Ski Resort
Hari ke-4 RT di Seoul, Korea Selatan. Catatan pengembaraan RT ke Seoul boleh diikuti di Seoul Part 1 , Seoul Part 2 & Seoul Part 3.
RT sekali lagi pergi keluar dari Kota Seoul menuju ke wilayah Gangwon-do untuk ke Elysian Gangchon Ski Resort. Kalau diikutkan itinerary yang RT rancang, RT pergi ke sini selepas pergi ke Nami Island, kerana ianya terletak hanya 2 station metro daripada Gapyeong Station, hentian untuk ke Nami Island. Namun akibat terlalu excited dan leka meronda-ronda Nami Island tanpa menyedari jam sudah menunjukkan 3pm. Maka RT terpaksa menunda perjalanan pada hari yang lain. Hentian untuk ke Elysian Ski Resort ialah Baegyang-ri Station. Untuk ke sini hanya dapat di akses dengan Seoul Metro Line Gyeongchun yang hanya boleh dinaiki di Sangbong Station.
Perjalanan untuk ke Elysian Gangchon Skii resort mengambil masa lebih kurang 45-60 minit kerana tren yang dinaiki merupakan tren yang berhenti di setiap station yang dilaluinya. Untuk ke Nami Island juga boleh menggunakan cara ini cuma ianya memakan masa yang lebih dari menggunakan Korail yang berhenti di dtation yang tertentu sahaja. Namun untuk ke sini tidak dapat menggunakan Korail kerana ia tidak berhenti di station ini. Untuk mengetahui perbezaan Seoul Metro & Korail boleh baca -> disini.
Bagaimana ke Elysian Ski Resort dengan menaiki MRT?
Ini berdasarkan pengalaman RT sendiri. Bermula di tempat RT menginap di Rainbow Hostel Myeongdong. Kalau ada altenatif lain dialu-alukan untuk mengemukakan pandangan. Naik MRT Line 3 from Chungmuro Station to Oksu Station & change Line Gyeongul-Jungang to Sangbong Station & change Line Gyeongchun to Baegyang-Ri Station.
Sampai di Baegyang-ri station, sudah boleh nampak cerun gunung untuk bermain ski dipenuhi ais salji yang memutih. Untuk ke pintu masuk di mana tempat untuk membeli tiket mempunyai dua opsyen. Satu dengan berjalan kaki yang mengambil masa lebih kurang 10 minit daripada station atau dengan menunggu free ride shuttle bas di kawasan menunggu khas di depan station, dan perjalanan hanya mengambil masa 2 minit untuk sampai.
Untuk Rujukan
Baegyang-ri Station
Elysian Gangchon Ski Resort Entrance
Cahaya Matahari yang memancar namun suhu sangat sejuk
Jika hendak bermain ski bayaran KRW 24000 untuk menyewa peralatan bermain ski. Sewaan lift pengangkut pula KRW 38000 untuk 3 jam. Jadi jumlah keseluruhan untuk bermain Ski ialah KRW 62000. Memandangkan RT datang ke sini bukan untuk bermain ski dan kos yang perlu dibayar untuk bermain ski sangat tidak berbaloi maka RT hanya meronda-ronda kawasan sekitar dan hanya bermain ais salji, dan tiada cas yang RT bayar untuk bermain salji dan bergambar sahaja.
Tempat menyewa peralatan Ski
Kuanter membeli tag untuk bermain ski & lift rental
Di sini juga menyediakan food court yang terletak di bahagian atas pintu masuk untuk ke tempat sewaan ski, namun kerana keraguan yang tinggi RT tidak menjamu selera disana. Namun ada satu restaurant makanan segera iaitu Lotteria restaurant yang terletak di aras bawah bersebelahan pagar masuk untuk bermain ski. Namun bukan semua menu yang disediakan boleh dimakan. Hanya Lotteria Shirmp Burger boleh dimakan tanpa ragu kerana ianya merupakan burger udang makanan seafood. Ini kerana Lotteria Fast food tidak menyediakan makanan berunsurkan dwaeji-gogi (pork). Selain shirmp burger ada juga menu lain seperti beef burger, chicken burger, buffalo burger ada disediakan. Dek kerana keraguan RT hanya memilih Shirmp burger untuk dimakan. Di sini tiada pekerja yang akan membersihkan meja selepas kita makan. Semuanya self-service termasuk selepas makan kita dikehendaki mengasingkan sisa makanan daripada bahan yang boleh dikiter semula dan menyimpan tray di tempat yang disediakan. Tidak seperti di tanah air kita hanya meninggalkan meja berselerak dan membiarkan pekerja restaurant membersihkannya. Bertapa berdisiplinnya masyarakat Korea. Sehinggakan kanak-kanak mampu mengetahui untuk mengasingkan bahan yang boleh dikitar semula daripada sisa makanan.
