26 January 2024

Rancangan VS Impian

Setiap orang mempunyai impian terutamanya tempat yang ingin dilawati di sekeliling dunia. Mengapa jadikan ia impian bukan rancangan?

Rancangan akan merealisasikan impian

Rancangan dan impian mempunyai pengertian yang berbeza. Pernahkan anda terfikir kenapa sesetengah orang yang berpertualang di muka bumi boleh sampai ke destinasi yang dihajati dan sesetengah orang hanya bercakap dan bercakap mengenai "whishlist" destinasi impiannya. Semuanya terletak pada rancangan.

Guangzhou, China 2019 

Jakarta, Indonesia 2014

Biasa mendengar kata "KITA HANYA MERANCANG, ALLAH PENENTU SEGALANYA"? Ya...dengan merancang kita boleh jadikan setiap impian menjadi kenyataan dengan izinNya. Namun tanpa perancangan impian hanya tinggal mimpi yang bermain di dalam pemikiran kita.

Hatyai, Thailand 2023

Merlion Park, Singapore 2015


RANCANG DAN TETAPKAN TARIKH

Rancang untuk penetapan tarikh secara subjektif. Tetapkan sama ada 6 bulan, 12 bulan atau 3 tahun, 5 tahun akan datang sebagai target untuk ke destinasi impian. Jika tiba pada tarikh yang ditetapkan namun segala belum bersedia maka tundalah perancangan ke tarikh yang baru. Merancang menetapkan tarikh keberangkatan akan memulakan segala-gala dari pembelian tiket, penempahan tempat penginapan, pencarian informasi destinasi ketibaan dan sebagainya. Tanpa merancang tarikh berpetualang maka semuanya tidak akan bermula. Jika tarikh perjalanan sudah tiba namun akibat beberapa kekangan terutamanya perbelanjaan maka tundalah pada satu tarik atau tempoh yang baru dan jangan berputus asa dengan rancangan yang telah di rencanakan.


Seoul, Korea Selatan 2016

Macau Peninsula, SAR Macau 2019
-Cerita Lanjut Klik Di Sini

Batam Riau Indonesia 2019

RANCANGAN PERJALANAN

Setiap perjalanan mesti mempunyai perancangan. Tanpa rancangan maka perjalanan tidak akan menjadi lancar dan akan terganggu dengan pelbagai permasalahan. Cari informasi yang mempunyai kredibiliti yang tinggi seperti pengalaman orang yang pernah sampai ke destinasi pilihan, pembacaan blog-blog atau videolog travel dan sebagainya. Rancangan perjalanan meliputi kaedah transportasi, bayaran tambang, peta perjalanan dan informasi-informasi lain yang difikirkan sesuai dengan rancangan perjalanan.

Phan Thiet, Vietnam 2016

Jakarta, Indonesia 2018

RANCANG PERBELANJAAN 

Setiap perancangan perjalanan ke destinasi impian diiringi dengan perbelanjaan. Tiada perjalanan yang dilakukan di muka bumi dilakukan secara percuma. Bajet merupakan permasalahan terbesar untuk merealisasikan perjalanan ke destinasi impian. Namun jangan jadikan ianya alasan untuk tidak merancang perjalanan. Banyak tips-tips yang diberikan oleh traveller berpengalaman cara merancang atau berjimat untuk ke destinasi impian. Perancangan perbelanjaan juga subjektif terpulang pada tuan badan kaedah dan cara untuk melata di bumi Allah.

Hong Kong Disneyland 2019

Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam 2016

Maka, untuk menjadikan impian melihat dan merasai destinasi impian kita hendaklah merancang perjalanan bermula daripada sekelumit rasa impian timbul di benak fikiran. Jangan jadikan ia hanya sekadar impian yang di simpan di dalam checklist atau whishlist yang digembar-gemburkan dan hanya "InnShaAllah satu hari kelak" tanpa membuat sebarang perancangan.





16 October 2019

Hong Kong-Guangzhou-Macau Trip






(AMARAN...pembacaan artikel ini sangat panjang!)

Setelah beberapa ketika baru RT berkesempatan menaip cerita perjalanan dan pengalaman RT dan wife serta anak meneroka Bumi Selatan China. Seperti sebelumnya perjalanan RT bermula di Kuching International Airport ke KLIA2 pada 19 Ogos 2019 sebelum menaiki penerbangan ke Hong Kong International Airport pada keesokkan harinya.

Ramai sedia maklum waktu RT ke Tanah Hong Kong, keadaan di HK tidak berapa "Aman" kerana demonstrasi penduduk HK. Banyak kajian dan perkembangan kejadian diikuti RT sebelum mengambil keputusan meneruskan perjalanan. Dengan mendapat maklum balas e-mail dari pihak Consulate General Malaysia di HK menyatakan tiada larangan cuma peringatan untuk menjauhi tempat demonstrasi berlaku menguatkan lagi untuk RT meneruskan perjalanan atas risiko sendiri.




Demonstrasi di HKIA Ogos 2019


email kepada/dari Consulate General Malaysia HK


Selain mendapatkan maklumat dari pihak Consulate Malaysia di HK, RT juga mengahntar email untuk memaklumkan kehadiran RT di wilayah mereka iaitu di Consulate General Malaysia Hong Kong (HK & MACAU), Consulate General Malaysia Guangzhou dan di CC kepada Kedutaan Malaysia di Beijing. Ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pihak terbabit sekiranya berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini.

Selain menghantar email RT juga telah mendaftarkan maklumat diri dan perjalanan di e-consular.


email maklumat perjalanan kepada Consulate General Malaysia di
HK dan Guangzhou





20 OGOS 2019 (Day 1)


Perjalanan melalui KLIA2 dengan menaiki penerbangan AirAsia Ak 136 ke Hong Kong dijadualkan berlepas pada jam 1:35pm melalui pintu perlepasan antarabangsa P1. Namun delayed sehingga Actual Time Departure 2:25pm.




Sementara menunggu Flight di KLIA2



selamat...x perlu jalan jauh lagi..P1


Menunggu boarding




KUL-HKG


Etiqa Tripcare 360 Takaful

Perjalanan RT dilindungi oleh Etiqa Tripcare 360 Takaful dengan harga Premium MYR 103.82 selepas discount 25% dengan pembelian online.




Arrival Card akan diberi di dalam Flight

Perjalanan ke HK mengambil masa lebih kurang 4 jam. Akibat delayed maka ketibaan RT di HKIA pun delayed dan hari pun sudah menghampiri senja.




Final Approach to HKIA



Arrived di HKIA



Seronok VM dah sampai



Menuju ke Terminal Utama dengan menaiki Sky Train

Ketibaan penerbangan AirAsia di Satellite Terminal Building (Midfield Concourse)dan perlu menaiki Sky Train ke Main terminal untuk melakukan pemeriksaan Immigration & tuntutan bagasi.

Selesai Urusan Immigration & Tuntutan bagasi RT menuju ke pintu keluar untuk menuntut Hong Kong Simcard yang telah RT tempah melalui applikasi Klook yang terletak di luar arrival hall A dan mencari kuanter China Travel Service no. 6.




Voucher Klook
HKIA arrival exit Terminal 1

Pintu ke Terminal 2 HKIA

Keadaan semasa RT tiba di HKIA adalah seperti biasa berikutan kawalan telah dilakukan pihak berkuasa HK dan "tempoh bertenang" pedemonstrasi. Seminggu sebelum ketibaan RT di HK, berlaku demonstrasi besar-besaran di HKIA sehingga menyebabkan HKIA lumpuh sepenuhnya dan banyak penerbangan keluar dan masuk dibatalkan.

Beratur untuk membeli Octopus Card

Octopus Card

Octopus card boleh diguna untuk menaiki public transport dan membuat pembayaran di kedai serbaneka 7 Eleven. Kegunaanya seperti kad Touch n Go. Harga belian Octopus card di kuanter ialan HKD150 dengan nilai tambah HKD100 dan HKD50 deposit yang boleh direfund apabila mengembalikan card di kuanter tuntutan.

Kad Octopus memang keperluan memandangkan perjalanan RT memang akan selalu menaiki public transport seperti HK MTR, Public Bus, Ding-Ding dsb.

Hong Kong MTR Map

Berikutan kelewatan penerbangan dari KL maka RT tiba lewat di HKIA. Tiada kesempatan untuk bergambar di Balai Perlepasan dan melihat keseluruhan gambaran HKIA yang terkenal dengan the Busiest Airport in the World.

Bersesuaian dengan gelaran travel by ourself maka untuk ke pusat Bandaraya Hong Kong dan pertimbangan sewajarnya RT menaiki Bus Double Decker. Untuk keluar ke tempat menunggu bas ikuti Signage yang telah disediakan.




