31 October 2016

Istana Tercantik di Dunia

Istana merupakan tempat kediaman untuk Raja, pemerintah sesebuah negara. Sebut mengenai Istana akan terbayang rupa keadaan istana yang megah berdiri dan puteri yang cantik menawan atau putera yang kacak bergaya.

Mari kita lihat 10 Istana Tercantik di Dunia.

1. PENA PALACE,SINTRA-PORTUGAL



The Pena Palace. Istana yang berdiri megah di puncak Sintra Mountain yang terletak di Negara Portugal. Ianyanya boleh dilihat dengan jelas dari bandar Lisbon. Di bina pada tahun 1842-1847 oleh arahan King Ferdinand II, Istana Pena diishtiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu 7 keabjaiban Portugal.

Bayaran Masuk: €14.00(adult) €12.50(child)

Waktu Operasi: Buka 9.30am (musim lain) 10.00am (musim sejuk)

Kaedah Perjalanan : €5.00 Sintra Tourist Bus No. 434 yang boleh dinaiki di berdekatan Tren Station di Pusat Bandar Sintra.

Klik-> SINTRA INFORMATION untuk keterangan lanjut.


2. SCHÖNBRUNN PALACE, VIENNA-AUSTRIA



Schonbrunn Palace merupakan Istana Musim Panas yang bercirikan rekabentuk senibina BAROQUE dan mempunyai 1411 buah bilik ini dibina di atas titah Emperor Leopold I pada tahun 1696. 

Bayaran Masuk: Pelbagai Jenis Pakej Disediakan. Klik-> SCHONBRUNN ENTRANCE FEES

Waktu Operasi: 8.30am-5.00pm (winter)
               8.30am-5.30pm (Spring & Autumn) 
               8.30am-6.30pm (Summer)

Kaedah Perjalanan: 
1. Underground Metro U4 line- Schonbrunn Station
2. Tram Line 10 & 58- Schonbrunn Station
3. Bus No.10A- Schonbrunn Station

Klik-> SCHONBRUNN INFO untuk keterangan lanjut.


3. MYSORE PALACE, KARNATAKA-INDIA


Mysore Palace merupakan kediaman rasmi bagi keluarga diraja Dinasti Wadiyar Pemerintah Kingdom of Mysore yang memerintah "PRINCELY STATE" pada 1399 hingga 1950. Dikenali sebagai City of Palace istana yang bercirikan senibina INDO SARACENIC dibina pada 1897. Di setiap musim luruh bermula bulan September hingga November festival Dashera diadakan di perkarangan Istana Mysore dan bandunan Istana akan diterangi oleh 96 000 lampu selama 2 bulan tersebut. 

Bayaran Masuk: INR 40 (adult) INR 20 (child 10-18) free (child below 10)

Waktu Operasi: 10.00am-5.30pm (setiap hari)
               7.00pm-7.45pm (masa Istana dilimpahi cahaya lampu)

Kaedah perjalanan: Mysore Palace terletak di tengah-tengah kota Mysore.Jalan kaki pun boleh daa..


4. TOPKAPI PALACE, ISTANBUL-TURKEY 



Kompleks Istana Kerajaan Uthmaniah di Istanbul, merupakan kediaman rasmi bagi Kesultanan Uthmaniah yang memerintah kerajaan Constantinople dari tahun 1465 sehingga kejatuhan empayar Uthmaniah pada tahun 1856. Istana yang bercirikan senibina Baroque ini di titahkan pembinaannya oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1459 untuk menggantikan Istana lama.      

Bayaran Masuk: Bermula TYR 20 hingga TYR 40 klik->TOKAPI ENTRANCE FEES

Waktu Operasi: Di setiap hari kecuali Hari Selasa 
               9.00am-4.45pm (winter)
               9.00am-6.45pm (spring, summer & autumn)

Kaedah perjalanan: Istanbul Tram Line- Gülhane Station & Sultanahmet Station.


