunan Istana akan diterangi oleh 96 000 lampu selama 2 bulan tersebut. 

Bayaran Masuk: INR 40 (adult) INR 20 (child 10-18) free (child below 10)

Waktu Operasi: 10.00am-5.30pm (setiap hari)
               7.00pm-7.45pm (masa Istana dilimpahi cahaya lampu)

Kaedah perjalanan: Mysore Palace terletak di tengah-tengah kota Mysore.Jalan kaki pun boleh daa..


4. TOPKAPI PALACE, ISTANBUL-TURKEY 



Kompleks Istana Kerajaan Uthmaniah di Istanbul, merupakan kediaman rasmi bagi Kesultanan Uthmaniah yang memerintah kerajaan Constantinople dari tahun 1465 sehingga kejatuhan empayar Uthmaniah pada tahun 1856. Istana yang bercirikan senibina Baroque ini di titahkan pembinaannya oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1459 untuk menggantikan Istana lama.      

Bayaran Masuk: Bermula TYR 20 hingga TYR 40 klik->TOKAPI ENTRANCE FEES

Waktu Operasi: Di setiap hari kecuali Hari Selasa 
               9.00am-4.45pm (winter)
               9.00am-6.45pm (spring, summer & autumn)

Kaedah perjalanan: Istanbul Tram Line- Gülhane Station & Sultanahmet Station.


5. POTALA PALACE,LHASA-TIBET  



Terletak 130 meter dan meninggi sehingga 300 meter dari lembah Lhasa , Istana ini merupakan tempat kediaman Dalai Lama iatu pemerintah bagi wilayah Autonomi Tibet sehingga Dalai Lama ke-14 yang melarikan diri ke India selepas pencerobohan China pada tahun 1959. Mempunyai 1000 buah bilik, 10 000 kuil kecil dan 200 000 arca dan diarahkan pembinaannya oleh Dalai Lama ke-5 Ngawang Lobsang Gyatso pada tahun 1645 di ketinggian 3700 meter (12100ft) dari aras laut.

Bayaran Masuk: Renminbi-RMB 100 (December-April)              
                        RMB 200 (May-November)

Waktu Operasi: 8.40am-5.00pm setiap hari keagaamaan Buddha

Kaedah Pengangkutan: 
1. Bus No. 1,7,11,13, 20,22 & 26-Minhangju Station
2. Bus No. 12,14 & 23-Longwangtandongmen Station
3. Airport Shuttle from Gonggar Airport to Minhangju Station
4. From Lhasa Railway Station Take Bus No.13 to Mihangju Station.

6. WINTER PALACE, ST. PETERSBURG-RUSSIA 



Kediaman rasmi Raja-raja yang memerintah Russia 1732 sehingga 1917. Pembinaan Istana Winter palace bermula seawal tahun 1700-an oleh Maharaja PETER THE GREAT atau Peter Alexeyevich yang bercirikan NEO-CLASSICAL architectural style. Istana ini mempunyai 1786 pintu, 1945 tingkap, 1500 buah bilik dan 115 tangga pernah terbakar pada tahun 1730-an dan 1837.

Bayaran Masuk: RUB 600 (Foreigner)
               RUB 400 (Russian & Belarussian)
               Free for Children

Waktu Operasi: 10.30am-6.00pm Setiap Hari kecuali Rabu
               10.30am-9.00pm Setiap Rabu
               Tutup pada Hari Isnin, 1 Januari & 9 May.

Kaedah Pengangkutan: Underground Metro Line 5 (Purple)- Admiral Teyskaya Station atau Jalan kaki pun boleh daa..      


7. CHATEAU de CHAMBORD, CHAMBORD-FRANCE  


Mula dibina pada tahun 1519 oleh King Francis I, Istana ini paling mudah dikenali di dunia dengan rekabentuk senibina French Renaissance dan dicampur dengan Medieval Classic Renaissance. Direkabentuk oleh Domenico da Cortona dan Leonardo da Vinci istana ini siap 28 tahun kemudian dengan mempunyai 440 buah bilik, 282 pendiang (fireplace) dan 84 buah tangga.  

Bayaran Masuk: €11 (adult)
               Free for Children & EU resident berumur 18-25 tahun

Waktu Operasi: 9.00am-6.00pm (Spring, Summer & Autumn)
               9.ooam-5.00pm (Winter)

Kaedah pengangkutan: Kerata
1 Highway A10 exit N16(Mer) or N17(Blois)
2.Highway A85 exit N13(Selles-sur-Cher-Chemey)
3.Highway A71 exit N3(Lamotte-Beuvron)

8. VERSAILLES PALACE, VERSAILLES-FRANCE   



Istana untuk Raja Louis XIII dibina pada tahun 1623 sebagai pondok memburu dan dibesarkan menjadi Istana oleh Louis XIV pada 1661 direkabentuk oleh arkitek LOUIS LE VAU. Terletak 20km Barat Daya Kota Paris melambangkan pemerintahan ketika itu yang mengamalkan pemerintahan "OBSOLUTE MONARCHY" atau Raja Berkuasa Mutlak.