L5- Arah keluar menuju ke Tempat Menunggu Bas

(A1 tempat membuat tuntutan Sim Card & Sebagainya)



L3- Arah Keluar ke Tempat menunggu bas

Bila tiba di L3 cari tempat menunggu bas ke Kowloon untuk menunggu bas A21. Tambang yang dikenakan ialah HKD33 seorang. Selain bas banyak alternative lain boleh digunakan seperti Taxi, Airport Express serta MRT dengan tawaran harga berlainan.



Snap..1..2..3..


Bus A21 to Tsim Sha Tsui, Kowloon


Tido sambil berdiri


Dalam Bus Double Decker A21 to Tsim Sha Tsui 

From HKIA to Kowloon (00.13)



Melalui Kap Shui Mui & Tsing Ma Bridge

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Kawasan Tsim Sha Tsui. Daripada Lantau Island menuju ke Kowloon bas melalui jambatan iconic Hong Kong iaitu Tsing Ma Bridge yang indah dihiasai lampu pada malam hari.




Mongkok Area

Bas dari HKIA juga akan melalui kawasan kegemaran kaum Hawa (shopping district). 2 hari sebelum kedatangan RT ke HK, di sinilah kawasan berlakunya demonstrasi besar-besaran sehingga traffic & MRT lumpuh dan tidak dapat beroperasi.




Map HK1-Tsim Sha Tsui

Bas A21 daripada HKIA tidak akan berhenti di setiap station di sepanjang Nathan Road. Ia hanya berhenti di station yang ditetapkan saja. Untuk ke Maridor Mansion tempat Guest House yang RT tempah RT berhenti di station No 14 (middle road) dan berjalan lebih kurang 75 meter ke arah utara. Rujuk Map HK1.




Maridor Mansion Building




Entrance (red box) Chungking Mansion 2 block dari Maridor Mansion
Vincent Hills Guest House

RT telah menempah Vincent Hills Guest House(VHGH) yang terletak di dalam Maridor Mansion selama 4H3M dengan harga MYR 412.29 namun setelah mendapat discount Agoda VIP Member & Agoda Cash maka RT hanya membayar MYR 377.46 sahaja.

Reception VHGH terletak di tingkat 3 Maridor Mansion. Bilik pula terdapat di segenap tingkat tapi RT mendapat bilik di tingkat 3 sahaja selang beberapa unit dari Reception Room.

Review yang RT boleh katakan untuk VHGH ialah cukup sekadar bilik & toilet Privacy, barang dapat disimpan di dalam bilik, tempat tidur yang cukup selesa. Jangan Harapkan hotel yang sangat selesa kerana tidak berbaloi bayar mahal untuk bilik penginapan namun hanya untuk kegunaan berehat dan di sebelah malam.

Rancangan asal ialah untuk meneruskan perjalanan ke Avenue of Stars namun akibat flight delayed dan sampai lewat ke HK maka dibatalkan plan tersebut dan hanya berehat di VHGH.

Walaupun terpaksa membatalkan plan ke Avenue of Stars, ianya tidak menghalang RT untuk keluar membeli Turkish kebab yang terletak tidak jauh dari Maridor Mansion. Rujuk Map HK1 untuk mengetahui New Istanbul Kebab restaurant. Ianya dibuka 24jam.

New Istanbul Kebab

Menu yang x berapa nak jelas

 Menu New Istanbul Kebab

Minuman

Harga? Standard..Makanan halal bagi negara yang Majoriti bukan Islam memang mahal. Walaupun Mahal tapi sangat berbaloi kerana sangat sedap. Nasi putih semangkuk beharga HKD20 manakala chicken kebab beharga HKD68. Berapa kalau tukar ke MYR? convertlah sendiri.

Cara ke New Istanbul Kebab dari Tsim Sha Tsui Station Exit D2.

Jalan terus dari TSS exit D2 di belakang Maridor Mansion

Junction Y belok kanan (7 eleven)

Jalan terus ke Prat Avenue dan belok Kanan

New Istanbul Kebab di Hujung simpang Hart Avenue

21 OGOS 2019 (Day 2)

Perjalanan hari kedua diteruskan ke Avenue of Stars Hong Hong Kong. Lokasi paling terkenal & epic di seluruh dunia. Dari VHGH yang terletak di Maridor Mansion hanya berjalan kaki lebih kurang 500m ke arah selatan.

HK Space Museum-Kowloon

Avenue of Stars Hong Kong August 2019 (00.15)


Hong Kong Film Award Statue

Hong Kong Film Award

Nun jauh disana Hong Kong Island

Disebalik Tabir Pembikinan


Impian masa remaja lalu melihat Bandaraya Hong Kong Tercapai


Berlatarkan HK Island


Hong Kong Island View


Cuaca yang sangat panas


Star Ferry


Selanjutnya, perjalanan diteruskan ke Hong Kong Island dengan menaiki ferry nostalgic Hong Kong iaitu Star Ferry di terminal perlepasan berdekatan dengan Avenue of Stars dan tambang yang murah sekitar HKD2.70 sehala. Namun di hujung minggu tambang Star Ferry ialah HKD3.70 sehala. Tambang boleh dibayar menggunakan Octopus Card.

Star Ferry berlatarbelakangkan HK Culture Centre

Star Ferry dengan HK Island

Laluan Star Ferry ke HK Island mempunyai dua laluan iaitu ke Central Ferry Pier atau ke Wan Chai Ferry Pier. Memandangkan RT merancang perjalanan ke Central Plaza tower & Masjid Amar and Osman Ramju atau Islamic Canteen Centre untuk makan Dim Sum Halal maka RT memilih laluan ke Wan Chai Ferry Pier.

Tangga Masuk ke Star Ferry- Wan Chai Pier


Menuju ke Wan Chai

Menaiki Star Ferry

Sebelah Kiri Kowloon dan sebelah kanan HK Island

HK Island Central View

HK Convention & Exhibition Centre 

Laluan Star Ferry ke HK Central(Kuning) & Wan Chai (Merah)


Star Ferry ke Wan Chai-HK Island (00.31)


Di HK Island inilah terdapat Ding-Ding. Sebelum menaiki Ding-Ding lihat dan pahami cara menaiki Ding-Ding dengan peta perjalanannya dulu. Amat mudah namun jika faham.


Ding-Ding ataupun HK Tram

 Eastbound Map
Westbound Map

Sejurus tiba di Wan Chai ferry pier RT berjalan menuju ke Masjid Amar and Osman Ramju atau Islamic Canteen Centre untuk makan Dim Sum. Jarak berjalan kaki lebih kurang 1km dari Ferry pier melalui jambatan pejalan kaki dan dicelah2 bangunan pencakar langit. Perjalan dengan berjalan kaki agak sedikit rumit kerana melalui lorong-lorong kecil dan menaiki anak tangga untuk menaiki bukit namun disajikan dengan pemandangan bangunan pencakar langit dan orang ramai yang tak pernah lekang berjalan.

HK Map-2: Wan Chai Area (Klik gambar untuk zoom)

1. Wan Chai Ferry Pier
2. Masjid Amar and Osman Ramju atau Islamic Canteen Centre
3. Tonnochy Road Station (Ding-Ding)
4. O'Brien Road Station (Ding-Ding)
5. Central Plaza Tower
6. Consulate General Malaysia, Hong Kong
7. Arsenal Street Station (Ding-Ding)

Cara pergi ke Masjid Amar & Osman dari Tonnochy Road D-D Station.

Laluan Pejalan kaki di sebelah kiri Welcome Shop(Yellow Arrow)
Naik tangga di tepi Basketball Court

 Selepas menaiki tangga akan sampai di hadapan 7Eleven & jalan terus

Ikut laluan pejalan kaki (Yellow Arrow)

Dihujung bangunan belok kiri sehingga sampai ke Masjid Amar & Osman

Masjid Amar & Osman (arah datang yellow arrow)

Di pintu masuk depan terdapat kuanter informasi ruang legar. Aras 2 ialah ruangan rehat dan bilik wudhu lelaki. Aras 3 Ruangan solat utama untuk lelaki. Aras 4 ruangan solat wanita. Aras 5 ialah canteen dan ruangan makan manakala aras 6 dan ke atas adalah ruangan pejabat.

Untuk kemudahan Lift Juga disediakan. Bolehlah menaiki lif terus ke aras 5 untuk ke canteen. Pelayan canteen berbahasa Cantonese namun boleh berbahasa english. Rata-Rata pengunjung semasa ketibaan RT di sini berasal dari Indonesia yang terdiri daripada pelajar dan juga pekerja kawasan sekitar.



Senarai menu terdapat di Islamic Canteen

Sekali duduk makan HKD123.00

Selain Dim Sum, terdapat pelbagai jenis makanan tempatan lain juga disediakan untuk pilihan pengunjung. Walaupun harga sepinggan makanan dikategorikan lebih dari harga biasa namun sepinggan boleh dikongsikan berdua untuk makan.

