13 December 2016

Travelog Ho Chi Minh & Mui Ne

Ho Chi Minh

Semuanya bermula di Kuching International Airport dengan pada 17 November 2016 RT menaiki penerbangan AK 5217 2220 hrs ke Kuala Lumpur. RT transit semalam di ADIFF PALACE HOTEL  yang terletak di Bandar Baru Salak tinggi tidak jauh dari KLIA. Hotel transit yang sangat selesa dan Value For Money, sementara menunggu penerbangan ke Ho Chi Minh keesokan harinya.


HARI 1

18 November 2016 RT berlepas ke Ho Chi Minh dengan menaiki penerbangan AirAsia AK 526 pada 1200 hrs dan ETA 2 jam. Zon waktu untuk Negara Vietnam amnya UTC+7 bermaksud lambat 1 jam dari zon masa kita di Malaysia.

Perjalanan RT ke Ho Chi Minh kali ini dilindungi oleh AXA TRAVEL INSURANCE dengan harga MYR 52 seorang untuk 6 hari. Oleh kerana RT walk-in ke Cawangan AXA Insurance maka mereka memberi diskaun 25%. Semasa PERJALANAN KE SEOUL, KOREA SELATAN awal February lepas RT dilindungi oleh ETIQA TRAVEL INSURANCE. 

AXA Travel Insurance (VIP Plan)

Permandangan Ho Chi Minh City

Setibanya di Tan Son Nhat (SGN) International Airport Airbus 320 yang RT naiki terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit di Taxiway untuk ke Aircraft gate kerana perlu menunggu sebuah penerbangan Air Astana yang masih belum "mengundurkan diri". Ini kebiasaan akan berlaku dari pengalaman travellers yang pernah ke HCM. Kesesakan akan berlaku di Tan Son Nhat kerana kapasiti penumpang yang menggunakan TSNI Airport melebihi kapasiti maksimum yang mampu ditampung oleh TSNI Airport. 

Tan Son Nhat (SGN) International Airport


Tiada borang yang perlu diisi semasa penerbangan untuk dikemukakan semasa ketibaan di negara Vietnam. Hanya perlu mempunyai passport antarabangsa yang sah dan tidak kurang 6 bulan sebelum tamat tempoh passport.

Kuanter Imigration di Tan Son Nhat Internetional Airport.

Hampir semua blog travel yang RT baca mengatakan staff imigration di TSN airport agak sombong dan tidak mahu senyum. Maka RT cuba sendiri untuk senyum dan mengucapkan "CAM ON" bermaksud Terima Kasih dalam bahasa Vietnam kepada staff yang bertugas selepas dapat perlepasan masuk. Namun tiada sebarang respon yang diterima daripada staff yang bertugas. Jangan kata nak memberi respon senyum pun idok...

Setelah urusan semakan imigration RT terus ke booth telco untuk membeli sim-card. Banyak booth-booth penjualan sim-card disediakan di luar balai ketibaan. Maka dengan beberapa bacaan dari beberapa buah blog mencadangkan untuk memilih rangkaian VIETTEL dengan harga VND 220 000 untuk Unlimited Mobile Data dan tempoh aktif selama 30 hari.

Selesai membeli sim-card RT terus ke tempat untuk menaiki bas yang terletak di sebelah kanan semasa keluar dari balai ketibaan. Jalan terus sehingga ke depan Burger King dan toleh sebelah kiri dan sudah boleh nampak bas bewarna hijau bernombor 152 untuk ke hentian bas Pusat Bandar Ho Chi Minh.

Burger King Ground Level TSNAI

Bas No.152 untuk ke terminal bas Pusat bandar HCM
berdekatan Ben Thanh Market (District 1)

Tambang yang dikenakan untuk ke Pusat bandar ialah VND 5000/MYR 1.00 seorang dan jika membawa beg/luggage yang besar juga dikenakan tambang VND 5000. RT dikenakan VND 15 000/ MYR 3.00 untuk 2 orang dan 1 luggage. Kebanyakan blogger yang  pernah ke HCM akan mengatakan jika naik bas ini sediakan wang secukupnya kerana pemandu bas tidak akan mengembalikan wang baki. Namun lain situasi yang dihadapi RT. Pemandu bukan saja mengembalikan baki wang malah bersikap mesra walaupun tidak fasih berbahasa English.