Bayaran Masuk: Harga Umum €15(adult) dan pakej lawatan boleh klik-> VERSAILLES PALACE

Waktu Operasi: 9.00am-6.30pm (Spring, Summer & Autumn)
               9.00am-5.30pm (Winter)
               Tutup pada hari Isnin dan 1 January, 1 May & 25 December

Kaedah Pengangkutan:
1. Coach Versailles Express (Naik berdekatan Eiffel Tower) Tiket klik-> VERSAILLES EXPRES
2. SNFC Trains
   a. Versailles Chantiers Station (from Paris Montparnasse)
   b. Versailles Rive Droit Station (from Paris Saint Lizare)
3. A13 motorway exit Versailles Centre

9. ALHAMBRA PALACE, GRANADA-SPAIN   


Asalnya ialah sebuah kubu yang dibina pada tahun 889. Diubah suai dan dibina istana dan tembok oleh EMIR Mohammed Ben Al-Ahmar, pemerintah Granada pada kurun ke 13, Alhambra dijadikan Istana Diraja pada tahun 1333 oleh Yusuf I, Sultan Granada pada ketika itu menunjukkan kemahiran pertukangan Islam pada zaman itu. Istana yang bersenibina Moorich dan diperintah oleh Khalifah yang mengamalkan pemerintahan Islam pada eranya telah ditakhluk semasa penakhlukan Kristian pada tahun 1492 dan Alhambra dijadikan kediaman diraja Ferdinand dan Isabella.

Bayaran Masuk: €14(adult) €9(EU Senior Citizen & Student) free for child.

Waktu Operasi: 8.30am-9.30pm (October-March)
               8.30am-11.30pm (April-September)

Kaedah Pengangkutan:
1. Kereta dengan bayaran parking €1.70 sejam
2. Taxi yang boleh dinaiki di Plaza Nauva
3. Bas Line 30 & 32 ke Alhambra Complex.

10. FORBIDDEN CITY, BEIJING-CHINA  



Kompleks istana yang terletak di tengah-tengah kota Metropolitan Beijing, merupakan Kompleks istana terbesar di dunia seluas 72 hektar. Dibina pada tahun 1406 hingga 1420 oleh lebih dari sejuta pekerja pembinaan dititah oleh Maharaja Dinasti Ming, Istana ini mempunyai 980 buah bangunan 8886 buah bilik dan mitos tempatan menyatakan ianya memiliki 9999 buah bilik termasuk bilik rahsia. Dikelilingi tembok batu setinggi 7.9 meter dan diperintah oleh 24 maharaja China selam hampir 500 tahun.

Bayaran Masuk: CNY 40 (November-March)
               CNY 60 (April-October) & tutup setiap Isnin

Waktu Operasi: 8.30am-4.30pm (Winter)
               8.30am-5.00pm (Spring,Summer & Autumn)

Kaedah Pengangkutan:
1. Underground Metro Line 1-Tiananmen East/west Station
2. Hampir kesemua City Bus lalu di Forbidden City.   

4 October 2016

Mengapa Penumpang Masuk ke Pesawat di Pintu Kiri

Pernahkah anda terfikir mengapa kita hanya memasuki pesawat hanya dengan melalui pintu sebelah kiri pesawat dan bukannya di sebelah kanan pesawat?


1. Passenger Boarding Bridge/Jetway (Jambatan Udara).
Jetway atau lebih dikenali sebagai "terowong pesawat" dikalangan masyarakat kita direka dan diletakkan di sebelah kiri pesawat. Mengapa ianyanya dibina di sebelah kiri pesawat? Baca sehingga habis untuk mengetahui faktanya.

2. Bahan Api diisi di sebelah kanan pesawat.
Walaupun tangki bahan api terletak di kedua-dua belah sayap dan di bahagian perut pesawat, namun kerja-kerja pengisian bahan api dilakukan di sebelah kanan pesawat. Dengan memasuki pesawat semasa pengisian bahan api dilakukan adalah lebih selamat dengan masuk di bahagian yang bertentangan .


3. Hidangan yang menyelerakan di dalam pesawat.
Pihak catering syarikat penerbangan memunggah masuk makanan yang sedap tersebut melalui pintu sebelah kanan pesawat. Maka sebab itulah penumpang masuk melalui pintu sebelah kiri supaya tidak bersesak-sesak dengan pihak catering yang sedang memunggah masuk makanan kedalam pesawat.


4. Pintu Kargo Pesawat Commercial
Selain pemunggahan makanan ke dalam pesawat, kargo barangan penumpang di muatkan melalui pintu sebelah kanan. Dari segi permandangan indah sebaiknya memunggah masuk kargo di sebelah kanan pesawat dilakukan supaya penumpang yang masuk melalui pintu kiri tidak menyedari kerja-kerja pemunggahan kargo di sebelah kanan pesawat. Selain faktor permandangan tidak sedap mata memandang, sesetengah penerbangan akan membenarkan penumpang menaiki pesawat dari kawasan tarmac. Dengan memasukkan kargo di sebelah kanan pesawat risiko kecederaan seperti dilanggar kenderaan kargo dikurangkan.


5. Captain duduk di sebelah Kiri
Hampir kesemua penerbangan akan diterbangkan dan dipandu oleh kapten pesawat yang duduk di sebelah kiri. Disebabkan ini jugalah Passenger Boarding Bridge dibina di sebelah kiri pesawat. Ini memudahkan kapten pesawat dapat menilai jauh dekat dia meletakkan pesawatnya supaya memudahkan sambungan dengan Passenger Boarding Bridge.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...