5. POTALA PALACE,LHASA-TIBET  



Terletak 130 meter dan meninggi sehingga 300 meter dari lembah Lhasa , Istana ini merupakan tempat kediaman Dalai Lama iatu pemerintah bagi wilayah Autonomi Tibet sehingga Dalai Lama ke-14 yang melarikan diri ke India selepas pencerobohan China pada tahun 1959. Mempunyai 1000 buah bilik, 10 000 kuil kecil dan 200 000 arca dan diarahkan pembinaannya oleh Dalai Lama ke-5 Ngawang Lobsang Gyatso pada tahun 1645 di ketinggian 3700 meter (12100ft) dari aras laut.

Bayaran Masuk: Renminbi-RMB 100 (December-April)              
                        RMB 200 (May-November)

Waktu Operasi: 8.40am-5.00pm setiap hari keagaamaan Buddha

Kaedah Pengangkutan: 
1. Bus No. 1,7,11,13, 20,22 & 26-Minhangju Station
2. Bus No. 12,14 & 23-Longwangtandongmen Station
3. Airport Shuttle from Gonggar Airport to Minhangju Station
4. From Lhasa Railway Station Take Bus No.13 to Mihangju Station.

6. WINTER PALACE, ST. PETERSBURG-RUSSIA 



Kediaman rasmi Raja-raja yang memerintah Russia 1732 sehingga 1917. Pembinaan Istana Winter palace bermula seawal tahun 1700-an oleh Maharaja PETER THE GREAT atau Peter Alexeyevich yang bercirikan NEO-CLASSICAL architectural style. Istana ini mempunyai 1786 pintu, 1945 tingkap, 1500 buah bilik dan 115 tangga pernah terbakar pada tahun 1730-an dan 1837.

Bayaran Masuk: RUB 600 (Foreigner)
               RUB 400 (Russian & Belarussian)
               Free for Children

Waktu Operasi: 10.30am-6.00pm Setiap Hari kecuali Rabu
               10.30am-9.00pm Setiap Rabu
               Tutup pada Hari Isnin, 1 Januari & 9 May.

Kaedah Pengangkutan: Underground Metro Line 5 (Purple)- Admiral Teyskaya Station atau Jalan kaki pun boleh daa..      


7. CHATEAU de CHAMBORD, CHAMBORD-FRANCE  


Mula dibina pada tahun 1519 oleh King Francis I, Istana ini paling mudah dikenali di dunia dengan rekabentuk senibina French Renaissance dan dicampur dengan Medieval Classic Renaissance. Direkabentuk oleh Domenico da Cortona dan Leonardo da Vinci istana ini siap 28 tahun kemudian dengan mempunyai 440 buah bilik, 282 pendiang (fireplace) dan 84 buah tangga.  

Bayaran Masuk: €11 (adult)
               Free for Children & EU resident berumur 18-25 tahun

Waktu Operasi: 9.00am-6.00pm (Spring, Summer & Autumn)
               9.ooam-5.00pm (Winter)

Kaedah pengangkutan: Kerata
1 Highway A10 exit N16(Mer) or N17(Blois)
2.Highway A85 exit N13(Selles-sur-Cher-Chemey)
3.Highway A71 exit N3(Lamotte-Beuvron)

8. VERSAILLES PALACE, VERSAILLES-FRANCE   



Istana untuk Raja Louis XIII dibina pada tahun 1623 sebagai pondok memburu dan dibesarkan menjadi Istana oleh Louis XIV pada 1661 direkabentuk oleh arkitek LOUIS LE VAU. Terletak 20km Barat Daya Kota Paris melambangkan pemerintahan ketika itu yang mengamalkan pemerintahan "OBSOLUTE MONARCHY" atau Raja Berkuasa Mutlak.