Bagi yang memilih untuk menaiki taxi terus ke depan pintu hotel bolehlah menaiki taxi VANISUN & MAI LINH sahaja! Hanya 2 buah syarikat taxi ini boleh dipercayai. Kebiasaannya tambang dikenakan sekitar VND 150 000 hingga VND 200 000 atau MYR 29.00-MYR 39.00. Kalau lebih dari itu maknanya anda sudah terkena daa..

Taxi Vanisun

Taxi Mai Linh

Tiket Bas

Hampir kesemua pemandu Taxi berpakaian putih dan bertali leher. Pemandu taxi Vanisun menggunakan tali leher bewarna maroon dan pemandu taxi Mai Linh bertali leher bewarna hijau tua. Kedua-dua syarikat taxi ini mempunyai "Jurupanggil" yang boleh dikenali dengan berpakaian seperti pemandu taxi. Namun hanya tempat-tempat tertentu sahaja mempunyai Jurupanggil ini.

Pemandu Taxi(Lelaki) & Jurupanggil (Perempuan) Vanisun

Sepanjang perjalanan daripada TSNA ke Pusat bandar HCM RT sempat snap beberapa gambar untuk tatapan.


Pagar Masuk ke Pejabat Komander Ketenteraan Vietnam

Mini Transfomer

Pagoda

Mat Rempit

Walaupun jarak daripada TSN Airport ke Terminala Bas HCMC hanya 7-8km sahaja namum masa perjalanan diambil dengan menaiki bas hampir 30 minit kerana kesesakkan lalulintas dan bas yang berhenti-henti menurunkan dan mengambil penumpang.

Terminal Bas HCMC

RT telah menempah Quy Thanh Hotel yang terletak di District 1, lebih kurang 450 meter dari Malaysian Street dan Ben Thanh Market melalui Agoda.Com dengan harga USD 71.55 atau MYR 300.27 untuk 6 hari 5 malam.


Peta dari Terminal Bas HCMC ke Quy Thanh Hotel (Map 1)


Berhati-hati semasa melintas jalan. Cara melintas jalan di negara ini ialah "Pejalan kaki adalah keutamaan". Lintaslah jalan dengan sesuka hati dan jangan berpatah balik kerana risiko dilanggar adalah tinggi. Pemandu atau pembonceng akan mengelak orang yang melintas jalan. Kebiasaannya mereka akan melalui belakang orang yang melintas jalan. Gunakanlah kuasa The Power Human untuk melintas jalan.

Lorong Di Hadapan pintu masuk Quy Thanh Hotel

Bilik standard sebuah Queen bed beserta bilik air di dalam bilik yang RT telah tempah di Quy Thanh Hotel terletak di tingkat 1. Pemilik hotel agak kurang untuk berbahasa english namun amat membantu dalam menunjukkan arah dan sebarang pertanyaan mengenai kawasan sekitar. Di dalam bilik hotel juga disediakan sebuah peti sejuk untuk menyimpan makanan dan minuman. Untuk review mengenai Quy Thanh Hotel bolehlah menggoogle mengenainya.


Tips Penting: Sediakan salinan passport kesemua orang yang menginap di dalam bilik yang ditempah untuk mengelakkan passport disimpan oleh pihak hotel. Hampir semua hotel di HCMC akan menyimpan passport penama orang yang menempah bilik. Ingat passport adalah nyawa jika berada diluar negara. Anda berhak untuk tidak membenarkan pihak hotel menyimpan passport anda.


Setelah berehat sebentar di bilik hotel RT dan isteri keluar untuk mencari makan. RT menjamu selera di SAIGON GREEN HOUSE restoran halal yang terletak tidak jauh dari Hotel RT memnginap. Makanan amat menyelerakan sehingga lupa dengan harga yang agak mahal. Di HCMC makanan halal agak mahal berbanding makanan biasa. Namun kehalalan makanan lebih penting daripada harga.


