Balai Ketibaan Terminal Batam Centre
Tiba di terminal Batam Centre, perlepasan imigration perlu dilakukan. Luggage yang telah didaftar masuk td hanya perlu dituntut selepas melakukan perlepasan imigration.
Di sekitar kawasan Batam Centre
Terminal Batam Centre bersambung terus dengan Mega Mall Batam Centre. Namun perlu melintas melalui jejantas pejalan kaki yang tidak mesra stroller bayi. Sepanjang pengamatan RT bertandang ke beberapa tempat di Indonesia kebanyakannya kurang mesra kepada OKU yang berkerusi roda, baby stroller dan sebagainya termasuk Ibu Kota nya iaitu Jakarta. RT pernah melakukan perjalanan ke Kota Jakarta sebanyak 3 kali iaitu kali pertama pada tahun 2014 dan kali ke-2 & ke-3 pada tahun 2018. Entri perjalanan RT ke Jakarta boleh diikuti dengan klik link yang RT sediakan di bawah.
Selesai semua urusan imigratio, tuntutan bagasi RT singgah makan dan berehat sebentar di Mega Mall Batam Centre. Tidak lupa juga untuk membeli Sim Card supaya tidak terputus hubungan dengan Internet. Pelbagai jenis Sim Card yang boleh digunakan. Boleh dikatakan kesemuanya ok lebih-lebih lagi TELEKOMSEL.
PARAGON HOTEL BATAM
Hotel untuk penginapan RT di Batam selama 3 hari 2 malam untuk 2 bilik Superior double ialah RM 296.45, yang terletak lebih kurang 8km dari Terminal Batam Centre. Keadan hotel sangat baik dan berdekatan dengan pusat bandar dan disambut mesra oleh staff yang bekerja di Paragon Hotel Batam. Paragon Hotel Batam juga menyediakan servis urutan spa traditional dan sebagainya.
Pengangkutan yang boleh digunakan di Batam ialah taxi, ojek Grab Car dan sebagainya. Namun jika memilih untuk menggunakan Grab car DIINGATKAN supaya tidak menempah Grab Car di point-point utama seperti di pintu keluar terminal/ shopping mall/ hotel yang mempunyai taxi point.
Shopping Mall yang terdapat di Pusat Bandar Batam
Ini kerana Grab Car & Taxi Batam TIDAK NGAM satu dengan yg lain. Boleh bergaduh dibuatnya. Kebiasaannya pun driver Grab akan meminta penumpang yang menempah grab untuk menjarakkan sedikit point jemputan dari tempat yang RT sebutkan td.
Tidak seperti pengalaman RT berkunjung ke Jakarta, pemandu Taxi dan Grab car lebih bersikap terbuka dan menganggap rezeki telah ditentukan. Namun ianya tidak berlaku di Batam.
Paragon Hotel batam
Superior Double
Bilik Mandi
Cafe
Seperti yg RT katakan tadi Paragon Hotel Batam boleh mendapat pujian atas layanan yang diberikan kepada RT sekeluarga.
Setelah check-in dan berehat sebentar RT meneruskan perjalanan ke Nagoya Hills Shopping Mall. Ianya merupakan Shopping Mall terbesar di Kota Batam. Dengan berjalan kaki kira-kira 800m dari hotel maka sampailah ke Nagoya Hills Shopping Mall Batam. Perkara utama yang RT cari ialah...
A&W Root Beer & Beef Burger
Selesai menyampai hajat maka bolehlah start meronda di kawasan sekitar.
Nagoya Hills Shopping Mall
Di depan Nagoya Hills SM
Banyak juga barangan yang dijual di sini. Namun melihat kepada harga barangan boleh dikategorikan mahal. Mungkin sebab utama ialah Batam adalah kota percutian untuk warga Singapore. Almaklumlah duit Singapore lebih mahal berbanding MYR & IDR.
Selesai menjelajah Nagoya Hills SM, RT kemudiannya berhasrat untuk melepak di Alun-Alun Batam Centre dan bergambar dengan tugu WELCOME TO BATAM yang terletak berdekatan dengan Masjid Agung Batam.
Sekali lagi dengan servis Grab Car RT pergi ke Alun-Alun Batam Centre.
Dataran Engku Putri Alun-Alun Batam
Gambar Siang source google.com
Kantor Datuk Bandar Batam
Masjid Agung Batam
Welcome To Batam
Berlatarbelakangkan monument Welcome To Batam yang terletak di Bukit Clara, di taman Alun-Alun Engku Putri ini juga terdapt pasar malam namun ianya bukan pasar malam yang menjual barangan namun menjual pelbagai jenis makanan local Indonesia. Sangat direkomen untuk singgah makan di sini kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Makan warung tepi jalan ya adik-adik kakak-kakak..
Sebelum memilih untuk makan di warung makanan pilihan rondalah dulu kawasan sekitar dan perhatikanlah cara tukang masak menyediakan makanan. Walaupun kebersihan agak kurang ditekankan di kawasan ini namun masih berbaloi untuk mencuba.