Bayaran Masuk: Harga Umum €15(adult) dan pakej lawatan boleh klik-> VERSAILLES PALACE

Waktu Operasi: 9.00am-6.30pm (Spring, Summer & Autumn)
               9.00am-5.30pm (Winter)
               Tutup pada hari Isnin dan 1 January, 1 May & 25 December

Kaedah Pengangkutan:
1. Coach Versailles Express (Naik berdekatan Eiffel Tower) Tiket klik-> VERSAILLES EXPRES
2. SNFC Trains
   a. Versailles Chantiers Station (from Paris Montparnasse)
   b. Versailles Rive Droit Station (from Paris Saint Lizare)
3. A13 motorway exit Versailles Centre

9. ALHAMBRA PALACE, GRANADA-SPAIN   


Asalnya ialah sebuah kubu yang dibina pada tahun 889. Diubah suai dan dibina istana dan tembok oleh EMIR Mohammed Ben Al-Ahmar, pemerintah Granada pada kurun ke 13, Alhambra dijadikan Istana Diraja pada tahun 1333 oleh Yusuf I, Sultan Granada pada ketika itu menunjukkan kemahiran pertukangan Islam pada zaman itu. Istana yang bersenibina Moorich dan diperintah oleh Khalifah yang mengamalkan pemerintahan Islam pada eranya telah ditakhluk semasa penakhlukan Kristian pada tahun 1492 dan Alhambra dijadikan kediaman diraja Ferdinand dan Isabella.

Bayaran Masuk: €14(adult) €9(EU Senior Citizen & Student) free for child.

Waktu Operasi: 8.30am-9.30pm (October-March)
               8.30am-11.30pm (April-September)

Kaedah Pengangkutan:
1. Kereta dengan bayaran parking €1.70 sejam
2. Taxi yang boleh dinaiki di Plaza Nauva
3. Bas Line 30 & 32 ke Alhambra Complex.

10. FORBIDDEN CITY, BEIJING-CHINA  



Kompleks istana yang terletak di tengah-tengah kota Metropolitan Beijing, merupakan Kompleks istana terbesar di dunia seluas 72 hektar. Dibina pada tahun 1406 hingga 1420 oleh lebih dari sejuta pekerja pembinaan dititah oleh Maharaja Dinasti Ming, Istana ini mempunyai 980 buah bangunan 8886 buah bilik dan mitos tempatan menyatakan ianya memiliki 9999 buah bilik termasuk bilik rahsia. Dikelilingi tembok batu setinggi 7.9 meter dan diperintah oleh 24 maharaja China selam hampir 500 tahun.

Bayaran Masuk: CNY 40 (November-March)
               CNY 60 (April-October) & tutup setiap Isnin

Waktu Operasi: 8.30am-4.30pm (Winter)
               8.30am-5.00pm (Spring,Summer & Autumn)

Kaedah Pengangkutan:
1. Underground Metro Line 1-Tiananmen East/west Station
2. Hampir kesemua City Bus lalu di Forbidden City.   

4 October 2016

Mengapa Penumpang Masuk ke Pesawat di Pintu Kiri

Pernahkah anda terfikir mengapa kita hanya memasuki pesawat hanya dengan melalui pintu sebelah kiri pesawat dan bukannya di sebelah kanan pesawat?


1. Passenger Boarding Bridge/Jetway (Jambatan Udara).
Jetway atau lebih dikenali sebagai "terowong pesawat" dikalangan masyarakat kita direka dan diletakkan di sebelah kiri pesawat. Mengapa ianyanya dibina di sebelah kiri pesawat? Baca sehingga habis untuk mengetahui faktanya.

2. Bahan Api diisi di sebelah kanan pesawat.
Walaupun tangki bahan api terletak di kedua-dua belah sayap dan di bahagian perut pesawat, namun kerja-kerja pengisian bahan api dilakukan di sebelah kanan pesawat. Dengan memasuki pesawat semasa pengisian bahan api dilakukan adalah lebih selamat dengan masuk di bahagian yang bertentangan .


3. Hidangan yang menyelerakan di dalam pesawat.
Pihak catering syarikat penerbangan memunggah masuk makanan yang sedap tersebut melalui pintu sebelah kanan pesawat. Maka sebab itulah penumpang masuk melalui pintu sebelah kiri supaya tidak bersesak-sesak dengan pihak catering yang sedang memunggah masuk makanan kedalam pesawat.


