Banyak lagi kisah kemalangan atau kematian melibatkan traveller dari Malaysia. Perlu diingatkan kos untuk membawa pulang mayat ke tanah air memakan kos puluh ribuan ringgit. Itu yang melibatkan kematian. Bagi yang terlibat dengan kemalangan pula, kos rawatan di luar negara juga memakan kos ribuan ringgit.
Salah satu cerita yang RT pernah baca di sebuah laman web berkaitan dengan kemalangan seorang traveller namun dia dilindungi oleh travel insurance klik-> KEMALANGAN DI INDONESIA.
Bukan maksud RT untuk promosi insurance kepada pembaca kerana RT sendiri bukan ejen syarikat insurance. Ianyanya sekadar perkongsian mengenai penting ataupun tidak membeli travel insurance jika berhasrat untuk keluar negara.
Buat kali pertama RT mula-mula berjinak dengan hobi untuk travel RT tidak sedar akan kepentingan membeli perlindungan Travel Insurance, namun setelah banyak membaca, mengali ilmu travel dari blog-blog experience traveller dan membaca berita kemalangan traveller Malaysia di luar negara membuatkan RT sedar dengan melabur beberapa puluh ringgit untuk membeli perlindungan travel insurance.
Kali pertama RT ke JAKARTA 2014 tiada perlindungan Travel Insurance.
Perjalanan RT ke SINGAPORE 2015 tiada perlindungan Travel Unsurance.
Perjalanan RT ke SEOUL-SOUTH KOREA 2016 dilindungi Etiqa Travel insurance.
Perjalanan RT ke VIETNAM 2016 dilindungi AXA Travel Insurance.
Perjalanan RT ke JAKARTA 2018 dilindungi AXA Travel Insurance.
Walaupun kemalangan mahupun kematian memang tidak dapat dielakkan semasa travel, jika ditakdirkan namun sekurang-kurangnya tidak menyusahkan pihak waris kita untuk membawa balik atau menguruskan "diri" kita. Tidak lah kita menebalkan muka waris kita merayu bantuan banyak pihak untuk "mengembalikan" kita ke tanah air.
Selain melibatkan kemalangan atau kematian semasa travel, flight delay/cancel, luggage loss/delay/broken dan sebagainya dapat dituntut jika travellers dilindungi travel insurance namun ianya bergantung dengan pakej yang dibeli. Tuntutan travel insurance juga lebih mudah berbanding dengan tuntutan insurance lain.
Perlu diingatkan juga insurance yang ditawarkan oleh sesetangah syarikat penerbangan semasa kita menempah tiket penerbangan tidak sama seperti travel insurance yang ditawarkan oleh syarikat insurance.
Kebanyakan insurance yang ditawarkan syarikat penerbangan hanya melindungi pemegang insurance semasa memasuki pesawat sehingga selesai menuntut bagasi, tidak seperti travel insurance yang ditawarkan oleh syarikat insurance yang melindungi pemegang insurance bermula dari hari pemegang insurance pergi keluar negara sehingga kembali ke tanah air.
Banyak tawaran pakej disediakan oleh syarikat insurance seperti AXA travel insurance, AIA travel insurance, Etiqa travel insurance, Takaful travel dan sebagainya. Teliti dan bandingkan syarat-syarat perlindungan yang ditawarkan dan boleh membuat perbandingan di www.gobear.com.
Perbandingan pakej travel insurance boleh dibaca serta penjelasannya dengan klik-> www.kofkino.com
Perbandingan pakej travel insurance boleh dibaca serta penjelasannya dengan klik-> www.kofkino.com
Kesimpulannya janganlah kedekut untuk melabur sedikit dari peruntukan travel keluar negara untuk membeli perlindungan travel insurance untuk mengurangkan risiko tanggungan waris jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pilihan terletak ditangan anda. Please..Travel with no worries with travel insurance.