Di depan Pintu Masuk Utama

Tonnochy Road Tram Station

Perjalanan diteruskan menuju ke Central Plaza Tower untuk menikmati panorama 360 darjah HK di ketinggian tingkat 46 Central Plaza secara percuma. RT kembali melalui celah-celah bangunan pencakar langit sehingga ke Tonnochy Road station untuk menaiki Ding-Ding dengan tambang HKD 2.6 (dibayar dengan octopus card) dan berhenti turun di O'Brien Station (rujuk HK Map-2 red arrow) dan berjalan kaki lebih kurang 450m arah utara ke Central Plaza Tower melalui laluan pejalan kaki berbumbung.

O'Brien Tram Station & Wan Chai MTR Station exit E3
(yellow arrow menuju ke Central Plaza Tower)

Central Plaza Tower HK

Tingkat 46 Central Plaza merupakan Sky lift lobby, aras pertukaran lift untuk ke aras-aras tertentu yang lebih tinggi dari tingkat 46.

Di ruang lobby utama aras G Central Plaza Tower, naik escalator ke aras Lift lobby dan gunakan lift ke tingkat 46 sahaja. Ikut tanda arah untuk ke lift tingkat 46. Lift ke tingkat 46 memang laju. Perjalanan dari aras bawah ke tingkat 46 hanya mengambil masa 7-8 saat saja untuk sampai. 

Directory yang tak berapa nak direct

Lift Lobby tingkat 46

Central Plaza Floor 46 (00.15)

Keadaan yang tenang dan damai

Keadaan di tingkat 46 Central Plaza Tower sangat selesa kerana tidak terdapat ramai pengunjung yang mengetahui keberadaan tempat seperti ini. Maka amat mudahlah untuk mengambil gambar tanpa bersesak-sesak merebut view yang diinginkan sambil menikmati permandangan Bandaraya Hong Kong.

Permandangan dari tingkat 46 Central Plaza Tower

HK Concrete Forest

Dikejauhan- Bank of China Tower, The Center Tower dan Two IFC HK

VM menikmati permandangan

Victoria Habour & International Commerce Centre di Kowloon

Two IFC Tower

Kowloon Bay

Two IFC HK

Runsing memikirkan HKD

Seronok naik bangunan tinggi

Selesai menikmati permandangan Bandaraya Hong Kong di ketinggian 46 tingkat, perjalanan diteruskan ke Central Hong Kong untuk ke Kawasan Two IFC mercu tanda HK.

Malaysia Building, Hong Kong

Malaysia Building, Hong Kong

Consulate General Malaysia office

Arsenal Tram Station

Selepas berjalan kaki melalui liku-liku bangunan pencakar langit RT menukar rancangan untuk berjalan kaki terus ke HK Central dengan sekali lagi menaiki Ding-Ding di Arsenal Tram Station.(rujuk HK Map-2 blue arrow). Bagi peminat Pasukan Arsenal bolehlah berkampung di sini untuk meraikan atau bersedih atas kemenangan atau kekalahan pasukan anda...jangan marah peminat Arsenal..

HK Map 3: Central HK

Des Voeux Road Central




Rancangan asal seterusnya untuk ke Victoria Peak. Namun kerana bimbang dengan demonstrasi yang diwar-warkan disekitar kawasan Central HK ini RT tidak membeli tiket untuk ke Victoria Peak melalui Aplikasi Klook, Maka terbatalah rancangan.

 Victoria Peak (google.com)

Victoria Peak (google.com)

Tram untuk ke Victoria Peak (google.com)

Untuk ke Victoria Peak pelbagai altenatif pengangkutan awam boleh digunakan. Tarikkan utama ialah Funicular Tram. Selain itu bas awam juga boleh digunakan namun mengambil masa kerana jalan menaiki bukit yang berliku-liku namun disajikan dengan permandangan indah ke Victoria Peak.

Lower Station Victoria Peak Tram

Disebabkan plan ke Victoria Peak dibatalkan maka RT bersiar-siar disekitar Central HK menikmati pemandangan hutan concrete bangunan pencakar langit.

2 International Financial Center Tower


IFC Tower & Mall HK (00.13)

HK Observation Wheel

Star Ferry Central Pier

Di Central Pier RT berancangan untuk menaiki bas tanpa bumbung seperti yang terdapat di dalam gambar Star Ferry Central Pier. Terdapat dua jenis sight seeing bus untuk bersiar-siar di kawasan HK Island dan Kowloon, iaitu Big Bus Hong Kong dan Rickshaw Sighseeing Bus Hong Kong.

 Big Bus Hong Kong (HKD 180 per way-adult)

Rickshaw Sightseeing Bus (HKD 35.20 per way-adult)

Jika dilihat perbandingan harga sememangnya Rickshaw Sightseeing bus menjadi pilihan berbanding Big Bus HK. Namun bagi yang berbajet besar bolehlah memilih untuk menaiki Big Bus yang nampak lebih grand namun laluan perjalanan untuk kedua-dua bas adalah sama. Ticket untuk kedua-dua bas ini boleh dibeli di kuanter pembelian ataupun boleh dibeli melalui application Klook.

Waktu senja adalah masa terbaik untuk menaiki Sightseeing bus kerana keadaan yang tidak terlalu panas dan menghampiri malam dan dihidangkan dengan permandangan lampu-lampu neon kotaraya HK.

Memandangkan sekali lagi plan perjalanan untuk menaiki Bus tanpa bumbung untuk melihat permandangan malam kota Hong Kong RT maka plan perjalanan RT lencongkan untuk menaiki HK Observation Wheel by AIA.

HK Observation Wheel by AIA

Kuanter pembelian tiket HK Observation Wheel

HK Observation Wheel (00.29)

Menikmati permandangan melalui lensa kamera

Bayaran untuk menaiki HK Observation Wheel ialah HKD 20 per pax (Adult) dan HKD10 per pax (child) dan kanak-kanak bawah 3 tahun percuma. Sebuah gondola boleh dinaiki seramai 8 orang. Jika rombongan kurang dari 8 orang maka bersedialah untuk berkong si gondola dengan orang lain. Gondola VIP juga tersedia bagi yang menginginkan privasi namun harga yang perlu dibayar bukanlah harga privasi.

HK Observation Wheel

Selesai meronda di kawasan sekitar HK Island Central RT kembali ke Kowloon dengan menaiki Star Ferry untuk menyaksikan HK Symphony of Light di Avenue of Stars HK yng dijadualkan berlansung pada jam 8pm setiap malam.

Star Ferry to Kowloon

HK Island Central night view

HK Island Central Panorama night view

Selesai Symphony Of Light

Causeway Bay HK Island View

Keadaan sebelum Symphony of Light (00.31)

Sebahagian dari Persembahan Symphony of Light (02.39)

Selesai menyaksikan persembahan Symphony of Light RT sekali lagi ke New Istanbul Kebab untuk makan malam. Oleh kerana kaki sudah merasa getarnya maka malas RT untuk mencari kedai Halal yang lain.

Mixed Kebab with rice HKD 98

22 Ogos 2019 (Day 3) 

Perjalan bermula untuk ke Hong Kong Disney Land dengan menaiki MTR. Bermula di Station MTR Tsim Sha Tsui menuju ke Station Lai King dan bertukar MTR ke Tung Chung Line (Orange Line) menuju ke Station Sunny Bay. 

Di Station Sunny Bay terdapat laluan LRT Pink hanya ke Station Disney Land Resort. Tren Sunny Bay Line sangat unik kerana rekabentuk dalaman tren yang ala-ala cartoon Disney, tidak sama seperti tren-tren MRT yang biasa.

Transit Station Lai King

Tren ke/dari Sunny Bay station ke/dari Disney Land

Disney Land MTR Station

To Disney Land Resort

Welcome to Hong Kong Disney Land

1..2..3..jump


Mickey Fountain

Disney Land Entrance

Harga tiket masuk ke Disney Land ialah HKD 639 (adult) dan HKD 475 (child). Atas pertimbangan tiada keperluan untuk masuk ke dalam maka RT memilih untuk tidak masuk ke dalam. Sudah menjadi kebiasaan untuk RT tidak masuk ke dalam taman tema jika RT pergi ke destinasi tertentu seperti perjalanan RT ke Singapore awal tahun ini dan beberapa tahun lepas yang tidak masuk ke Universal Studio Singapore.

Salah satu faktornya ialah masa. Lebih baik gunakan masa seharian di dalam taman tema dengan pergi ke tempat-tempat yang lebih menarik yang lain.

Posing yer Puan

Ketibaan Tren Disney

Yeah...tren kosong!

Selesai bergambar di kawasan sekitar HK Disney Land Resort RT kembali ke Pusat Bandaraya HK untuk meneruskan perjalanan meronda-ronda. Disebabkan waktu RT menaiki tren kembali ke Station Sunny Bay bukan waktu puncak maka keadaan dalam tren agak lengang, maka bersukarialah duduk dan berdiri di mana-mana.

Memandangkan perut sudah berbunyi untuk diisi maka RT berencana untuk makan makanan local di Ma's Restaurant yang terletak di Cheung Sha Wan Road. Tidak jauh dari kawasan shopping Mongkok.