4. Pintu Kargo Pesawat Commercial
Selain pemunggahan makanan ke dalam pesawat, kargo barangan penumpang di muatkan melalui pintu sebelah kanan. Dari segi permandangan indah sebaiknya memunggah masuk kargo di sebelah kanan pesawat dilakukan supaya penumpang yang masuk melalui pintu kiri tidak menyedari kerja-kerja pemunggahan kargo di sebelah kanan pesawat. Selain faktor permandangan tidak sedap mata memandang, sesetengah penerbangan akan membenarkan penumpang menaiki pesawat dari kawasan tarmac. Dengan memasukkan kargo di sebelah kanan pesawat risiko kecederaan seperti dilanggar kenderaan kargo dikurangkan.


5. Captain duduk di sebelah Kiri
Hampir kesemua penerbangan akan diterbangkan dan dipandu oleh kapten pesawat yang duduk di sebelah kiri. Disebabkan ini jugalah Passenger Boarding Bridge dibina di sebelah kiri pesawat. Ini memudahkan kapten pesawat dapat menilai jauh dekat dia meletakkan pesawatnya supaya memudahkan sambungan dengan Passenger Boarding Bridge.



19 September 2016

Limah Crew Travel Sabah & Labuan


Entri kali ini RT mengembara bersama geng-geng RT yang diberi nama Limah Crew. Oleh kerana aktiviti kali ini aktiviti kembara jadi geng ini digelar Limah Crew Travel.

Pengembaraan kali ini hanya pengembaraan di dalam Negara iaitu ke destinasi Sabah Negeri dibawah Bayu dan WP Labuan. Kali ini merupakan kali ke 3 RT menjejakkan kaki ke Bumi di Bawah bayu. Kali pertama RT ke sini pada tahun 2005 sebagai seorang penuntut di salah sebuah Institusi pengajian di Sepanggar selama 2 tahun. Kali ke 2 melalui jalan darat dari Kuching hingga Ke Kundasang dan kembali semula ke Kuching melalui Negara Brunei DS dengan perjalanan pergi balik sejauh -+2450KM selama 5 hari 5 malam pada tahun 2014.

HARI 1

Pengembaraan 5 hari 4 malam bermula pada 27 Ogos 2016 dengan penerbangan pertama AK 6350 dari Kuching International Airport pada jam 610am dan mengambil masa 1 jam 35 minit untuk tiba di Kota Kinabalu International Airport. Walaupun RT sudah ke KK pada 2014 lepas namun perjalanan kali ini lebih mengujakan kerana RT akan stay lebih lama di KK berbanding perjalanan 2014 lepas yang hanya sehari sahaja di KK kerana kekangan masa.




Kota Kinabalu International Airport

Setelah 10 tahun RT kembali menjejakkan kaki ke KKIA. Pada Tahun 2005 dahulu semasa RT seorang student dan kali pertama sampai ke KK Airport KK pada ketika itu adalah airport lama. Namun kedatangan RT kali ini disambut oleh Airport yang baru dan serba canggih.

KKIA yang lama (Google Image)

KKIA yang Bharu (Google Image)

Sekarang semuanya sudah ada. Itu yang RT dapat katakan mengenai KKIA Bharu. Untuk ke Pusat bandar KK, RT menaiki shuttle bus yang boleh dinaiki dengan membeli tiket di hadapan pintu ketibaan dengan harga RM 5 seorang dan terus ke pusat bandar. Dahulu untuk ke pusat bandar dengan menaiki bas kita perlu berjalan kaki keluar dari kawasan Airport dan menunggu bas di hentian bas tepi jalan utama. Agak memenatkan juga untuk keluar dari kawasan airport jika membawa beg yang besar.

Airport Shuttle Bus KKIA (Google Image)

Shuttle Bus Ke Pusat Bandar KK

Memandangkan flight yang RT naiki awal bagi buta maka kami terus ke Budget Hotel di pusat bandar KK untuk berehat. RT dan 3 lagi Limah Crew yang lain termasuk wife RT adalah kumpulan pertama Limah Crew yang menaiki flight pagi manakala 5 lagi Limah Crew akan menyusul pada flight sebelah malam.

Memandangkan kami hanya menempah tempat menginap untuk hari ke 3 hingga hari ke 5 maka pada hari kami tiba kami perlu "gamble" mencari budget hotel di sekitar pusat bandar KK. Oleh kerana RT mengetahui selok belok Bandaraya KK maka sebab itu lah rakan-rakan RT "mengamblekan" nasib mereka kepada RT untuk mencari Budget Hotel.