Sotong masak masam manis VND 105 000/MYR 20.00
Nasi Putih VND 15 000/ MYR 2.90 Sepinggan

Selepas mengisi perut RT meronda-ronda kawasan sekitar. Namun kepenatan masih belum pulih dari badan isteri RT yang sedang berbadan dua. Perjalanan RT kali ini lebih cool & stadey berbanding PERJALANAN KE SEOUL Februari lepas yang selagi suhu tidak cecah (negatif) -5 darjah Celsius selagi itu masih meronda-ronda.

Bitexco Tower


RT hanya berlegar-legar di sekitar Ben Thanh Market melihat suasana dan mengamati kedaan sekeliling. Melihat haruk-pikuk kota yang mempunyai lebih daripada 8.2 juta penduduk. Pada sebelah malam RT merayau-rayau bersendirian di Pasar Malam yang dibuka di luar perkarangan Ben Than Market.


Antara kasut yang dijual di pasar malam


HARI 2 

Perjalanan hari kedua diteruskan dengan berjalan kaki di sekitar HCMC. Sebelum memulakan perjalanan RT mengisi perut di Restoran Halal Amin yang terletak di Malaysian Street tidak jauh dari Ben Thanh Market. Selepas mengisi tangki tenaga, perjalanan diteruskan ke Ho Chi Minh City Hall yang terletak lebih kurang 600 meter dengan berjalan kaki.




Ho Chi Minh City Hall & Vincom Center Shopping Mall (Belakang)


Ho Chi Minh Statue & City Hall


Union Square Shopping Mall Street


Semasa berada di kawasan Saigon Opera House dan sekitarnya berhati-hati dengan kawasan pembinaan terowong Train Merto bawah tanah yang sedang giat dijalankan. Underground Metro Ho Chi Minh City sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2019 dan bakal beroperasi pada pada tahun 2020. Untuk info boleh rujuk -> SAIGON METRO  


Saigon Opera House



Hotel Continental Saigon -France Architectural Style-
Tun Mahathir pernah menginap di sini satu
ketika dahulu


Saigon Notre Dame Cathedral






Saigon Central Post Office


Saigon Central Post Office






kawan lama dari Russia?


Nilai Sentimental rekabentuk dalaman



Phone Box






Nquyen Van Binh










Reunification Palace


Pelan Lokasi kawasan yang RT rancang untuk lawat (Map 2)

1.  Quy Thanh Hotel (Tempat RT Menginap)
2.  Malaysian Street (Banyak Restaurant Makanan Halal)
3.  Ben Thanh Market
4.  Ho Chi Minh City Hall
5.  Ho Chi Minh Statue
6.  Saigon Opera House
7.  Ho Chi Minh Central Masjid
8.  Me Linh Point Tower (Malaysian Consulate General in HCM)
9.  Tran Hung Dao Statue
10. Saigon River Tour
11. Hotel Continental Saigon
12. Vincom Center Shopping Mall
13. Saigon Norte Dame
14. Saigon Center Post Office
15. Independence Palace
16. BitexCo Tower
17. Sunwah Tower (Maybank)
18. War Remnants Museum
19. Saigon Center Shopping Mall
20. Hard Rock Cafe Ho Chi Minh
21. Saigon Green House (Halal restaurant)

Jarak perjalanan di kawasan yang RT nyatakan lehih kurang 100 meter hingga 2.5km dari Ben Thanh Market. Bagi yang bertenaga sebaiknya explore dengan berjalan kaki. Berhati-hati semasa berjalan dan peka dengan keadaan sekitar lebih-lebih lagi di kawasan sekitar pembinaan terowong station metro Saigon.

HARI 3 

Hari ketiga RT berada di Bumi Vietnam. RT akan keluar dari hiruk-pikuk kota Ho Chi Minh. RT akan ke sebuah kawasan peranginan MUI NE yang terletak di wilayah Binh Thuan kira-kira 215KM daripada Ho Chi Minh City. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit dengan menaiki sleeping bus.


