14. Saigon Center Post Office
15. Independence Palace
16. BitexCo Tower
17. Sunwah Tower (Maybank)
18. War Remnants Museum
19. Saigon Center Shopping Mall
20. Hard Rock Cafe Ho Chi Minh
21. Saigon Green House (Halal restaurant)
Jarak perjalanan di kawasan yang RT nyatakan lehih kurang 100 meter hingga 2.5km dari Ben Thanh Market. Bagi yang bertenaga sebaiknya explore dengan berjalan kaki. Berhati-hati semasa berjalan dan peka dengan keadaan sekitar lebih-lebih lagi di kawasan sekitar pembinaan terowong station metro Saigon.
HARI 3
Hari ketiga RT berada di Bumi Vietnam. RT akan keluar dari hiruk-pikuk kota Ho Chi Minh. RT akan ke sebuah kawasan peranginan MUI NE yang terletak di wilayah Binh Thuan kira-kira 215KM daripada Ho Chi Minh City. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit dengan menaiki sleeping bus.
Lokasi Mui Ne dar Ho Chi Minh City (Map 3)
Sebelum itu, untuk ke sini RT memilih untuk menggunakan travel agent kerana RT tidak mahu mengamble nasib untuk "pandai pergi pandai balik" seperti perjalanan RT ke bumi Korea awal tahun 2016 kerana isteri RT sedang mengandung dan cepat penat.
Travel agent yang RT pilih sangat dipercayai & direkomen iaitu VN LOTUS TRAVEL. Ageny yang menguruskan pakej yg RT ambil ialah Mrs. Khanh. Bagi sesiapa yang pernah pergi ke HCMC atau membaca travelog ke HCMC mesti pernah mendengar nama ini. Kos yang RT bayar untuk ke Mui Ne ialah USD 36 seorang merangkumi pengangkutan sleeping bus pergi dan balik, penginapan budget hotel 2 hari 1 malam, jeep tour ke Fairy Stream, Mui Ne fisherman village, White Sand Dunes & Red Sand Dunes. Jadi bagaimana nak mencari VN Lotus Travel? Pejabat operasi VN Lotus Travel terletak di kawasan Backpacker street.
(Map 4)
1. Quy Thanh Hotel
2. Ben Thanh Market
3. VN Lotus Travel Office <-
4. Station Bas Antarabandar
5. Backpackers street Area
6. Trung Nguyen Cafe (Saigon Cafe)
Cedokan dari Google Street View
Sleeping Bus yang RT naik
Walaupun RT menggunakan perkhidmatan VN Lotus Travel namun RT ditumpangkan ke sleeping Bus milik syarikat Tam Hanh Travel. Sleeping bus merupakan bas express biasa tiada bezanya dengan bas express yang lain cuma kelainannya terletak pada kerusi di dalamnya. Penumpang yang menaiki sleeping bus boleh berbaring di dalamnya dengan keadaan selesa namun ruang laluan di dalamnya agak sempit. Tidak sesuai untuk mereka yang bertubuh besar. Semasa didalam bas Hanya RT dan wife sahaja berasal dari Malaysia. Yang lain semuanya warga asing yang datang dari pelbagai negara. Bagaimana RT tahu? Setiap penumpang dikehendaki menulis nama dan warganegara pada sehelai kertas yang diedarkan dari satu penumpang ke penumpang yang lain untuk menyatakan nama hotel di Mui Ne nanti.
Keadaan di dalam sleeping bus
Kemudahan WIFI disediakan di dalam bas namun connection
agah teruk di sesetengah kawasan
snap gambar mat salleh..
Saigon River
kawasan R&R yang entah di mana entah
Sekitar Pekan Phan Thiet
Setelah mengharungi perjalanan yang agak lama akhirnya RT tiba di Mui Ne. Permandangan Laut China Selatan dari pesisir pantai Mui Ne memang awesome. DI Mui Ne RT menginap di Ming Hung Hotel. Budget Hotel yang terletak di dalam satu-satunya kedai cermin mata di Mui Ne. Namun pemandu bas menurunkan RT 300 meter dari perkarangan hotel.