Setelah meronda-ronda di sekitar Asia City, penat lelah berhasil dengan menemui sebuah Budget Hotel yang sudi menerima kehadiran kami. Maka berehatlah semua pengembara-pengembara berempat yang mengantuk kerana menaiki flight awal pagi.

Setelah mengecas tenaga barulah RT dan Limah Crew memulakan perjalanan dengan mencari tempat untuk mengisi perut yang sedang bersorak kelaparan. 

Selesai menjamu selera RT dan Limah Crew yang lain meronda-ronda di sekitar Pusat Bandaraya KK. Perjalanan kali ini mengamit nostalgia 10 tahun lalu semasa Kota Kinabalu merupakan rumah kedua bagi RT.



Centre Point Sabah




Sweet Couple


Hebat Pak Enal

1st Time In KK


Kali ke 2 RT bawa wife ke KK

Kelak kita pegi sinun

DIVA N


KK Waterfront

Hari semakin menghampiri senja. Tahkala semboyan perut sedang berkumandang RT dan Limah Crew memilih untuk makan makanan laut. Makanan laut memang terkenal di KK dengan kesedapan dan harganya yang sangat berpatutan.





Makan makanan laut sambil ditemankan bunyi ombak menghempas tembok dan sajian permandangan tepi laut matahari terbenam. Menu yang dipesan untuk makan 5 orang ialah sotong goreng tepung, ketam pedas, udang telur masin dan ikan kerapu masak 3 rasa. Harga? Termasuk air minuman ialah RM 105. Murah?Mahal? terpulang kepada anda untuk menilainya.

Selepas melayan kehendak perut, RT dan Limah Crew menyambung rondaan di Pusat Bandaraya KK dengan pergi ke Pasar Philippine untuk membeli sedikit cenderahati berupa pin baju mutiara yang amat popular dan boleh didapati dengan harga yang murah. 

Di KK kami menyewa 2 buah kereta Perodua Axia dengan harga asal RM 120 sebuah untuk sehari. Namun setelah berunding dengan pemilik kereta kami diberi diskaun untuk 2 buah kereta Perodua Axia dengan harga...(sila hubungi pemilik). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari
-> keretasewakotakinabalu. Kereta sewa yang disediakan untuk kami amat memuaskan hati. RT boleh rekomen untuk menyewa dengan pemilik di atas. Jangan lupa untu photostat siap-siap i.c & driving license.

Untuk perjalanan hari pertama kami berlima sahaja kerana 5 orang lagi Limah Crew menaiki penerbangan pada sebelah malam. Maka dengan secara rasminya kami menjadi tukang jemput untuk group kedua.

HARI 2

Hari kedua diteruskan dengan melakukan perjalanan selama -+2 jam 30 minit menuju ke Menumbuk di daerah Kuala Penyu untuk menaiki feri atau bot laju menuju ke W.P Labuan.

Perjalan kali ini juga mengamit nostalgia 10 tahun lalu semasa RT menyertai rombongan English language Club IKMKK melakukan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan. RT dan Limah Crew singgah untuk bersarapan di salah sebuah restoran di kawasan Putatan sebelum melakukan perjalanan jauh.



Singgah sarapan di Putatan
Kredit Photo: Wawan

Daerah Kuala Penyu, Sabah

Setelah menempuhi perjalanan sejauh -+150KM akhirnya RT dan Limah Crew sampai ke Terminal feri Menumbok. Nasih tidak menyebelahi kami kerana ketika RT dan Limah Crew sampai feri menuju ke Labuan sudah pun berlepas 2 minit. Namun kekecewaan menaiki feri digantikan dengan keriangan menaiki bot laju menuju ke Pulau Labuan.


Bersama Diva N di Pekan Menumbok

Perjalann menaiki feri dari terminal Menumbok mengambil masa 1 jam 30 minit manakala dengan menaiki bot laju hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja. Tambang untuk menaiki feri ialah RM 2.50 seorang manakala menaiki bot laju ialah RM 8.20 seorang.