Dari Sunny Bay MTR Station naik MRT Tan Chung Line (orange) menuju ke Lai King Station dan bertukar ke Tsuen Wan Line (red) dan berhenti di Prince Edward Station.

Map HK 4- Cheung Sha Wan Road
(Yellow arrow from MTR Exit & Red arrow to Bus Stop)

Ma's Restaurant

Nasi Goreng Ayam Kari

Harga makanan yang dijual di Ma's Restaurant boleh dikatakan berpatutan kerana portion sesebuah makanan sangat besar dan boleh dikongsi dua orang. Seperti Nasi goreng ayam kari yang RT makan berharga HKD29.

Selesai menikmati hidangan, RT kemudiannya meronda-ronda di sekitar kawasan Nathan Road dan Tsim Sha Tsui dengan menaiki bas untuk ke kawasan TSS (rujuk red arrow).

Di dalam Bas

Masjid Kowloon

 Disekitar Masjid Kowloon di TSS

 Sogo

VM & Chibi Muruko Chan

Memandangkan VM sudah sangat letih kerana bermain dan keadaan cuaca yang sangat panas di Disney Land maka RT menamatkan awal perjalanan di siang hari untuk berehat sebelum menyambung kembali di sebelah malam.

(Plan cancelled)
Sepatutnya perjalanan yang RT rancang untuk ke kai Tak area. Tempat dimana terletaknya Choi Hung Estate dan Nan Lian Garden.

Choi Hung Estate

Nan Lian Garden

Map HK 5- Kai Tak Area

Selain Kai Tak area rancangan RT untuk ke Quarry Bay area juga dibatalkan disebabkan kekangan masa. Almaklumlah membawa anak kecil.

Yik Fat Building

HK Map 6- Quarry Bay area

Selain itu, RT juga berencana untuk ke Mongkok area, kawasan Shopping district pada sebelah malamnya namun dibatalkan jua atas faktor keselamatan dan mengambil kira nasihat dari Consulate General Malaysia untuk menjauhi kawasan "PANAS" para demonstrasi. Beberapa hari sebelum ketibaan RT di HK di kawasan Mongkok inilah tercetusnya tragedi pertempuran pendemonstrasi dan pihak polis.

Di sebelah malam sekali lagi RT meronda-ronda di kawasan TSS dan Salisbury Road untuk menikmati permandangan malam terakhir RT di bumi Hong Kong sebelum berangkat ke Mainland China pada keesokkan harinya.


The Peninsular Hotel

Peminat filem James Bond pasti mengenali The Peninsular Hotel. Di sinilah filem James Bond The Man with the Golden Gun dirakam.

The 1881 Heritage (00.19)


The 1881 Heritage

1881 Podium (00.10)

 Bell Tower 1881

Bell Tower The 1881 Heritage (00.29)

 1881 old Marine Police HQ

 1881 old Marine Police HQ

1881

Dari The 1881 Heritage RT sekali lagi menuju ke Avenue of Stars melalui terowong pejalan kaki bawah tanah. Di situ mereka pamer dan tampalkan poster-poster kejadian demonstrasi yang berlaku semenjak beberapa minggu lalu.

 
Poster Demonstrasi HK 2019 (00.15)

The Final Night in HK

Sebelum kembali ke tempat penginapan untuk packing sekali lagi New Istanbul Kebab restaurant menjadi pilihan. Kali ini menu pilihan ialah Chicken Supreme Pizza.

Chicken Supreme Pizza HKD 148

23 Ogos 2019 (Day 4)

Perjalanan Hari ketiga menuju ke Mainland China iaitu Guangzhou menaiki High Speed Rail. Perjalanan dari East Tsim Sha Tsui station (Purple line) menuju ke Austin Station dan  bertukar ke West Kowloon Train Station.

Sebelum ke West Kowloon Train Station Rt singgah sebentar di Austin MTR Station ticket counter untuk refund Octopus Card. HKD50 deposit serta baki tersimpan dikembalikan.

Perlu diingatkan bahawa pemegang passport Malaysia wajib mendapatkan visa masuk untuk ke Mainland China. RT telah memohon visa China di Visa Centre Kuching dan cara permohonan visa boleh klik -> VISA CHINA

Visa China

Tiket HSR telah RT tempah melalui aplikasi trip.com dengan harga CNY215 seorang tempat duduk 2nd class coach.

HSR untuk train berkod "G" ialah Tren berkelajuan tinggi mencapai kelajuan maximum 320km/h. Laluan tren di China mempunyai kod-kod tertentu untuk menentukan jenis tren yang dinaiki dan kelajuan maximum pergerakkan tren berkenaan. kod "G" merupakan tren berkelajuan paling laju. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis train di China klik-> CHINA TRAIN

Tempahan trip.com

Walaupun telah membuan pembelian melalui trip.com, boarding pass hendaklah dituntut di kuanter tuntutan tiket dengan menunjukkan bukti tempahan dan passport. Kuanter tiket terletak di tingkat B1.

Boarding pass yang dicetak di kuanter tiket

West Kowloon Station

Di West Kowloon segala urusan boleh dikatan mudah. Walaupun RT tiba agak lewat untuk stand-by namun berjaya diharungi kerana rekabentuk station yang mesra pengguna dan mudah untuk difahami. 

Di WKS juga semua urusan Immigration dan Kastam Hong Kong dan China dilakukan disini. Ini bermaksud selepas melakukan urusan perlepasan Immigration & Kastam Hong Kong kita boleh terus melakukan urusan kemasukan Immigration & Kastam China di dalam bangunan yang sama dan tidak perlu lagi melakukannya apabila tiba di Guangzhou ataupun di sempadan HK-Shenzhen kelak.

China Arrival Card

Sempadan "negara" ditandakan didalam bangunan ini dengan garisan kuning yang menunjukkan Mainland Port Area(China) dan HK port area. Ini bermaksud walaupun bangunan WKS terletak di Hong Kong namun jika melangkah ke kawasan Mainland port Area kita berada di kawasan bidang kuasa Negara China.

Sempadan Mainland & Hong Kong

Waiting Area WKS

Selesai Urusan immigration dan kastam RT dibenarkan untuk masuk ke kawasan menunggu sebelum dipanggil untuk menaiki HSR pada masa yang telah ditetapkan. Waiting area terletak di tingkat B3.

Pintu masuk untuk ke platform

Final Ticket Checking

Selesai pemeriksaan tiket maka bolehlah turun ke tingkat B4 untuk menaiki HSR di platform 4 menuju ke Guangzhou South Train Station yang mengambil masa hanya 55 minit (bagi non-stop station) untuk sampai. Tren yang RT naiki mengambil masa 1 jam 10 minit untuk sampai kerana singgah di beberapa station. Selain menaiki HSR boleh juga menaiki local train yang boleh dinaiki di Shenzhen Station namun mengambil masa yang agak lama untuk sampai.
Melalui pembacaan RT daripada travel blog yang lain kebanyakan menyatakan masa yang diambil jika melalui local train di Shenzhen lenih kurang 3-4 jam termasuk tempoh perjalanan dari pusat Bandar Hong Kong ke sempadan Mainland China dan bertukar-tukar pengangkutan awam.

 Platform 4

 Sebelum HSR bergerak

Train G6530

HSR "G" type HK West Kowloon St. to Guangzhou South St. (00.35)

Seperti yang telah nyatakan tadi HSR bergerak dari West Kowloon Station terus ke Guangzhou South Train Station dan berhenti di beberapa station seperti di Futian St., Shenzhen North train St. dan Humen St. sebelum tiba di Guangzhou South train St.

Berhenti seketika di Futian Station, Shenzhen (00.28)

Kelajuan semasa tren

Tren bergerak pada kelajuan 302km/h (00.25)

Setibanya di Guangzhou South Train Station keadaan sangat sesak dengan penumpang-penumpang tren yang menaiki tren untuk ke destinasi yang dijujui. Guangzhou South merupakan Rail Station terbesar di bahagian selatan negara Tembok besar itu. Selain Guangzhou South station, Guangzhou juga mempunyai North, East & West train station namun tidak sebesar dan paling utama seperti Guangzhou South Train Station.

Guangzhou South Railway Station

Waiting Area Guangzhou South Railway Station

 Arrival Area

Arah tuju ke tmepat pembelian/cetakan tiket

Pemeriksaan Keselamatan sebelum masuk ke Station Guangzhou Metro (MRT)

Bersedialah untuk sesat. Buat perancangan rapi dan detail untuk mengelak kejadian sesat berlaku. Sepanjang perjalanan RT menjelajah bumi Allah ini RT pernah bertemu dengan lautan manusia yang mungkin beribu ataupun pulahan ribu di satu-satu kawasan iaitu di Jakarta, Indonesia. Namun apa yang RT boleh katakan di Guangzhou South ini berkali ganda lagi lautan manusia di satu-satu kawasan. 

