26 January 2024

Rancangan VS Impian

Setiap orang mempunyai impian terutamanya tempat yang ingin dilawati di sekeliling dunia. Mengapa jadikan ia impian bukan rancangan?

Rancangan akan merealisasikan impian

Rancangan dan impian mempunyai pengertian yang berbeza. Pernahkan anda terfikir kenapa sesetengah orang yang berpertualang di muka bumi boleh sampai ke destinasi yang dihajati dan sesetengah orang hanya bercakap dan bercakap mengenai "whishlist" destinasi impiannya. Semuanya terletak pada rancangan.

Guangzhou, China 2019 

Jakarta, Indonesia 2014

Biasa mendengar kata "KITA HANYA MERANCANG, ALLAH PENENTU SEGALANYA"? Ya...dengan merancang kita boleh jadikan setiap impian menjadi kenyataan dengan izinNya. Namun tanpa perancangan impian hanya tinggal mimpi yang bermain di dalam pemikiran kita.

Hatyai, Thailand 2023

Merlion Park, Singapore 2015


RANCANG DAN TETAPKAN TARIKH

Rancang untuk penetapan tarikh secara subjektif. Tetapkan sama ada 6 bulan, 12 bulan atau 3 tahun, 5 tahun akan datang sebagai target untuk ke destinasi impian. Jika tiba pada tarikh yang ditetapkan namun segala belum bersedia maka tundalah perancangan ke tarikh yang baru. Merancang menetapkan tarikh keberangkatan akan memulakan segala-gala dari pembelian tiket, penempahan tempat penginapan, pencarian informasi destinasi ketibaan dan sebagainya. Tanpa merancang tarikh berpetualang maka semuanya tidak akan bermula. Jika tarikh perjalanan sudah tiba namun akibat beberapa kekangan terutamanya perbelanjaan maka tundalah pada satu tarik atau tempoh yang baru dan jangan berputus asa dengan rancangan yang telah di rencanakan.


Seoul, Korea Selatan 2016

Macau Peninsula, SAR Macau 2019
-Cerita Lanjut Klik Di Sini

Batam Riau Indonesia 2019

RANCANGAN PERJALANAN

Setiap perjalanan mesti mempunyai perancangan. Tanpa rancangan maka perjalanan tidak akan menjadi lancar dan akan terganggu dengan pelbagai permasalahan. Cari informasi yang mempunyai kredibiliti yang tinggi seperti pengalaman orang yang pernah sampai ke destinasi pilihan, pembacaan blog-blog atau videolog travel dan sebagainya. Rancangan perjalanan meliputi kaedah transportasi, bayaran tambang, peta perjalanan dan informasi-informasi lain yang difikirkan sesuai dengan rancangan perjalanan.

Phan Thiet, Vietnam 2016

Jakarta, Indonesia 2018

RANCANG PERBELANJAAN 

Setiap perancangan perjalanan ke destinasi impian diiringi dengan perbelanjaan. Tiada perjalanan yang dilakukan di muka bumi dilakukan secara percuma. Bajet merupakan permasalahan terbesar untuk merealisasikan perjalanan ke destinasi impian. Namun jangan jadikan ianya alasan untuk tidak merancang perjalanan. Banyak tips-tips yang diberikan oleh traveller berpengalaman cara merancang atau berjimat untuk ke destinasi impian. Perancangan perbelanjaan juga subjektif terpulang pada tuan badan kaedah dan cara untuk melata di bumi Allah.

Hong Kong Disneyland 2019

Ho Chi Minh (Saigon), Vietnam 2016

Maka, untuk menjadikan impian melihat dan merasai destinasi impian kita hendaklah merancang perjalanan bermula daripada sekelumit rasa impian timbul di benak fikiran. Jangan jadikan ia hanya sekadar impian yang di simpan di dalam checklist atau whishlist yang digembar-gemburkan dan hanya "InnShaAllah satu hari kelak" tanpa membuat sebarang perancangan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...