1. TRANFAGARASAN ROAD, ROMANIA
Juga dikenalai sebagai DN7, Jalan Tranfagarasan yang berturap merupakan jalan kedua tertinggi yang melalui puncak gunung tertinggi di Romania dengan beberapa aksi mendaki menuruni dan lencongan.
Melalui jalan ini juga travelers boleh melawat DRACULA's CASTLE. Jalan ini biasanya ditutup pada penghujung November hingga awal Jun kerana ianya dilitupi salji dan penutupannya juga bergantung kepada cuaca.
2. MAUI'S HANA HIGHWAY, HAWAII
Sebuah perjalanan yang akan memukau permandangan dengan melalui jalan ini. Di sebelah sisi pemandangan lautan pasifik yang membiru yang seluas mata memandang dan di sisi yang lain pemandangan hutan tropika yang subur dan menghijau.
Hentian yang paling popular di jalan ini ialah hentian sebuah pantai pasir hitam Hawaii yang sangat terkenal.
3. PASIFIC COAST HIGHWAY, CALIFONIA-USA
Sepanjang 1055.4KM merupakan Highway yang terpanjang di California. Jalan yang melalui hutan kayu merah menjanjikan pemandangan yang indah disertakan panorama lautan pasifik yang seluas mata memandang.
4. LEH-MANALI HIGHWAY, INDIA.
Hanya dibuka 2 bulan setahun iaitu pada bulan Jun hingga September. Menghubungkan Kashmir dan Himalaya dengan melalui gunung-gunung tertingi dan lereng yang amat curam dan merupakan salah satu rangkaian jalan raya paling berbahaya di dunia termasuk ROHTANG.
Rohtang bermaksud "timbunan mayat" di dalam bahasa Pasri. Sebelum memulakan perjalanan hendaklah dipastikan kenderaan berada didalam keadaan optimum kerana perjalanan ini merupakan perjalanan merentas jalan paling berbahaya di dunia.
5. AMALFI COAST, ITALY.
Jalan persisir Laut Mediterranean yang memyajikan pemandangan yang mempersonakan mata memandang. Perjalanan dari Salerno, yang terletak di Selatan menuju ke Positano sejauh 80km melalui jalan ini.
No comments:
Post a Comment