Sebelum menaiki Guangzhou Metro (GM) untuk ke kawasan penginapan yang RT telah tempah melalui Agoda, RT pergi ke kuanter ticket untuk mencetak tiket untuk ke Zhuhai 2 hari yang akan datang pada 25hb. Kuanter tuntutan tiket berada di 3rd floor dan Ground floor level. Pintu ke kuanter terletak di luar ruang lobi utama. Ikut papan tanda untuk ke kuanter tiket.

Nasihat RT(based on experience) sebaiknya tempah, cetak dan tuntut tiket untuk hari perlepasan seawal yang mungkin bagi mengelak kesesakan lautan manusia. Kebiasaan rakyat R.P China suka memotong barisan namun tak semua bersikap sedemikian.

Tiket Train Guangzhou South ke Zhuhai

Guangzhou Metro(GM) map

Untuk ke kawasan penginapan RT di Beijing Lu RT menaiki GM line 2 (Dark Blue) dari Guangzhou South St. menuju ke Haizu Square St dan bertukar ke Line 6 (Purple) menuju ke Beijing Road St.

Di Station GM keadaan juga amat sesak dengan lautan manusia berpusu-pusu menaiki MRT untuk ke destinasi tujuan. Kali ini RT terkejut dan berasa jakun dengan keadaan station yang membuat pemeriksaan keselamatan seperti di Airport. Trip yang sebelum ini RT terkejut dengan pemeriksaan keselamatan yang dilakukan untuk masuk ke "Grand" shopping mall di Jakarta Indonesia. klik -> TRIP JAKARTA

Beijing Lu GM Station

CAN Map 7- Beijing Road

RT telah menempah sebuah bilik di Nomo Grand Continental Apartment melalui Agoda untuk 3H2M dengan harga MYR 244.26. Bilik yang RT tempah terletak di tingkat 19. Bilik yang sangat luas dilengkapi dengan sebuah microwave. Walaupun keadaan Apartment & bilik yang "berusia" namun berasa selesa untuk berehat dan melelapkan mata.

Nomo Grand Continental Apartment (NGC)

Dari Beijing Lu Station Exit B (ikut red arrow)

Dari Beijing Lu Station (red arrow) untuk ke main lobby
Ke Beijing Lu Shopping Street (yellow arrow)

Beijing Lu (00.10)

Superior Twin Bed

Bathroom

Room Card

Sim Card China Unicorm

Diingatkan sebelum memasuki kawasan wilayah Mainland China, install dan aktifkan VPN dalam smart phone untuk mengelakkan terputus dengan hubungan dunia maya Whatsapps/facebook/instagram/twitter/google dsb kerana semua applikasi Made in USA disekat di P.R China. Namun pengguna wecat tidak perlu risau kerana itu adalah applikasi utama di China. Bukan setakat untuk bermedia sosial boleh juga dijadikan method pembayaran penduduk China.

Walaupun VPN sudah diaktifkan kelajuan internet untuk penggunaan applikasi media sosial yag seperti RT nyatakan sedikit perlahan walaupun kelajuan internet Local agak memuaskan. Harap bersabar yer akak..

Di sebelah malam RT meronda-ronda di kawasan sekitar Beijing Lu. Jarak hanya lebih kurang 100m dari tempat penginapan.

Beijing Lu shopping street

 Buddha Temple, Beijing Lu

 Design yang menarik perhatian

Gambar diambil dengan Panorama view secara menegak

Beijing Lu Street

Masuk hari ke-4 RT sudah memulakan perjalanan RT baru teringat skills untuk mengambil gambar bangunan tinggi dengan menggunakan panorama view secara menegak. Frust sangat kerana terlupa untuk digunakkan skill berkenaan di HK.

Peminat VM..2 orang amoi China yang suka melihat telatah VM bermain mengajak untuk bergambar bersama

Sebelum melabuhkan tirai di hari ke-4 pererjalanan RT dan Day-1 di Guanzhou, RT singgah makan di sebuah restaurant Masakan Indonesia iaitu Lombok Indonesia restaurant. Makanan agak sedap dan harga yang boleh diterima akal untuk kos makanan halal, namun terpulang kepada individu menilai mahal atau pun murah. Lokasi restaurant terletak di Pedestrian Street tidak jauh dari Tiger Prawn Vietnam Restaurant. 

RT memesan untuk makan 3 nasi putih, 2 telur dada (1 pedas, 1 kosong), 1 sayur sawi, 1 ekor ayam goreng dan 2 minuman dengan harga CNY 143.00.

Lombok Indonesia Restaurant (cdhaseinphoto.blogspot.com)

Jumlah makan di LIR, Guangzhou

Lombok Indonesia Restaurant, Guangzhou

24 Ogos 2019 (Day 5)

Perjalanan bermula dan menuju ke kawasan Liwan District untuk ke Shamian Island dimana tarikan di kawasan berkenaan ialah rekabentuk dan susun atur bangunan menyerupai bangunan-bangunan di Eropah.

Kitab Panduan

Menunggu LRT untuk ke Huangsha St.

Permandangan yang agak menyayat hati di atas pedestrian crossing bridge ke Shamian Island

Untuk ke Shamian Island dari tempat RT menginap naik GM Line 6 di Beijing Rd St. menuju ke arah Xunfenggang dan berhenti di Huangsha St. dan keluar melalui exit F. Selepas keluar melalui Exit F di depan ruang terbuka Metropolitan Plaza akan ternampak banyak fly-over bridge dan ikut arah ke pedestrian bridge ke Shamian ISland.

CAN Map 8- Huangsha

To Shamian Island dari Metropolitan Plaza

Namun malangnya apabila tiba di kawasan Shamian Island kerja-kerja renovation & construction banyak dilakukan maka tiadalah view-view untuk sajian mata dapat dilihat. Maka rancangan untuk berjalan dari hujung ke hujung Shamian Island dibatalkan dan RT kembali ke Metropolitan Plaza untuk mengambil angin kerana cuaca sangat panas.

Berehat sebanter dibawah pokok

Di Shamian Island terdapat banyak basikal disediakan untuk disewa orang awam. Namun untuk menyewa basikal tersebut mestilah mempunyai apps AliPay atau WeChatpay. Berguna sungguh wechat di China kak. Namun hanya bahasa mandrin sahaja disediakan. Maka hasrat untuk menyewa basikal terbatal.

Beberapa gambar RT sediakan bagi menunjukkan apa yang ada di Shamian Island. Gambar dari cedokan google image dan bukannya dari mata lensa RT sendiri.




Shamian Island

Metropolitan Plaza Guangzhou

Metropolitan Plaza

Metropolitan Plaza merupakan sebuah typical Shopping mall. Namun ianya bukan tempat untuk memborong walaupun Guangzhou terkenal dengan tempat-tempat borong. Harga barangan yang dijual disini standard seperti kebiasaan harga shopping mall.

Watermelon Juice CNY 18

Watermelon juice yang RT beli ini terletak di dalam Metropolitan Plaza. Jangan ditanya ianya halal ataupun tidak. Kerana RT beli berdasarkan pemerhatian, pengendalian dan cara pembuatan dan ditambah dengan keyakinan penuh ianya tidak salah untuk diminum. What can i say don't think too much.

Seterusnya RT pergi ke kawasan Yide Lu. Dengan menaiki GM dr station Huangsha terus ke Yide Lu st. dan keluar melalui exit A.

CAN Map 9- Haizhu

Yide International Exquisite toy & stationary

YIETS menjual pelbagai jenis mainan kanak-kanak dan alat tulis secara borong. Namun boleh juga membeli secara sedikit namun harga lebih tinggi berbanding harga borong.

Pintu Masuk ke YIETS

Jualan keychain secara borong

Hasil tangkapan CNY220 selepas ditawar. Harga Asal CNY300

RT juga membeli beberapa kotak permainan untuk VM dengan harga yang sangat murh berbanding harga pasaran. Namun tidak dpt memborong sekehendak hatinya kerana RT selepas ini akan ke Macau sebelum pulang ke tanah air.

Sacred of Jesus Cathedral

Selesai urusan di YIETS RT menuju ke Onelink International Plaza untuk memburu barangan lain pula. Dalam perjalanan kaki ke OIP RT melalui Sacred of Jesus Cathedral, salah satu bangunan gereja yang iconic bagi Kota Guangzhou. Berada di SJC seperti berada di dalam filem Cantonese zaman British kerana keadaan sekeliling yang rekabentuk bangunannya seperti di era colonial British. Boleh rujuk CAN Map 9 (red line) untuk ke SJC.

 Onelink International Plaza

Onelink International Plaza merupakan gedung shopping secara borong untuk barangan seperti souvenir, permainan kanak-kanak, keychain, barang perhiasan rumah topi dan sebagainya. Ianya juga boleh dibeli secara sedikit namun kita tidak akan mendapat harga borong jika membeli kurang dari 6 unit.