HARI 4
Kawasan sekitar Paragon Hotel Batam
Di Paragon Hotel Batam, hotel tempat RT menginap terdapat beberapa "kawasan" shopping. Boleh rujuk peta yang RT sedia seperti di atas. Sesetengah pengemar shopping yang pernah bertandang ke Batam mengelar Batam sebagai Shopping Heaven. Namun apa yang RT rasai sendiri ialah tidak seperti yang digambarkan oleh kaki shopping.
Lokasi beberapa Shopping Mall yang terdapat di Batam
Memandangkan trip kali ini adanya follower golongan mak-mak maka penjelajahan shopping mall diturutkan juga. Namun tak semua Shopping area seperti yang di dalam peta di atas RT cover.
Sekitar tempat menarik di Batam yang RT Rancang untuk lawat.
Selain shopping, terdapat juga tempat menarik lain yang boleh dilawati seperti yang RT tanda di peta di atas.
Ocarina Batam Theme Park
Ocarina Batam merupakan sebuah taman tema yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Batam Taman tema di tepi laut menyediakan permandangan indah disertakan beberapa permainan taman tema disediakan untuk pengunjung dan sesuai untuk hiburan anak-anak kecil.
Tiket masuk dewasa IDR 10k
Tiket masuk kanak-kanak IDR 5k
Aqua adventure Batam, terletak berdekatan dengan Pantai Nongsa menyediakan permainan air bagi pengemar sukan air. Aktiviti menyelam juga disediakan.
Bayaran dikenakan IDR 60k untuk local & IDR 120k untuk warga asing.
Montigo Resort Nongsa
Bagi pengemar aktiviti pantai bolehlah berkunjung ke Pantai Nongsa yang terletak lebih kurang 27km dari pusat bandar Batam. Keadaan pantai yang tenang dan damai sesuai bagi mereka yang ingin untuk merehatkan minda. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk kawasan pantai.
Pengemar makanan laut boleh bertandang ke Kelong Seafood Nongsa Beach. Menyediakan pelbagai jenis masakan laut segar dari laut membuatkan pengemar makanan laut menjilat jari setelah selesai menjamu selera. Harga dikategorikan mahal sedikit namun keenakkan masakan dan sajian hembusan bayu laut agak berbaloi untuk dicuba.
Jika ditanya dengan Mr Google tentang tempat menarik di Batam, Jambatan Barelang merupakan top 5 recommended place to visit in Batam. Apa yang specialnya dengan Jambatan Barelang ini?
Jambatan Barelang merupakan satu susunan jambatan yang menghubungkan pulau Besar Batam dengan beberapa pulau kecil yang lain. Juga dikenali sebagai Jambatan Habibie keran menhargai jasa mantan President Indonesia B.J Habibie yang mengilhamkan pembinaan jambatan ini. Lokasinya terletak lebih kurang 35 km ke selatan Bandar Batam dan untuk ke sini pengunjung perlu mengupah supir beserta mobilnya dan harga bergantung dengan tawar menawar dengan supirnya. Ianynya hanya sebuah jambatan namun panorama yang indah memukau mata yang memandang.
Ramayana Mall Batam
Memandangkan Ramayana Mall dekat dengan Harbour Bay ferry terminal maka RT pergi ke Harbour Bay ferry terminal untuk menempah tiket ferry ke Stulang Laut Johor Bharu untuk keesokkan harinya.
Harbour Bay Mall
Harbour Bay ferry Terminal bersambung dengan Harbour Bay mall. Tapi malangnya Habour Bay mall sepi dan hanya beberapa buah kedai saja yang buka. Ianya seperti shopping mall berhantu yang besar tapi tidak banyak orang yang datang melawatnya.
Batam City Square
Bumblebee Versi Batam
HARI 5
Selesai urusan Check-out di Paragon Hotel Batam, RT pergi semula ke Harbour Bay Terminal Batam untuk menunggu ferry ke Stulang Laut Johor Bharu. Tiket ferry yang RT tempah pada Jam 1.00 pm WIB.
Sementara menunggu ferry untuk berlepas maka RT jalan-jalan dulu di dalam Harbour Bay Terminal yang ada beberapa cafe, restaurant dan kedai-kedai menjual pelbagai barangan termasuk kek lapis indonesia.
Ruang Menunggu
Inside Harbour Front Terminal
Ada Starbuck
Feri yang RT naiki berlepas tepat jam 1:00pm dan perjalanan menuju terminal Stulang Laut Johor Bharu mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Meninggalkan Kepulauan Batam
Bandaraya Singapore di kejauhan Horizon
Kawasan Industri Pasir Gudang
Plaza Angsana Johor Bharu
RT menginap semalam di Golden leaf Boutique Hotel Danga Bay sebelum mengambil penerbangan kembali ke Kuching pada keeseokkan harinya.
HARI 6
Tada aktiviti jelajah dilakukan hanya berehat di hotel dan packing barang untuk menaiki penerbangan sebelah petang.
Senai Airport Johor Bharu
Menunggu Flight ke Kuching
Flight to Kuching
Dengan menaiki penerbangan Air Asia AK 5420 ke Kuching maka berakhir perjalanan cuti-cuti ke Singapore & Batam kali ini.