Lotteria Shirmp Burger
Sementara Menunggu shuttle Bus untuk ke Station
RT pulang ke Seoul dengan cara yang sama RT pergi ke sini, dan menuju ke Dongdaemun sekali lagi untuk ke kedai Arirang yang terletak di tingkat 5 Doota complex untuk membeli ole-ole. Dari Baegyang-ri RT menaiki tren dan berhenti di Sanbong station untuk bertukar laluan tren ke Line Gyeongni-Jungang menuju ke Hoegi Station dan bertukar laluan lagi ke Line 1 untuk ke Dongdaemun Station. Perjalanan keluar dari Dongdaemun agak jauh lebih kurang 700 meter untuk ke exit 7 atau 8. Daripada exit 7 atau 8 boleh jalan terus menuju ke Doosan tower melalui jambatan menlintasi Cheonggyecheon stream.
Untuk rujukan
Arirang souvenir shop terletak di tingkat 5 Doota complex. Ole-ole korea boleh didapati disini dengan harga borong. Pekerja-pekerjanya juga fasih berbahasa melayu. Seorang daripada pekerja Arirang berasal daripada Indonesia dah sudah lama bekerja di Arirang souvenir shop ini. T-shirt I LOVE KOREA boleh dibeli disini dengan KRW 10000 untuk 3 helai. Rata-rata keychain korea dijual di sini dengan harga KRW 8000 untuk 8 packet.
Arirang Souvenir Shop
Di depan Doota Complex
Selepas puas bermain di sekitar Dongdaemun RT kembali ke kawasah takhlukan RT di sekitar Myeongdong untuk menghabiskan sisa-sisa malam terakhir RT berada di Bumi Korea Selatan. Sememangnya Myeongdong adalah Shopping Paradise di Korea Selatan. Malam terakhir RT di Korea Selatan RT gunakan untuk membeli apa yang sepatutnya dibeli. Ketika seronok meronda-ronda di Myeongdong sekali lagi perut membunyikan paluan rebana ubi meminta untuk diisi kerana dari pagi hanya beralaskan Shrimp Burger yang dibeli di Lotteria Elysian Gangchon Ski Resort.
Akhirnya pada malam terakhir RT di Seoul barulah RT dapat merasa Nasi Goreng Seafood korea yang selalu dicanang di blog-blog pengembaraan di korea. RT makan di salah sebuat restaurant di Myeongdong. Sebelum masuk RT melihat menu-menu yang dipaparkan di pintu masuk restaurant. Memandangkan restaurant ini tidak menyediakan sebarang menu berunsurkan dwaeji-gogi (pork) dgn tanpa ragu-ragu RT masuk dan bertanya dengan pekerja restaurant dan mengesahkan restaurant mereka "serve no pork". Namun begitu hanya nasi goreng seafood yang dapat dipesan dan dimakan memandangkan RT meragui sama ada ayam, daging lembu, daging kerbaunya disembelih mahupun tidak. Untuk selamat dan bebas daripada keraguan nasi goreng seafood menjadi santapan. Mereka akan mengoreng nasi yang dipesan di meja tempat kita duduk dan kita hanya perlu menyatakan beberapa orang dan tengok. Air minuman disediakan secara percuma (air kosong).
sudah beli satu di atas kepala nak beli sebiji lagi
Cap yang dijual di Myeongdong mempunyai pelbagai gred. Terpulang pada anda untuk memilih mana satu yang anda suka. Seperti Butik cap yang RT masuk, semua cap yang dijual berkualiti tinggi dan harganya pun sama tinggi dengan kualitinya. Rata-rata cap yang dijual di butik ini mempunyai persamaan dengan cap-cap yang dipakai artis-artis korea.
Dengan berakhirnya perjalanan RT pada malam terakhir di Myeongdong ini maka berakhirlah pengembaraan RT di Seoul Korea Selatan. Untuk hari ke-5 keesokkan harinya RT hanya menghabiskan masa di Rainbow Hostel Myeongdong untuk packing barangan dan melakukan perjalanan ke Incheon International Airport untuk kembali ke Tanah Air. Memandangkan perjalanan ke Incheon Int. Airport mengambil masa yang lama RT bergerak seawal mungkin malah menetapkan 5 jam jarak masa untuk waktu penerbangan RT pada 1625hrs waktu korea. Kalau dilihat 5 jam adalah lebih daripada cukup untuk stand-by tetapi oleh kerana Incheon International Airport adalah salah satu Busiest Airport in the world 5 jam merupakan masa yang singkat kerana terpaksa melalui pemeriksaan yang panjang akibat terlalu ramai orang. Maka bersedia dan rancanglah perjalanan sebaik mungkin supaya tidak ketinggalan flight. Untuk peringatan Incheon Int. Airport amat ketat pemeriksaan bagasi untuk dibawa ke dalam pesawat.
Ringkasan Itinerary perjalanan RT ke Seoul boleh klik -> Seoul Itinerary. Selamat mengembara ke Seoul, South Korea.
No comments:
Post a Comment