Tips Penting: Sediakan salinan passport kesemua orang yang menginap di dalam bilik yang ditempah untuk mengelakkan passport disimpan oleh pihak hotel. Kebanyakan hotel atau resort di Mui Ne akan menyimpan passport penama orang yang menempah bilik. Ingat passport adalah nyawa jika berada diluar negara. Anda berhak untuk tidak membenarkan pihak hotel menyimpan passport anda namun anda akan dikenakan untuk menyimpan deposit sebanyak VDG 100 000.
Peta perjalanan Mui Ne Tour (Map 5)
1. Pekan Phan Thiet
2. White Sand Dunes
2a. Red Sand Dunes
3. Mui Ne Fisherman Village
4. Fairy Stream
Ming Hung Hotel
Setelah berehat sebentar Jeep tour menjemput di perkarangan hotel pada pada pukul 2pm seperti yang dijanjikan. Perjalanan menaiki jeep 4wd menuju ke destinasi pertama iaitu Fairy Stream.
Jeep yang dinaiki sepanjang Mui Ne Tour
Fairy Stream
Fairy stream merupakan tempat tumpuan pelancong jika ke Mui Ne. Dikatakan tempat ini mempunyai bentuk muka bumi ala-ala Grand Canyon. Untuk ke kawasan yang dikatakan mini Grand Canyon pengunjung dikehendaki berjalan melalui anak sungai sekitar 10 minit dari kawasan masuk.
Selesai melihat keindahan alam semulajadi mini Grand Canyon Fairy stream perjalanan diteruskan ke persisiran Mui Ne fisherman village. Permandangan di Fisherman Village lagi menakjubkan.
Mui Ne Fisherman Village
Perhentian di sini hanya sebentar saja. Selepas beberapa ketika melihat keindahan permandangan di Mui Ne fisherman village, perjalanan diteruskan ke White Sand Dunes yang agak jauh dari Kawasan Mui Ne. Perjalanan mengambil masa 15-20 minit untuk sampai.
Permandangan yang awesome!!
ATV atau Jeep untuk naik ke White Sand Dunes
White Sand Dunes ialah sebuah gumuk pasir atau timbunan pasir semulajadi yang kawasannya agak luas. Berada di sini seperti berada di sebuah gurun. Semasa ketibaan RT di sini keadaan cuaca kurang panas dan agak selesa untuk mengengelilingi kawasan White Sand Dunes.
Untuk ke kawasan Travellers Hot Spot dikehendaki menyewa ATV atau Jeep khas (off-road jeep) dengan bayaran VDG 300 000 seorang naik dan turun. Bayaran ini tidak termasuk dalam pakej yang RT ambil. Selain menaiki ATV atau Jeep bolehlah berjalan kaki dan mengambil masa 15 minit kerana mengharung keadaan yang berpasir dan angin yang agak kuat. Sesampainya di kawasan puncak White Sand Dunes angin bertiup tidak berhenti-henti dan agak kuat. Dinasihatkan untuk menggunakan sunglasses untuk ke sini dan gunakanlah seluar pendek sebaiknya kerana tiupan pasir.
White Sand Dunes dari Jauh
Angin bertiup agak kencang semasa berada di puncak
Pasti ramai yang tidak akan menyangka di Vietnam
terdapat tempat seperti ini
Tasik yang terletak ditengah-tengah "gurun"
Kalau anda mengimpikan yang lebih extreme, anda boleh membonceng atau memandu sendiri ATV menuruni Curaman pasir yang terdapat di sini. RT menaiki puncak White Sand Dunes dengan membonceng ATV dan menuruninya dengan menaiki 4WD jeep. Semasa keberadaan RT di sini tiada Rakyat Malaysia selain RT dan wife kelihatan. Kebanyakannya mat salleh dan pelancong Korea serta China.
Selain Sand Dunes, terdapat sebuah tasik terletak di tengah-tengan "gurun" pasir. Keadaan tasik berlatarbelakangkan "gurun" seperti permandangan sebuah lukisan.