Menunggu giliran untuk menaiki Bot Laju di Terminal Feri Menumbuk

Masa untuk menaiki Bot Laju ke Labuan


Bot Laju Menumbok-Labuan-Menumbok (Google Image)

Perjalanan Bot laju Menuju ke Labuan

Setiap bot hanya boleh memuatkan seramai 15 orang penumpang termasuk seorang juragan bot. Jaket keselamatan juga disediakan di dalam bot laju berkenaan. Jadi jangan bimbang mengenai keselamatan bot laju terbabit. Juragan bot juga seorang yang berpengalaman luas dan mengetahui selok belok kawasan perairan yang dilaluinya.

Perjalanan Menumbok-Labuan di dalam bot laju

Setelah menempuhi perjalanan yang menghentak jiwa raga selama -+20 minit RT dan Limah Crew tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Selain laluan daripada Menumbuk dan KK terminal feri ini juga menerima perjalanan feri daripada Negara Brunei DS dan juga Lawas, Sarawak. Untuk info mengenai status perjalanan feri klik -> Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Permandangan dari Jeti Terminal Feri Antarabangsa Labuan

Tiba di Jeti Terminal Feri Antarabangsa labuan

Limah Crew Ladies






Diva N sudah tiba di Labuan

Hero Tamil Limah Crew in Labuan



She 1st time in Labuan


Sepanjang berada di WP Labuan RT dan Limah Crew hanya berlega-lega di sekitar Unaja Kewangan (UK) dan di terminal Feri sahaja. Memandangkan kami tidak membawa kenderaan ke sini maka tiadalah kami melawat Taman Burung Labuan, Museum Chimney dan makan ABC di kawasan Pantai Pancur Hitam. Apa yang menarik untuk dikunjungi di Labuan klik -> Tempat Menarik Di Labuan.

Ujana Kewangan


Ujana Kewangan Labuan merupakan sebuah kompleks yang menempatkan pejabat-bejabat Kerajaan dan juga sebuah pusat membeli belah di Labuan selain terdapat apartment kediaman. Untuk keterangan mengenai Ujana Kewangan klik -> UK-Labuan.

Setelah meronda kawasan UK RT dan Limah Crew kembali ke Terminal Feri untuk mengejar masa menaiki feri kembali ke terminal Menumbok. Semasa pergi kami menaiki bot laju. Pulang menaiki feri lah dari tidak merasa suasana menaiki feri walaupun masa perjalanan lebih panjang daripada menaiki bot laju.


Ole-ole wajib beli di Labuan-Chocolate (Duty Free) 

Thai Green Tea Ice...Belalak (kata org SWK)



Masa untuk menaiki Feri

Hasli dah menawan Labuan Wei!!!

Bye-Bye Labuan

 Di dalam feri

 Limah Crew Man's


Cintaku tertinggal di Labuan

Boring di dalam bersantai di luar

Setelah 10 Tahun

RT dan Limah Crew kembali ke KK dengan perjalanan sebelah malam. Setelah tiba di KK kami singgah di Tanjung Aru untuk menikmati makan malam dan terjadinya kisah Limah Crew Ladies menemui jongkong emas di Tandas awam Tanjung Aru. Rentetan peristiwa jongkong emas itu maka ingatan untuk merakam foto kenangan lesap di fikiran seperti asap berlalu pergi dibawa angin. Apa yang ada di Tanjung Aru? Klik -> Tanjung Aru.

HARI 3

Perjalanan hari ke 3 diteruskan seawal 7 pagi dengan perpindahan dari Persinggahan Budget di Kawasana Asia City ke Promenade Service Apartment. Oleh kerana bilik belum tersedia, kami hanya meningggalkan barangan di lobi hotel.

Perjalanan hari ke 3 menuju ke destinasi pilihan utama jika datang ke Sabah iaitu Kundasang. Perjalanan mengambil masa -+ 3 jam dengan memandu menaiki dan menuruni gunung-ganang dan di sajikan dengan permandangan yang sangat menakjubkan.


Perjalanan diketuai oleh Captain Jenal dan RT selaku Navigator.