Selesai urusan jual beli RT terpaksa kembali ke tempat penginapan untuk menyimpan barangan yang dibeli sebelum meneruskan perjalanan. 

Seterusnya RT ke kawasan Huacheng Square. Kawasan identiti bagi Guangzhou yang terdapat menara-menara pencakar langit yang tersenarai sebagai List of World Tallest Building.

 CAN Map 10- Huacheng

Dari Beijing Lu station naik GM line 6 (purple) ke Dongshankou Station dan bertukar LRT ke Line 1 (gold) dan pergi ke Yangji Station. Di Yangji station tukar LRT ke Line 5 (red) menuju ke Zhujiang New Town Station (Pearl River New Town) dan keluar melalui exit C.

Selepas keluar ikut arah Guangzhou CTF Financial Centre, tiada papan tanda arah disediakan namun dengan berpandukan CTF tower yang nampak dari jauh maka ikutlah gerak hati melalui celah-celah bangunan pencakar-pencakar langit.

 Depan Ascortt IFC Guangzhou

Ascortt IFC Guangzhou

Guangzhou International Finance Center (439m)

Guangzhou CTF Finance Centre (530m)

Guangzhou CTF Finance Centre setinggi 530m lebih tinggi 78m dari KLCC yang berada di ibu kota negara kita iaitu setinggi 454m. Namun KLCC ada 2 tower..


Canton Tower

Canton tower setinggi 604m merupakan MENARA/TOWER kedua tertinggi di dunia selepas Tokyo Skytree Tower setinggi 634m. Canton tower juga merupakan yang kedua tertinggi di China selepas Shanghai.

Huacheng Park Skyscrapers (00.34)

Dicadangkan untuk melepak di kawasan Huacheng park pada sebelah petang ataupun senja kerana cuaca kurang panas dan dapat melihat Canton Tower dan bangunan sekitarnya memulakan pertunjukan lampu neon yang berwarna-warni.

Keadaan semasa RT berada di Huacheng park agak ramai pengunjung yang datang bersantai bersama keluarga. Pihak keselamatan juga ramai yang meronda-ronda. Membuatkan rasa lebih selesa dan selamat untuk bersantai di tengah-tengah kota metropolitan Guangzhou. Polis yer akak abg..bukan security guard. Namun sentiasalah berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Bagi yang datang bersama anak kecil bersedialah untuk mengeluar lebih wang Yuan anda untuk membeli permainan yang dijual oleh jurujual yang akan datang mendekati anak anda dan terus memberi bermain mainan tersebut. Jika tidak mahu tolaklah dengan berhemah mereka tidak akan mencarut kepada anda.

Selain dari kawasan Huacheng Park RT merancang untuk ke Citic Tower dan kawasan sekitar Guangzhou Tianhe Stadium untuk melihat Stadium yang pernah menjadi saksi perlawanan Liga Juara AFC pada tahun 2013 & 2015. Namun rancangan berkenaan dibatalkan kerana kekangan masa.

Citic Plaza Office Tower

Di Citic Plaza Office Tower juga merupakan letaknya Consulate General Malaysia di Guangzhou. Untuk ke Citic Plaza office Tower dengan menaiki GM Line 1 (yellow) atau Line 3 (orrange) berhenti di Linhe Station keluar melalui exit D.

Entrance Citic Plaza Tower

Guangzhou Tianhe Sport Centre & Citic Plaza Tower

Seterusnya tempat yang sudah direncanakan namun dibatalkan kerana kekangan masa ialah merasa sendiri ketinggian Canton Tower.

Di Canton Tower terdapat gondola Bubble tram merupakan The Highest Observation Ride in The World dengan bayaran CNY 180 seorang. Untuk mengetahui lebih lanjut perkara menarik di Canton Tower klik-> CANTON TOWER

Bubble Tram terletak di puncak Canton Tower

Five Rams Statue Yuexiu Park

Chicken Briyani 

Lanpu Road Muslim Street Food

Laluan Masuk Ke Masjid Abu Waqas

CAN Map 11- Yuexiu Park

Untuk ke kawasan Yuexiu Park dan Masjid Abu Waqas melalui GM line 2 (Dark Blue) dan berhenti di Yuexiu Park Station guna exit B1 untuk ke Yuexiu Park dan exit B2 untuk ke Lanpu Road dan Masjid Abu Waqas. Rujuk CAN Map 11.

Masjid Huaisheng Guangzhou

Pintu Masuk dari arah Guangta Road

Di sekitar kawasan Masjid Huaisheng juga terdapat banyak restaurannt makanan halal. Namun kerana kekangan masa rancangan pun dibatalkan.

CAN Map 12- Huaisheng

Di sebelah malam RT sekali lagi ke Beijing Lu Shopping street untuk aktiviti shopping dan menghabiskan sisa-sisa malam terakhir di mainland China. Di Beijing Lu Shopping street kebiasaan pengunjung dari Asia Tenggara lebih-lebih lagi Malaysia akan dihampiri beberapa orang yang akan berbisik untuk membeli barangan "copy ori" dan akan meyakinkan anda untuk mengikut mereka ke "lubok" membeli barangan "copy ori". Ini kerana barangan tersebut tidak boleh dijual secara terbuka kerana penguatkuasaan undang-undang negara China mengenai barangan tiruan.

Hasil dari bacaan dan nasihat dari travel blog yang RT pernah baca ini adalah satu scam untuk memerangkap bakal pembeli. Namun untuk mengetahui sendiri adakah ini benar-benar scam RT memberanikan diri untuk mengikut mereka ke tempat jualan yang tertutup seperti yang mereka nyatakan.

Grand Buy Commercial Building

Jangkaan terhadap mereka bahawa mereka adalah scam adalah KURANG benar kerana mereka sebenarnya hanya ejen-ejen menarik bakal pembeli untuk ke tempat jualan tertutup. Ianya terletak di Grand Buy Building di sekitar kawasan Beijing Lu dan hanya boleh dimasuki dengan iringan ejen-ejen terbabit. Tanpa ejen pengunjung tidak dibenarkan masuk. Ejen akan mendapat komisyen dari hasil jualan barangan dari tuan kedai.

Harga yang ditawarkan memang agak mahal namun jika pandai tawar menawar boleh mendapat pengurangan sehingga 80% dari harga yang ditawarkan. Jika tidak mahu sekalipun mereka tidak memaksa untuk membeli. Tidak seperti kejadian di Pasar Ben Thanh di Ho Chi Minh Vietnam yang memaksa pembeli dengan kata-kata makian untuk membeli setelah berlaku rundingan harga. Klik-> VIETNAM TRIP untuk mengikuti perjalanan RT di bumi Vietnam.

Guangzhou Street Food

Mom's Touch Puding

Pilihan yang ada (00.37)

Hasil Tangkapan

Beijing Lu Shopping street (00.13)

Beijing Lu Shopping street ini mengingatkan RT kepada kawasan Myeongdong Shopping street di Seoul dan mengamit nostalgia RT ke Seoul, South Korea 3 tahun lepas. Cerita perjalanan boleh klik-> TRIP SEOUL

Selesai shopping dan makan malam di restaurant yang sama seperti malam sebelumnya iaitu di Lombok Indonesia Restaurant RT kembali ke tempat menginap untuk berehat dan membuat persediaan untuk berangkat ke Zhuhai pada keesokkan harinya.

25 Ogos 2019 (Day-6)

Hari keberangkatan meninggalkan Kota Guangzhou untuk menuju ke Zhuhai sebelum masuk ke Las Vegas Asia iaitu Macau. RT memilih untuk menaiki taxi kerana bimbang dengan kesesakkan manusia di station GM kerana hari Ahad dan nasihat reception Nomo Apartment supaya mengguna kan taxi lebih cepat sampai daripada menggunakan GM.

Di dalam Taxi China

Dengan menggunakan taxi bermeter yang ditahan di depan tempat penginapan kos untuk ke Guangzhou South Railway Station ialah CNY 105. Agak mahal berbanding menggunakan metro namun atas pertimbangan membawa luggage besar dan mengejar masa untuk menaiki train maka lebih sesuai menggunakan taxi.

Ke Guangzhou South Railway St. melalui Liede & Panyu Bridge

RT menaiki HSR menuju ke Zhuhai dengan tempoh perjalanan 1 jam 4 minit melalui beberapa station sebelum sampai ke Station Zhuhai.

Guangzhou South Railway Station- Departure Level

Pemeriksaan sebelum masuk ke tempat menunggu

VM dapat kawan baru

Sementara menunggu untuk dibenarkan masuk ke platform

Pintu masuk ke Platform

Semasa berada di pintu masuk utama RT disapa oleh seorang yang membawa troli menawarkan untuk membawa luggage sehingga ke platform. Pada mulannya RT menolak, namun setelah dipertimbangkan RT bersetuju untuk membenarkan individu tersebut. Lebih menyenangkan lagi individu tersebut menyuruh mengikutnya untuk melalu pintu khas dan tidak perlu beratur panjang untuk masuk dan menghantar RT serta luggage sehingga ke dalam tren. Kos upah yang perlu dibayar ialah CNY 25 untuk sebuah luggage.