Setelah selesai tour ke White Sand Dunes, Pemandu arah a.k.a pemandu jeep membawa kami ke hentisn seterusnya iaitu Red Sand Dunes untuk melihat Sun Set. Semasa perjalanan ke Red Sand Dunes, perjalanan RT di ganggu dengan beberapa kumpulan pekerja yang sedang pulang dari bekerja. Tanpa mengendahkan bunyi hon mereka tetap berjalan di tengah-tengah jalan raya.
Pekerja yang mengganggu perjalanan RT
Kena hon pun tidak berganjak dari tengah jalan
Perjalanan ke Red Sand Dunes menaiki jeep
Sebenarnay perjalanan ke White Sand Dunes melalui kawasan Red Sand Dunes. Tetapi pemandu arah akan membawa untuk ke White Sand Dunes dahulu kerana lokasi White Sand Dunes agak jauh dari kawasan Mui Ne, dan untuk menepati masa melihat matahari terbenam di Red Sand Dunes.
Berlatarbelakangkan laut China Selatan
Keadaan Matahari hampir Tenggelam
Luncur Pasir
Setelah tiba di kawasan Red Sand Dunes, pemandu arah mengingatkan RT supaya peka dengan dompet, duit, camera & handphone. Di sini banyak penyeluk saku. Pemandu arah juga mengingatkan jangan memberi wang kepada peminta-peminta sedekah terutamanya kanak-kanak.
Turun saja dari jeep, ramai kanak-kanak akan mendekati bertanyakan mahu meluncur pasir dengan menyewakan peluncur mereka dengan banyaran VDG 100 000. Namun RT menolak kerana tujuan RT ke sini bukan untuk meluncur pasir.
Kerana kaki agak penat RT tidak berkesempatan naik ke Puncak Red Sand Dunes untuk melihat keindahan permandangan matahari terbenam.
Selesai perjalanan mengelilingi kawasan tumpuan RT meminta pemandu arah untuk menurunkan RT di satu-satunya restaurant Halal di Mui Ne iaitu Mughal House halal restaurant. Ianya terletak di hadapan Sunny Resort. Terletak 1 km berjalan kaki dari Hotel tempat RT menginap.
Mughal House Indian Restaurant Mui Ne
Walaupun dengan berjalan kaki untuk kembali ke Hotel namun kepenatan tidak terasa kerana sepanjang jalan aktif dengan pelbagai ragam dan aktiviti. Apa yang RT perhatikan di sini majoriti pelancong yang datang dari negara Russia. Papan tanda arah, tanda harga dan sebagainya juga terdapat dalam bahasa Russia.
HARI 4
Sementara menunggu ketibaan bas yang akan menjemput RT di hadapan hotel untuk kembali ke Ho Chi Minh City pada jam 11am RT bersiar-siar di kawasan sekitar hotel. Keadaan di sebelah pagi agak sunyi berbanding keadaan sebelah malam yang riuh dengan aktiviti nightlife. Pakej yang RT ambil tidak termasuk sarapan pagi. Maka dengan rasa survival RT pergi ke kedai runcit berdekatan untuk mencari bahan isian perut dan menemui mee segera Vietnam yang halal.
Bangunan Hilang Sebelah
Keadaan Pantai Mui Ne (Google Image)
Seperti yang dijanjikan bas menjemput RT tepat jam 11 am. Perjalanan diteruskan kembali ke Ho Chi Minh City dengan melalui sekali lagi pekan Mui Ne dan RT selitkan beberapa gambar untuk tatapan.
Sepanjang perjalanan kembali ke HCMC RT melihat beberapa hentian rehat yang unik. Oleh kerana pengangkutan utama rakyat Vietnam ialah motosikal maka hentian rehat yang terdapat di sepanjang jalan ke HCMC amat sesuai untuk penunggang motosikal berehat yang desediakan hammock untuk melelapkan mata.
Hentian Rehat pnunggang motosikal
Plaza Tol
Bangunan pencakar langit Ho Chi Minh City
Gelagat penunggang motosikal
Di sesetengah tempat laluan khas motosikal diasingkan
dari laluan kenderaan berat.