Lokasi Mui Ne dar Ho Chi Minh City (Map 3)

Sebelum itu, untuk ke sini RT memilih untuk menggunakan travel agent kerana RT tidak mahu mengamble nasib untuk "pandai pergi pandai balik" seperti perjalanan RT ke bumi Korea awal tahun 2016 kerana isteri RT sedang mengandung dan cepat penat.

Travel agent yang RT pilih sangat dipercayai & direkomen iaitu VN LOTUS TRAVEL. Ageny yang menguruskan pakej yg RT ambil ialah Mrs. Khanh. Bagi sesiapa yang pernah pergi ke HCMC atau membaca travelog ke HCMC mesti pernah mendengar nama ini. Kos yang RT bayar untuk ke Mui Ne ialah USD 36 seorang merangkumi pengangkutan sleeping bus pergi dan balik, penginapan budget hotel 2 hari 1 malam, jeep tour ke Fairy Stream, Mui Ne fisherman village, White Sand Dunes & Red Sand Dunes. Jadi bagaimana nak mencari VN Lotus Travel? Pejabat operasi VN Lotus Travel terletak di kawasan Backpacker street.


(Map 4)
1. Quy Thanh Hotel
2. Ben Thanh Market
3. VN Lotus Travel Office <-
4. Station Bas Antarabandar
5. Backpackers street Area
6. Trung Nguyen Cafe (Saigon Cafe)


Cedokan dari Google Street View

Sleeping Bus yang RT naik

Walaupun RT menggunakan perkhidmatan VN Lotus Travel namun RT ditumpangkan ke sleeping Bus milik syarikat Tam Hanh Travel. Sleeping bus merupakan bas express biasa tiada bezanya dengan bas express yang lain cuma kelainannya terletak pada kerusi di dalamnya. Penumpang yang menaiki sleeping bus boleh berbaring di dalamnya dengan keadaan selesa namun ruang laluan di dalamnya agak sempit. Tidak sesuai untuk mereka yang bertubuh besar. Semasa didalam bas Hanya RT dan wife sahaja berasal dari Malaysia. Yang lain semuanya warga asing yang datang dari pelbagai negara. Bagaimana RT tahu? Setiap penumpang dikehendaki menulis nama dan warganegara pada sehelai kertas yang diedarkan dari satu penumpang ke penumpang yang lain untuk menyatakan nama hotel di Mui Ne nanti.

Keadaan di dalam sleeping bus

Kemudahan WIFI disediakan di dalam bas namun connection
agah teruk di sesetengah kawasan

snap gambar mat salleh..

Saigon River

kawasan R&R yang entah di mana entah




Sekitar Pekan Phan Thiet

Setelah mengharungi perjalanan yang agak lama akhirnya RT tiba di Mui Ne. Permandangan Laut China Selatan dari pesisir pantai Mui Ne memang awesome. DI Mui Ne RT menginap di Ming Hung Hotel. Budget Hotel yang terletak di dalam satu-satunya kedai cermin mata di Mui Ne. Namun pemandu bas menurunkan RT 300 meter dari perkarangan hotel.

Tips Penting: Sediakan salinan passport kesemua orang yang menginap di dalam bilik yang ditempah untuk mengelakkan passport disimpan oleh pihak hotel. Kebanyakan hotel atau resort di Mui Ne akan menyimpan passport penama orang yang menempah bilik. Ingat passport adalah nyawa jika berada diluar negara. Anda berhak untuk tidak membenarkan pihak hotel menyimpan passport anda namun anda akan dikenakan untuk menyimpan deposit sebanyak VDG 100 000.

Peta perjalanan Mui Ne Tour (Map 5)
1.  Pekan Phan Thiet
2.  White Sand Dunes
2a. Red Sand Dunes
3.  Mui Ne Fisherman Village
4.  Fairy Stream

 Ming Hung Hotel

Setelah berehat sebentar Jeep tour menjemput di perkarangan hotel pada pada pukul 2pm seperti yang dijanjikan. Perjalanan menaiki jeep 4wd menuju ke destinasi pertama iaitu Fairy Stream.