Tiket HSR Guangzhou ke Zhuhai

Memandangkan RT sudah menuntut dan mencetak tiket pada hari ketibaan RT di GSRS maka tidak perlulah RT beratur dan bersesak-sesak di kuanter tiket lagi. HSR yang RT naiki merupakan speed train yang berkelajuan maximum 250km/h namun perjalanan ke Zhuhai hanya selaju 200km/h sahaja.

Guangzhou-Zhuhai

Zhuhai C.I.Q Checkpoint

Snap..sementara tiada officer

Bandar Zhuhai, China

Sempadan Zhuhai-Macau

Selepas melakukan perlepasan immigration China di Pintu Keluar Zhuhai sekali lagi perlu melakukan pemeriksaan Immigration Macau.

Matawang yang digunakan di macau ialah Macau Pataca atau MOP. Namun matawang China Renmimbi atau CNY dan HKD boleh digunakan di Macau.

 Portas do Cerco

Tiba di Macau

Memandangkan VM sedang tidur dan keadaan yang hujan, rancangan asalnya hendak menaiki bas awam ditukar kepada menaiki taxi bermeter untuk ke kawasan Cathedral Parish tempat RT menginap iaitu ti Towns Well Hotel, dengan tambang taxi sebanyak MOP75. Kalau diikutkan menggunakan bas awam hanya dikenakan MOP6 seorang. Namun nasib menyebelahi RT kerana bas awam tidak membenarkan penumpang menaiki bas dengan membawa luggage besar.

Bas No 2 boleh dinaiki dari CIQ Macau ke kawasan Towns Well Hotel

Tempahan Hotel melalui Traveloka & Agoda

Pada asalnya RT hanya merancang untuk 2 hari 1 malam di Macau memandangkan kadar hotel semalam agak mahal. Namun kerisauan untuk berada lebih lama di Hong Kong maka RT menukar plan kepada mengurangkan bilangan hari di HK dan berada di Macau selama 3 hari 2 malam. Deposit HKD300 diperlukan untuk check-in dan akan dipulangkan pada hari check-out nanti.

 Towns Well Hotel dari jalan Utama

Pintu Masuk Utama Towns Well Hotel

Double Room

MFM Map 13- Cathedral Parish

1. Towns Well hotel
2. Senado Square
3. Ruin's of St. Paul Cathedral
4. To Grand Lisboa Hotel (Praca de Amaral)
5. Warung Barokah (Indonesia Halal)

Setelah berehat sebentar RT kemudiannya pergi ke kawasan sekitar Senado Square dan pergi ke Loulan Islam Restaurant yang terletak kira-kira 300m berjalan kaki dari Senado Square.

Senado Square

Dengan keadaan hujan yang renyai-renyai menyukarkan untuk berjalan kaki melalui lorong-lorong kaki lima kedai disepanjang laluan ke Loulan Islam Restaurant. Kedudukan restaurant yang agak tersembunyi menyukarkan untuk menjumpainya.

Beef Noodle

Makanan yang dijual agak terhad dan dikategorikan mahal. Secara jujurnya beef Noodle yang RT order nampak menyelerakan namun rasanya agak hambar dan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Mungkin kerana lidah RT yang tidak dapat menerima hidangan tersebut.

Selesai menjamu selera yang rasa agak hambar RT kembali ke hotel penginapan kerana hasrat untuk meronda-ronda terbantut kerana hujan dan RT juga membawa anak kecil tidak sesuai untuk berhujan pada malam hari.

Walaupun keadaan hujan renyai-renyai ianya tidak membatalkan hasrat RT untuk keluar meronda secara solo selepas menghantar wife & anak RT ke hotel. Rancangan utama ialan untuk masuk ke Grand Lisboa Casino untuk melihat secara langsung aktiviti legal gambling. Dengan berjalan kaki melalui denai-denai concrete dan selok-belok yang telah dihafal di dalam kepala dan berpandukan menara Grand Lisboa Hotel RT dilindingi sekaki payung meredah hujan yang renyai-renyai membasahi bumi Macau.

Berpandukan Grand Lisboa Hotel (belakang)

Cathedral of The Nativity of Our Lady Macau

Keadaan di Siang Hari

Entrance Grand Lisboa Hotel

Penerangan tentang Grand Lisboa

Vertical Panoramic Photo of Grand Lisboa

Colorful light Casino Entrance

Casino Lisboa

 
Avenue de Lisboa

Grand Lisboa

Wynn Casino & Hotel

26 Ogos 2019 (Day 7)

Rancangan perjalaan untuk ke kawasan Cathedral Parish, Cotai dan kawasan berdekatan. Destinasi pertama ialah ke Macau Fisherman's Wharf. Dengan menaiki bas nombor 8 di Hentian Bas Rua de Campo ke Hentian Jai Alai (Last stop). Bermula dari Hotel penginapan dan berjalan kaki lebih kurang 170m untuk ke hentian bas Rua de Campo melalui lorong-lorong sempit Kota Macau.

Tambang bas awam di Macau adalah fixed kepada MOP6 seorang satu perjalanan.

MFM Map 14- Rua de Campo

Hentian Bas asal telah dianjakkan 50m

Hentian Bas Rua de Campo

Bas No.8 ke Jai Alai

Dalam bas ke Jai Alai

MFM Map 15- Cathedral Parish 2

1.  Hentian bas Rua de Campo (Bus route yellow arrow)
2.  Grand Lisboa Hotel
3.  Lisboa Casino
4.  Wynn Casono & Hotel
5.  Hentian Bas Jai Alai
6.  Legend Palace Hotel & Casino
7.  Macau Fisherman's Wharf Convention Centre
8.  Roman Amphitheater
9.  Casino Babylon Macau
10. Macau Science Centre
11. Sands Casino & Hotel macau
12. Indian Garden Macau

Hentian Bas Jai Alai

Legend palace Casino Entrance

Legend Palace Hotel Entrance

Legend Palace Hotel indoor walkway

Roman Amphitheater & Sands Casino Macau

Statue of Ancient Rome Ruler


Roman Amphitheater Macau

1..2..3..lompat

Macau Fisherman's Wharf Entrance


Macau Fisherman's Wharf

Mummy masok kasino kah?

Babylon Casino Macau

Big Love for both of them

Rocks Hotel

Macau Science Centre

Bagi peminat movie Now You See Me 2 pasti mengenali Macau Science Center ini dimana scene Four Horseman pergi mencuri dan menyeludup keluar chip computer.

Sands Hotel & Casino (kiri) dan Babylon Casino Macau (Kanan)

Sands Hotel & Casino

Perkarangan Handover Gift Museum Macau

Indian Garden Restaurant (Main entrance)

Indian Garden Restaurant (Side entrance)

Menu di Indian Garden Restaurant

Beef Briyani, Sirlion Steak, Roti, ice latte & Coke

Jumlah yang perlu dibayar..menangis

Makanan yang disajikan agak mahal namun berbaloi dengan harga yang di bayar. Sangat sedap. Keadaan restaurant yang exclusive juga mungkin penyumbang kepada harga yang berapi seperti pedasnya kari.

Pelayan restaurant bernama Mahmejdi

Di Indian Garden restaurant RT berkenalan dengan seorang pelayan restaurant yang jauh merantau datang dari Andhra Pradesh, India. Kerana budi pekerti yang ramah mesra dan meminati pelakon Tamil Joseph Vijay sama seperti RT maka terjalin ukwah sesama Islam walaupun berlainan bangsa. Sudah berada di Macau hampir 2 tahun.

Selesai menikmati hidangan rancangan seterusnya meronda ke Cotai district. Renca asal menggunakan bas awam yang diambil di hentian Praca Ferreira Amaral di depan Liboa Hotel namun ditukar menggunakan taxi kerana keadaan yang hujan dan basah.

The Venetian Macau merupakan sebuah bangunan gabungan hotel bertaraf 5 bintang, casino dan shopping mall. The Venetian merupakan bangunan kembar kepada The Venetian Las Vegas namun The Venetian Macau jauh lebih besar dari yang berada di Las Vegas, USA.

Venetian Tower

Venetian Side Entrance

Venetian Main Lobby

Nice architrave & cornice

Walkway to Venetian Casino

Venetian Grand Canal (Level 3)

Architecture copy from Venice

The Grand Canal Venetian

Venetian Canal Gondola

Bayaran untuk menaiki Canal Gondola ialah MOP 100 seorang dewasa dan MOP 80 seorang kanak-kanak. Oleh kerana terlalu panjang barisan untuk menaiki Gondola maka hasrat menaikinya dibatalkan.

 Sands Cotai

Cotai Avenue

Venetian Hotel

Venetian-Parisian Walkway Arch

Yeah..sampai Paris!