Sepanjang perjalanan menuju ke Kundasang, kami singgah di beberapa hot spot untuk merakam gambar kenang-kenangan.

Presiden Limah Crew (Baju Hitam)

Membeli souvenir di Pekanabalu

I believe i can fly


 Mari kita "bergamber" by Diva N

Jejaka kegilaan Sumandak

Uncle Somet dan ayam-manok

Setibanya di Pekan kundasang RT dan Limah Crew singgah sebentar di sebuah restaurant untuk lunch wings ayam panggang.

Makan dolok-orang yang merakam foto hanya nampak rambut saja

All Limah Crew Travel (3 lagi tiada dalam gambar)



Selitan gambar seorang lagi Limah Crew yang tidak menyertai kembara kali ini

Selesai menjamah makanan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Desa Cattle Dairy Farm. Tempat ini merupakan tarikan utama pelancong-pelancong dan pengembara asing mahupun tempatan. Apa yang ada di sini? Klik -> Desa Cattle Dairy Farm.


I'M here girls...



Hi Diva N...nak ke mana tu?












Gambar Kelas


 Kasih seorang ibu



Datang untuk kali ke-2 dan masih lagi berdua




 Untungnya Wawan diapit pelancong China


 ter"interframe" Hero Gadis di belakang


Sik tekabey auntie nya meripong Wawan 


Dating di ketinggian ribuan meter dari paras laut


Sik Maok Kalah

Hooray....Limah Crew

Sebelum kembali ke KK kami singgah di Kinabalu Park dengan bayaran masuk RM 5 seorang.



Permandangan Gunung Kinabalu yang tidak jemukan mata memandang


Selfie sorang-sorang pun boleh la...

Perjalanan untuk hari ke-3 berakhir dengan RT dan Limah Crew singgah untuk menikmati lokan bakar, kelapa bakar dan puding kelapa di jalan lintas Sulaman-Tuaran berhampiran dengan Politeknik Kota Kinabalu. Namun tiada gambar disertakan. Semua crew lupa untuk merakam moment terbabit.

Sebelum kembali ke tempat penginapan, RT singgah sebentar di tempat pengajian RT satu ketika dahulu untuk mengingati jasa walaupun sekadar di pintu pagar masuk.



HARI 4

Perjalanan hari ke-4 disusuli dengan perjalanan menghitamkan kulit. Penjelajahan pulau-pulau. Dengan menggunakan khidmat bot sewa, kami menaiki bot di jeti di belakang Pasar Philippine dengan kos RM 35 seorang termasuk jaket keselamatan dan kelengkapan snorkelling. Dengan kepakaran Diva N tawar-menawar, kami ditawarkan harga RM 30 seorang. Pakej pulau disinggah termasuk 3 buah pulau, iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan terakhir Pulau Sapi.


Pelayaran ke Pulau Mamutik


Tanpa berlengah semuanya terus lupa daratan dan terjun ke laut. Maka tiada sebarang moment di jeti bot dirakam. Bayaran masuk RM 3 untuk seorang dikenakan. Pengunjung hanya perlu membayar sekali sahaja untuk kesemua pulau di bawah Tunku Abdul Rahman Park.

 Wawan & Uncle Janggut Mandi Pasir

Warning!! Our President Swimming







 Duyung Jantan terakam secara tidak sengaja


Image: Remax Sport HD DV

Image: IPhone Waterproof?

Pengambaran Majalah Sadodoi-Artis: Hasli aka Boi


Masa yang diberikan hanya 1 jam 30 minit untuk menikmati keindahan pulau Manukan kerana kami memilih untuk berada lebih lama di pulau ke-3 iaitu Pulau Sapi.

Perjalanan diteruskan menuju ke pulau yang kedua iaitu Pulau Manukan. Secara peribadi RT merasakan Pulau Manukan lebih baik untuk aktiviti snorkeling berbanding Pulau Mamutik. Ini kerana keadaan hidupan lautnya lebih banyak dan ikan-ikan lebih "mesra" dengan manusia dan pelbagai jenis batu karang boleh dilihat. Namun RT tidak berezeki untuk merakam gambar hidupan laut memandangkan Sport Cam RT kehabisan bateri dan sedang di cas.

