25 November 2014

Kuching Dulu dan Kini 1

Rata-rata kita hanya dapat melihat Bandaraya Kuching baharu..Pernahkah anda terfikir bagaimana rupa Bandaraya Kuching suatu ketika dahulu? Mari kita sama-sama menjenguk rupa Bandaraya Kuching Dulu dan Kini episod 1 dari sudut perspektif arah gambar yang hampir sama.


1. Riverbank Suite Tower (gambar tahun 2014)
























Sebelum Riverbank Suite Tower dibina, tapak ini adalah tapak Bangunan Ang Cheng Ho yang telah dirobohkan menggunakan kaedah Letupan pada tahun 90'an dan kaedah meroboh bangunan pertama kali digunakan di Kuching.
























2. Bangunan Tun Jugah (gambar tahun 2014)




















Ramai dikalangan anda tahu dan pernah masuk ke dalam Banguna Tun Jugah Sekarang. Tetapi tahukan anda sebelum Bangunan Tun Jugah dibina tapak asal bangunan ini adalah tapak sebuah Panggung Wayang? Ya..disini terletaknya Bangunan Capitol Cinema.




















3. Latar Langit Tebingan Kuching (gambar tahun 2014)






















Kini ramai pelancong yang datang ke Bandaraya Kuching akan melihat latar langit Tebingan Sungai Kuching sepert ini yang mempunyai permandangan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru. Sebelum terbinanya bangunan tersebut ianya dulu adalah Kompleks Pasukan Gerak Am Polis Diraja Malaysia. Di bawah adalah permandangan latar langit Tebingan Kuching sekitar tahun 1955 dan 1957.

















4. Bangunan Mahkamah Lama-Belakang (gambar tahun 2014)




Tidak banyak perubahan yang dapat dilihat, bangunannya masih utuh berdiri, warna bangunannya pun tidak jauh berubah, cuma persekitarannya berubah menjadi lebih moden.


5.Bangunan Mahkamah Lama- Hadapan (gambar tahun 2014)

















6. Merdeka Place Hotel (gambar tahun 2014)


Sebelum Merdeka Palace Hotel dibina tapak tersebut juga merupakan tapak sebuah hotel iaitu HOTEL AURORA

Kita sudah melihat beberapa tempat di Bandaraya Kuching dahulu dan sekarang. Enam tempat buat masa kini kita sambung di edisi yang kedua tidak lama lagi.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...