Jeep yang dinaiki sepanjang Mui Ne Tour

Fairy Stream

Fairy stream merupakan tempat tumpuan pelancong jika ke Mui Ne. Dikatakan tempat ini mempunyai bentuk muka bumi ala-ala Grand Canyon. Untuk ke kawasan yang dikatakan mini Grand Canyon pengunjung dikehendaki berjalan melalui anak sungai sekitar 10 minit dari kawasan masuk.





Selesai melihat keindahan alam semulajadi mini Grand Canyon Fairy stream perjalanan diteruskan ke persisiran Mui Ne fisherman village. Permandangan di Fisherman Village lagi menakjubkan.


Mui Ne Fisherman Village




Perhentian di sini hanya sebentar saja. Selepas beberapa ketika melihat keindahan permandangan di Mui Ne fisherman village, perjalanan diteruskan ke White Sand Dunes yang agak jauh dari Kawasan Mui Ne. Perjalanan mengambil masa 15-20 minit untuk sampai.

Permandangan yang awesome!!










ATV atau Jeep untuk naik ke White Sand Dunes

White Sand Dunes ialah sebuah gumuk pasir atau timbunan pasir semulajadi yang kawasannya agak luas. Berada di sini seperti berada di sebuah gurun. Semasa ketibaan RT di sini keadaan cuaca kurang panas dan agak selesa untuk mengengelilingi kawasan White Sand Dunes.

Untuk ke kawasan Travellers Hot Spot dikehendaki menyewa ATV atau Jeep khas (off-road jeep) dengan bayaran VDG 300 000 seorang naik dan turun. Bayaran ini tidak termasuk dalam pakej yang RT ambil. Selain menaiki ATV atau Jeep bolehlah berjalan kaki dan mengambil masa 15 minit kerana mengharung keadaan yang berpasir dan angin yang agak kuat. Sesampainya di kawasan puncak White Sand Dunes angin bertiup tidak berhenti-henti dan agak kuat. Dinasihatkan untuk menggunakan sunglasses untuk ke sini dan gunakanlah seluar pendek sebaiknya kerana tiupan pasir. 

White Sand Dunes dari Jauh













 Angin bertiup agak kencang semasa berada di puncak


Pasti ramai yang tidak akan menyangka di Vietnam
terdapat tempat seperti ini

Tasik yang terletak ditengah-tengah "gurun"

Kalau anda mengimpikan yang lebih extreme, anda boleh membonceng atau memandu sendiri ATV menuruni Curaman pasir yang terdapat di sini. RT menaiki puncak White Sand Dunes dengan membonceng ATV dan menuruninya dengan menaiki 4WD jeep. Semasa keberadaan RT di sini tiada Rakyat Malaysia selain RT dan wife kelihatan. Kebanyakannya mat salleh dan pelancong Korea serta China.

Selain Sand Dunes, terdapat sebuah tasik terletak di tengah-tengan "gurun" pasir. Keadaan tasik berlatarbelakangkan "gurun" seperti permandangan sebuah lukisan.

Setelah selesai tour ke White Sand Dunes, Pemandu arah a.k.a pemandu jeep membawa kami ke hentisn seterusnya iaitu Red Sand Dunes untuk melihat Sun Set. Semasa perjalanan ke Red Sand Dunes, perjalanan RT di ganggu dengan beberapa kumpulan pekerja yang sedang pulang dari bekerja. Tanpa mengendahkan bunyi hon mereka tetap berjalan di tengah-tengah jalan raya.


 Pekerja yang mengganggu perjalanan RT

Kena hon pun tidak berganjak dari tengah jalan

Perjalanan ke Red Sand Dunes menaiki jeep

Sebenarnay perjalanan ke White Sand Dunes melalui kawasan Red Sand Dunes. Tetapi pemandu arah akan membawa untuk ke White Sand Dunes dahulu kerana lokasi White Sand Dunes agak jauh dari kawasan Mui Ne, dan untuk menepati masa melihat matahari terbenam di Red Sand Dunes.