 OTW ke Pulau Manukan

Diva N mengepalai Foto Moment





Aktiviti RT dan Limah Crew yang lain di Pulau Manukan ialah snorkeling, makan-makan, berkelah dan bersantai. Bayaran dikenakan untuk masuk ke Pulau Manukan ialan RM 3 seorang. Memandangkan bayaran masuk sudah dibayar di Pulau Mamutik maka pengunjung hanya perlu menunjukkan resit sebagai bukti pembayaran sudah dibuat.

Pemandangan dasar laut di sekitar kawasan snorkeling Pulau Manukan amat memukau jiwa yang memandang. Apa yang dilihat hanya dapat dirakam di dalam memori ingatan RT kerana Sport Cam RT sedang di cas.



 Keindahan Pulau Manukan

Destinasi seterusnya dengan menuju ke Pulau Sapi. Pulau Sapi merupakan pulau terakhir dalam explorasi kali ini. Dengan terlalu ramai pengunjung mengunjungi pulau ini mencari tempat untuk bertapak amat sukar. Dengan keadaan cuaca yang hujan renyai-renyai namun tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang mencari tapak perkelahan.


Aktiviti RT dan Limah Crew di Pulau Sapi ialah menaiki banana cheese boat. Dengan harga ditawarkan RM 40 seorang. Namun dengan rundingan Pegawai Tadbir Diplomatik Limah Crew kami ditawarkan RM 25 seorang. Maka kami berenam menaiki sebuak banana cheese boat.



keadaan cuaca yang kurang menyenangkan hati

Seperti biasa aktiviti menaiki banana cheese boat, kami ditarik sehingga ke tengan laut dan dengan sengaja dicampakkan walaupun dengan ketidak relaan hati. Keadaan laut yang sedikit bergelora semasa kami menaiki banana boat kerana keadaan di tanah besar hujan tidak menggoyahkan semangat Limah Crew. 


Banana Boat







Gambar Kenangan bersama orang yang mencampakkan kami ke tengah laut

Asak ati eh..

Memandangkan keadaan cuaca yang semakin kurang mengizinkan dengan hujan lebat sedang melanda dan keadaan laut sedikit bergelora kami mengambil keputusan untuk kembali ke tanah besar dengal lebih awal. Perjalanan kembali ke tanah besar agak sedikit menakutkan kerana meredah hujan lebat dan keadaan laut sedikit bergelora.

Rakaman perjalanan pulang ke Tanah Besar

Semasa tiba di tanah besar hujan semakin lebat. Oleh kerana kesemua crew sudah lebo-laor (basah kuyup) maka diredahnya hujan untuk pulang ke tempat penginapan yang mengambil masa 10 minit berjalan kaki.

Pada sebelah malam RT dan Limah Crew menghabiskan sisa-sisa malam terakhir di Kota Kinabalu dengan kembali meronda-ronda di sekitar Pusat Bandaraya KK dengan sekali lagi ke pasar Philippine untuk membeli buah tangan berupa kueh cincin, amplang dan ikan masin untuk dibawa pulang dan menemani group kedua merasai makanan laut yang telah dilahap oleh group pertama semasa hari pertama tiba.

Selesai menjamu selera kami menemani sebilangan crew yang ingin untuk makan buah durian yang dijual di pasar malam berdekatan dengan KK Plaza dan Pejabat Pos Besar KK. Memandangkan RT bukan seorang pemakan durian RT hanya menemani crew yang makan durian.

Tidak sempat ditoleh 2 kali..semuanya lesap

HARI 5

Semua Limah Crew mengambil penerbangan pulang ke Kuching pada hari ini. Dengan menaiki taxi dari Promenade Service Apartment, Api-Api Centre terus ke KKIA dengan cas tambang RM 30 satu perjalanan maka berakhirlah pengembaraan LIMAH CREW TRAVEL kali ini.

Untuk mengikuti pengembaraan budget RT ke Seoul, Korea Selatan semasa musim sejuk 2016 (winter season) klik ->SEOUL TRIP.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...