Bersebelahan dengan The Venetian terletak sebuah lagi Banguna Hotel dan Casino yang mewah dan besar iaitu The Parisian Macau dan memiliki sebuah replika bangunan yang sangat terkenal di dunia iaitu Eiffel Tower.

The Parisian Macau

The Parisian Macau & The Venetian (kanan belakang)

Replika Eiffel Tower yang terletak di The Parisian Macau hanya setengah daripada ketinggian sebenar Eiffel Tower Paris. Ketinggian Eiffel Tower Parisian ialah 160m namun rekabentuk yang sememangnya copy ori daripada Eiffel Tower sebenar sangat mengamit mata yang memandang.


Eiffel Tower The Parisian Macau

Feeling-feeling Paris


Vertical Panoramic View of Eiffel Tower




Studio City Background

The Parisian outdoor & indoor (00.31)

Eiffel Tower

Parisian Hotel Services Counter

Central Court

 Inner Gallery

Mall Court

Keadaan didalam The Parisian sangat mewah dan exclusive. Banyak butik-butik berjenama antarabangsa terdapat di dalamnya. Harga jualan jangan ditanya berapa.


Light Show Eiffel Tower

Keadaan waktu malam Eiffel Tower sangat menakjubkan dengan pertunjukkan lampu yang bewarna warni menghiasi Eiffel Tower. Di Eiffel Tower Parisian Macau tiada halangan untuk bergambar pada waktu malam dikala Eiffel Tower dihiasi sinaran lampu kerana tidak seperti Eiffel Tower di Paris mengenakan larangan bergambar dengan Eiffel Tower pada waktu malam kerana "COPYRIGHT". Rujuk -> IILEGAL EIFFEL TOWER PHOTO untuk mengetahui lebih lanjut.

Maka bergambarlah dan uploadlah gambar ke internet dan media sosial tanpa kerisauan BANNED atau REPORTED oleh sesebuah entiti yang mempunyai hak.

Studio City

Disebelah The Parisian terdapat sebuah lagi mercu tanda Cotai Strip dengan design bangunan yang sangan unik dan artistic iaitu Studio City Macau. Berada berdekatan dengan Studio City berasa seperti berada di Gotham City di dalam cerita Batman kerana design bangunan yang futuristic disulam dengan element-element seperti yang terdapat game dan movie.



Golden Reel Studio City MOP100 per pax (adult)

Studio City

Setelah puas meronda-ronda di The Venetian, The Parisian dan Studio City RT kembali ke kawasan Cathedral Parish dengan menaiki bas awam yang boleh dinaiki di hentian bas di depan Studio City dan turun di Praca de Ferreira berdepan dengan Grand Lisboa.

No Bas yang dinaiki dari Cotai ke Cathedral Parish



Wynn & Grand Lisboa

Grand Lisboa

Lisboa Casino

Selesai bergambar dan melihat permandangan kawasan sekitar dan menghabiskan sisa-sisa malam terakhir di Macau dan Tanah China amnya RT kemudiannya berjalan kaki kembali ke Hotel penginapan. Setelah berehat dan bersenang-senang di hotel penginapan perut pula menghasilkan bunyi minta diisi. Maka RT keluar sekali lagi untuk membeli makanan di Warong Barokha masakan Indonesia yang terletak tidak jauh dari Hotel Penginapan.

 MFM Map 16- Barokha

1. Towns Well Hotel
2. Senado Square
3. UNO Garment Outlet
4. Warung Barokha

Arah ke Warung Barokha

Kedudukan Warung Barokha agak tersembunyi di celah-celah lorong sempit. Agak sukar untuk menemui Warong Barokha. Ianya menjual pelbagai jenis masakan Jawa Indonesia dan barangan keperluan yang dibawa khas dari Indonesia. Makanan yang dijual juga berpatutan harganya dan rasa masakan yang sangat lazat seperti asli di Indonesia.

Depan Warung Barokha 


 Makanan dan barang keperluan dari Indonesia

27 Ogos 2019 (Day 8)

Hari terakhir RT berada di Macau. Penerbangan pulang RT ke tanah air melalui penerbangan Airasia AK 189 jam 2:30pm dan penerbangan itu dibatalkan pihak Airasia dan ditukar kepada AK 183 jam 10:45am. Namun RT menukar penerbangan kepada AK 187 jam 8:35pm.

Seterusnya pada 26 Ogos 2016 RT menerima email dari Airasia menyatakan flight AK 187 ditunda keberangkatan kepada 9:50pm. Dan pada 27 Ogos 2019 jam 3:59pm sekali lagi RT menerima email dari Airasia menyatakan AK 187 ditunda sekali lagi keberangkatannya kepada 11:20pm. Nasib RT ada membeli Travel Insurance dan disebabkan delayed melebihi 2 jam maka RT entitled untuk claim kelewatan penerbangan.

Disebabkan penundaan flight oleh pihak AirAsia maka RT mempunyai lebihan masa untuk bersantai-santai di Macau. 

Macau Taxi

Macau from Amizade Bridge (00.28)

Kerana beg yang berat dan bas awam tidak membenarkan penumpang membawa beg besar maka tiada pilihan lain selain meminta reception hotel menghubungi taxi. Dengan bayaran MOP 105 taxi menjemput di hadapan pintu hotel terus menghantar ke Macau Int. Airport. Walaupun jam masih menunjukkan banyaka masa untuk keberangkatan RT ke airport untuk menyimpan beg di luggage storage di airport dengan bayaran MOP 10 untuk satu beg satu jam.

Macau Int. Airport drop-off

Tempat penyimpanan luggage (aras perlepasan)

Selesai menyimpan beg di tempat penyimpanan Sekali Lagi RT ke The Venetian untuk menghabiskan sisa-sisa hari terakhir di macau untuk makan dan mencuba menaiki Canal Gondola. Memandangkan The Venetian ada menyediakan free shuttle bus dari airport ke The Venetian maka gunakanlah perkhidmatan percuma terbabit dan bas boleh dinaiki di aras lantai ketibaan dan ikut tanda arah ke kawasan "Shuttle Bus".

Ke kawasan free Shuttle Bus

The Venetian Shuttle Bus

Snap..dari dalam bas

The Golden Peacock Restaurant.

Menu for Hi-Tea Time

The Golden Peacock ialah satu-satunya restaurant makanan halal yang berada di The Venetian mahupun di kawasan Cotai. Harga makanan dikategorikan mahal namun apakan daya itu saja pilihan yang ada kerana rata-rata food court di sekitar ada menghidangkan pork dan tidak dapat bertawakal kerananya.

Walaupun mencuba buat kali kedua untuk menaiki Canal Gondola tiada rezeki juga kerana perlu beratur panjang untuk manaikinya.

The City of Dream

Selesai bermain di sekitar The Venetian RT berpindah lokasi ke Wynn Palace pula. Merancang untuk menaiki cable-car yang disediakan secara PERCUMA untuk pengunjung. Dengan berjalan kaki melalui City Of Dream sambil mencuci mata melihat pembangunan pesat Macau.

Golden Lion Statue of MGM Cotai

Wynn Palace

Beratur menaiki Wynn Palace Cable Car (00.49)

Cable Car Gondola (01.11)

Butik-Butik



Gallery Jualan

Interior design Wynn Palace amat menakjub sekali. Susun atur dan design seperti di alam fantasi.

Iced Latte di Wynn Palace

Sememangnya tiada makanan Halal di Wynn Palace, namun apa yang RT jumpa sebuah cafeteria yang menjual pelbagai jenis coffee dan ice-cream dan waffle. Setelah diamati dan diperhati tiada keraguan yang munasabah untuk membeli Iced Latte untuk membasahi tekak yang semakin mengering.

Selesai meronda-ronda di sekitar kawasan Wynn Palace RT kembali ke Airport dengan menaiki shuttle free yang disediakan. Hanya perlu tunggu di tempat yang disediakan.

Wynn free shuttle bus to airport

Fajar menyingsing melabuhkan tirainya

Yeah..last day & boleh balik..!

Di kedai 7 Eleven yang terdapat di aras perlepasan MFM Airport ada menjual Mee di dalam cum Indomie yang dihasilkan di Indonesia. Maka bolehlah dijadikan untuk mengisi perut kosong.

Walaupun Macau International Airport agak kecil namun keberadaan di airport agak selesa dan kurang sesak. Kerana kelewatan pihak AirAsia telah menyediakan kupon untuk mendapatkana makanan dan minuman. Namun hanya minuman yang dapat dituntut RT kerana makanan yang disediakan tidak halal. Maka tiada masalah untuk menunggu penerbangan yang telah dilewatkan beberapa kali dan akhirnya berlepas pada 1120pm.

Finally boarding & back home!


Selamat Tinggal Macau


Dengan menaiki penerbangan AK187 dari Macau Int. Airport ke Kuala Lumpur maka berakhirlah perjalanan RT di tanah China iaitu Hong Kong, Guangzhou dan Macau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...