 Berlatarbelakangkan laut China Selatan




 Keadaan Matahari hampir Tenggelam

Luncur Pasir

Setelah tiba di kawasan Red Sand Dunes, pemandu arah mengingatkan RT supaya peka dengan dompet, duit, camera & handphone. Di sini banyak penyeluk saku. Pemandu arah juga mengingatkan jangan memberi wang kepada peminta-peminta sedekah terutamanya kanak-kanak.

Turun saja dari jeep, ramai kanak-kanak akan mendekati bertanyakan mahu meluncur pasir dengan menyewakan peluncur mereka dengan banyaran VDG 100 000. Namun RT menolak kerana tujuan RT ke sini bukan untuk meluncur pasir.

Kerana kaki agak penat RT tidak berkesempatan naik ke Puncak Red Sand Dunes untuk melihat keindahan permandangan matahari terbenam.

Selesai perjalanan mengelilingi kawasan tumpuan RT meminta pemandu arah untuk menurunkan RT di satu-satunya restaurant Halal di Mui Ne iaitu Mughal House halal restaurant. Ianya terletak di hadapan Sunny Resort. Terletak 1 km berjalan kaki dari Hotel tempat RT menginap.

Mughal House Indian Restaurant Mui Ne

Walaupun dengan berjalan kaki untuk kembali ke Hotel namun kepenatan tidak terasa kerana sepanjang jalan aktif dengan pelbagai ragam dan aktiviti. Apa yang RT perhatikan di sini majoriti pelancong yang datang dari negara Russia. Papan tanda  arah, tanda harga dan sebagainya juga terdapat dalam bahasa Russia.

HARI 4

Sementara menunggu ketibaan bas yang akan menjemput RT di hadapan hotel untuk kembali ke Ho Chi Minh City pada jam 11am RT bersiar-siar di kawasan sekitar hotel. Keadaan di sebelah pagi agak sunyi berbanding keadaan sebelah malam yang riuh dengan aktiviti nightlife. Pakej yang RT ambil tidak termasuk sarapan pagi. Maka dengan rasa survival RT pergi ke kedai runcit berdekatan untuk mencari bahan isian perut dan menemui mee segera Vietnam yang halal.




Bangunan Hilang Sebelah


Keadaan Pantai Mui Ne (Google Image)

Seperti yang dijanjikan bas menjemput RT tepat jam 11 am. Perjalanan diteruskan kembali ke Ho Chi Minh City dengan melalui sekali lagi pekan Mui Ne dan RT selitkan beberapa gambar untuk tatapan.







Sepanjang perjalanan kembali ke HCMC RT melihat beberapa hentian rehat yang unik. Oleh kerana pengangkutan utama rakyat Vietnam ialah motosikal maka hentian rehat yang terdapat di sepanjang jalan ke HCMC amat sesuai untuk penunggang motosikal berehat yang desediakan hammock untuk melelapkan mata. 

Hentian Rehat pnunggang motosikal

Plaza Tol
Bangunan pencakar langit Ho Chi Minh City

Gelagat penunggang motosikal


Di sesetengah tempat laluan khas motosikal diasingkan
dari laluan kenderaan berat.

Setibanya di Ho Chi Minh City, Pemandu bas menurunkan kesemua penumpang di station bas antarabandar. Rujuk Map 4. Untuk kembali ke hotel penginapan RT menaiki taxi yang paling dipercayai iaitu Taxi Vanisun. RT berehat sebentar di hotel sementara menunggu hari malam untuk menjalankan aktiviti utama di Ho Chi Minh iaitu Shopping.....

Di sebelah malam RT berlegar disekitar pasar Malam perkarangan Ben Thanh Market dan Malaysian Street. Sebelum menghabiskan duit untuk shopping RT singgah makan di Restaurant Halal Amin yang terdapat di Malaysian Street. Banyak restaurant makanan halal di Malaysian street. Makanan dibayar dengan menggunakan matawang Vietnam Dong.

Di sini duit Ringgit diterima pakai untuk shopping. Malah lebih jimat menggunakan duit Ringgit berbanding Vietnam Dong.


 Nasi Goreng Ayam VDG 50 000

Nasi Lemak VDG 45 000

Malaysian Street


 Pasar Malam di perkarangan Ben Thanh Market.


