1 Julai 2017, Kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan cukai pelancongan. Ianya mendapat pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai terutamanya kaki travel.
Walaupun cukai pelancongan bukanlah perkara baru, namun cukai pelancongan yang akan dikuatkuasan ini akan memberi impak negatif kepada statistik kedatangan pelancong domestik amnya.
Persidangan Dewan Rakyat yang lalu, Rang Undang-Undang Pelancongan 2017 diluluskan yang antara lain membenarkan perlaksanaan kadar cukai diantara MYR 2.50 hingga MYR 20.00 bagi penginapan semalam di hotel-hotel juga termasuk rumah-rumah penginapan yang berdaftar.