Setibanya di Ho Chi Minh City, Pemandu bas menurunkan kesemua penumpang di station bas antarabandar. Rujuk Map 4. Untuk kembali ke hotel penginapan RT menaiki taxi yang paling dipercayai iaitu Taxi Vanisun. RT berehat sebentar di hotel sementara menunggu hari malam untuk menjalankan aktiviti utama di Ho Chi Minh iaitu Shopping.....
Di sebelah malam RT berlegar disekitar pasar Malam perkarangan Ben Thanh Market dan Malaysian Street. Sebelum menghabiskan duit untuk shopping RT singgah makan di Restaurant Halal Amin yang terdapat di Malaysian Street. Banyak restaurant makanan halal di Malaysian street. Makanan dibayar dengan menggunakan matawang Vietnam Dong.
Di sini duit Ringgit diterima pakai untuk shopping. Malah lebih jimat menggunakan duit Ringgit berbanding Vietnam Dong.
Nasi Goreng Ayam VDG 50 000
Nasi Lemak VDG 45 000
Malaysian Street
Pasar Malam di perkarangan Ben Thanh Market.
Banyak Pilihan Beg jenama Deuter
HARI 5
Hari kelima diteruskan dengan menyambung aktiviti shopping. Pesanan penaja dari Malaysia sudah cukup banyak untuk dipenuhi. Namun poket semakin nipis. Nasib baik RT sudah siap-siap meroaming kad debit Maybank RT. Namun perjalanan untuk ke satu-satunya Maybank ATM sejauh 1km. Ianya terletak di bangunan Sun Wah Tower.
Map 6
Sampai ke Sun Wah Tower
Setelah berpenat lelah berjalan kaki ke Sun Wah Tower untuk mengadap Singa Kuning memohon mengeluarkan duit aktiviti hari kelima diteruskan.
Berehat sebentar di Saigon Centre
Ben Thanh Market
Di dalam Ben Thanh Market
Peniaga-peniaga di dalam Ben Than Market sememangnya agak kurang ajo. Menarik tangan kita sesuka hati untuk menyuruh membeli barangan mereka. Tiada salahnya untuk bertanya harga namun awas jangan menawar harga yang diberikan jika tidak berhasrat untuk membeli kerana akan menggundang kemarahan dan caci maki peniaga disitu.
Namun RT boleh memberi 1 tips untuk mengelakkan dimarahi atau di caci peniaga di Ben Thanh Market. Jika mereka menawarkan sesuatu barang tolak dengan senyuman mesra. Inn-Shaa-Allah mereka akan faham. Jika menawar harga yang diberikan tawarlah dengan gurauan walaupun anda menawar sehingga harga 70% lebih murah dari harga asal barangan. Buatlah senda gurau jika hendak menolak atau tidak jadi membeli setelah menawar harga, dan berlalu dengan pastas.
HARI 6
Seperti biasa hari penerbangan pulang ke tanah air RT banyak menghabiskan masa di Hotel dengan packing barangan. Selesai mengemas barangan RT menggunakan masa yang ada untuk sekali lagi ke Malaysian Street untuk makan. Selepas makan RT meronda-ronda di sekitar Hotel dengan pergi ke Expo Barangan Thailand yang terletak di perkarangan Galaxy Cinema 70 meter dari Hotel tempat RT menginap.
Galaxy Cinema Ho Chi Minh
Expo Barangan Thai
Rumah atau ?
RT berangkat ke Tan Son Nhat International Airport pada jam 330pm untuk menaiki penerbangan AK 525 pulang ke Kuala Lumpur pada 8.15pm.
Tempat menurunkan penumpang TSNA
Domino's Pizza yang hanya mampu tengok
Di Hadapan TSNA
Check In Counter TSNA
Departure & Waiting Hall
Penerbangan RT kembali ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas 8.15pm namun delayed selama 30 minit. Dengan RT menaiki pesawat untuk kembali ke tanah air maka berakhirlah perjalanan RT ke Negara Vietnam di Wilayah Ho Chi Minh dan Wilayah Binh Thuan.
Sebarang persoalan senang-senaglah untuk meninggalkan komen dan Inn-Shaa-Allah RT akan membalas secepat mungkin.