Banyak Pilihan Beg jenama Deuter

HARI 5

Hari kelima diteruskan dengan menyambung aktiviti shopping. Pesanan penaja dari Malaysia sudah cukup banyak untuk dipenuhi. Namun poket semakin nipis. Nasib baik RT sudah siap-siap meroaming kad debit Maybank RT. Namun perjalanan untuk ke satu-satunya Maybank ATM sejauh 1km. Ianya terletak di bangunan Sun Wah Tower.

Map 6

 Sampai ke Sun Wah Tower


Setelah berpenat lelah berjalan kaki ke Sun Wah Tower untuk mengadap Singa Kuning memohon mengeluarkan duit aktiviti hari kelima diteruskan.

Berehat sebentar di Saigon Centre

Ben Thanh Market

Di dalam Ben Thanh Market



Peniaga-peniaga di dalam Ben Than Market sememangnya agak kurang ajo. Menarik tangan kita sesuka hati untuk menyuruh membeli barangan mereka. Tiada salahnya untuk bertanya harga namun awas jangan menawar harga yang diberikan jika tidak berhasrat untuk membeli kerana akan menggundang kemarahan dan caci maki peniaga disitu.

Namun RT boleh memberi 1 tips untuk mengelakkan dimarahi atau di caci peniaga di Ben Thanh Market. Jika mereka menawarkan sesuatu barang tolak dengan senyuman mesra. Inn-Shaa-Allah mereka akan faham. Jika menawar harga yang diberikan tawarlah dengan gurauan walaupun anda menawar sehingga harga 70% lebih murah dari harga asal barangan. Buatlah senda gurau jika hendak menolak atau tidak jadi membeli setelah menawar harga, dan berlalu dengan pastas.


HARI 6

Seperti biasa hari penerbangan pulang ke tanah air RT banyak menghabiskan masa di Hotel dengan packing barangan. Selesai mengemas barangan RT menggunakan masa yang ada untuk sekali lagi ke Malaysian Street untuk makan. Selepas makan RT meronda-ronda di sekitar Hotel dengan pergi ke Expo Barangan Thailand yang terletak di perkarangan Galaxy Cinema 70 meter dari Hotel tempat RT menginap.

Galaxy Cinema Ho Chi Minh

Expo Barangan Thai

Rumah atau ?

RT berangkat ke Tan Son Nhat International Airport pada jam 330pm untuk menaiki penerbangan AK 525 pulang ke Kuala Lumpur pada 8.15pm. 

 Tempat menurunkan penumpang TSNA


Domino's Pizza yang hanya mampu tengok


Di Hadapan TSNA

Check In Counter TSNA

Departure & Waiting Hall

Penerbangan RT kembali ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas 8.15pm namun delayed selama 30 minit. Dengan RT menaiki pesawat untuk kembali ke tanah air maka berakhirlah perjalanan RT ke Negara Vietnam di Wilayah Ho Chi Minh dan Wilayah Binh Thuan.

Sebarang persoalan senang-senaglah untuk meninggalkan komen dan Inn-Shaa-Allah RT akan membalas secepat mungkin.








   








6 comments:

  1. Belian di pasar Ben Tanh Market menggunakan MYR masih diterima sehingga kini ke atau setakat tahun yang tuan pergi sahaja. Kerana MYR sudah turun nilainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun MYR turun nilai tp masih boleh diguna pakai. Lagi suka diaorang kalo guna MYR cz MYR lebih tinggi nilai dr VDG. Nilai ikot pertukaran semasa. lebih preferred kalau nk beli guna MYR.. nak guna VND or USD pun boleh juga..sebelum beli tanya dlm VND then tanya lagi kalau dlm MYR.

      Delete
  2. Berapa cost yang diperuntukkan ke VIetnam include tiket return

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos termasuk flight masa RT pegi aritu -+MYR 1300 utk 2org all included hotel, pengangkutan, kos ke Mui Ne dan makan minum. Tidak termasuk duit shoping.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for read my article. Hope it's useful for you.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...